1 minit yang lalu, apa anda buat?
Dok depan PC buat comparison data year-to-year n month-to-month. Mata sudah naik berpinar dengan figure yang banyak ini…
1 hari yang lalu, apa anda buat?
Kerja….kerja….dan kerja....
1 hari lagi apa anda akan buat?
Oleh kerana tag ini ditulis pada hari Jumaat…maka saya plan untuk berjalan atau dalam erti kata lain menshopping kan diri sebelum saya ditahan selama 2 bulan kerana masuk bengkel berpantang.
1 orang yang terakhir menelefon kamu?
Husband saya... dia mengeluh sebab opis-mate dia semua balek rumah sebelum pegi solat Jumaat, tapi rumah kami jauh. Dia takde geng nak gi semayang Jumaat. So saya pujuk dia pegi je la semayang Jumaat sorang2.
1 makanan yang baru dibeli?
Nasi kerabu & kuih karipap 3 keping = RM3.20
1 barang yang baru hilang?
Takde kot...
1 cerita yang baru ditonton?
Jangan Main Belakang – Astro Ria. Pastu saya pun tak pasti tengok sampai habis atau pun dah tetido di atas sofa…
1 hal terakhir yang digossipkan?
Mestilah gossip pasal boss2 saya. Hehehehe….
1 kata yang ingin diluahkan?
“Boss, saya sangat letih dengan kerja2 yang diberi ni… setiap hari boss bagi saya 6-7 amanat untuk dibuat. Amanat yang semalam pon saya tak habis lagi buat. Macam mana saya nak kerja sehingga 56 tahun nih??”
1 buku yang sudah dibaca?
Survey Sampling Reference Guidelines – Ni pun boss suruh saya baca sebab saya ada meeting berkaitan sampling design hari Selasa depan…
1 penyakit yang sering datang?
Edema – kaki saya membengkak dengan teruk sekali semenjak saya hamil 8bulan ke atas. Besarnyer…
1 keinginan?
Bersalin… walaupun saya tahu ia sakit, tapi saya juga tak sabar dan terasa teruja untuk melihat permata hati kami berdua.
*Seperti Intan jugak, aku takde nak tag sape2...sebab yang slalu baca blog aku pon dah kene tag oleh Zamose.. tapi kalau Puan Syakin nak buat boleh jugaks... :p