Tuesday, March 31, 2009

Pizza Hut yang paling hampehssss!!!!


Kalau perasan pada chat box saya, en.Husband ada bagi komen seperti gambar kat atas nih. Haaa nak tau kenapa dia kata saya gangster??? wakakakaka.... sebenarnya macam ni, ada satu hari tu kami bertiga gi Jusco Cheras Selatan kat area-area Balakong tuh. Kami pegi dari rumah dalam pukul 3.30ptg dalam keadaan tak makan tengah hari pun lagi. Memang plan nak makan pizza kat situ. (Maaf ye semua, memang kami boikot juga, tapi ini dah kira melanggar boikot sebab tetibe kami rasa nak makan).

So, kami sampai je Jusco, kami pon terus singgah ke Pizza Hut. Masa tu Jasmin tengah tido dalam stroller dia, dan kami rasa this is the perfect time la untuk makan. So kami pon masuk (even slalu ada person in charge depan yang follow sampai meja, tapi on that day, kami masuk sendiri and pilih tempat ikut suka ati sebab banyak tempat kosong). So kami duduk area yang hampir la dengan kitchen. kami pon dapat menu and order as usual. Oleh kerana makan pizza ni dah selalu sangat, so kami berdua memang akan pilih menu yang sama sahaja (pizza super supreme, garlic bread, spaghetti bologneese beef regular, 1pepsi change to milo ice) kira itu memang order biasa kami la.

Selang beberapa minit, air kami pon sampai........

Tunggu punye tunggu lagi.... soup tak sampai2, garlic bread pon tak sampai.... lama jugak la kitorang tunggu.... saya toleh kiri kanan, saya tengok tak ramai pon customer. Banyak meja kosong. Tengok staff diorang ramai je. Siap boleh berbual, gelak2, check mesej kat henfon, bertepuk bertampar, siap minum milo sambil berjalan depan mata kami pon ada... pelik gak bile tengok orang yang datang lepas kami pon dah dapat soup. So saya pon tanya pada salah sorang staff kat situ "er, nak tanya la, kat sini kene ambil soup sendiri ker?", dat gurl cakap, taklah kami hantar..." so saya pon mention yang kami belom dapat soup. Dia pon datang terkedek2 antar soup.

So tunggu lagi untuk the next order. Sampai Jasmin terjaga, we did'nt get anything except air dan soup. So tunggu lagii...



Sampai Jasmin dah terjaga dah.....




tengok meja kami, masih kosong kan?????.....


tengok meja belakang kami, takde sorang staff pon yang kemas pinggan mangkuk kotor tu.... isk isk


Ini bukanla kali pertama makan Pizza, so tunggu menunggu tu kami accept tapi kalau peak time ataupun kami tau orang ramai. Ini, dah la boleh hitung berapa kerat je. So, tak lama lepas tu ada la org yang hantar pizza pada kami. U know whattttt???? Pizza tu dah sejuk.... rupanya makanan dah berlambak dah siap, cume takde yang nak hantar. Staff diorang semua hilang tah ke mana. Saya siap boleh pegang tempat pizza tu. tak panas langsung. Tepi2 pizza tu pon dah masuk angin... perghhh HANGIN SATU BADAN NIH.... tapi oleh kerana saya tak nak rosakkan mood saya, saya pon makan le 2 slices. Walaupon marah, lapor punye pasal saya makan gak. Tapi saya jadi tak selera plak bile tgk en.Husband makan 1 slice, tu pon tak abes. Dia macam marah, tapi dia senyap je.

So saya pon terus jadi hangin.... hahahaha. So saya tanya en.Husband nak balek tak? Dia pon angguk je. Dia dah tak selera. Yelaaa kita bayar beb!!! bukan makan kenduri free. So, saya panggil staff dia yang sorang tu je la ada mintak dia tapau. Masa dia tapau tu, baru la terkedek2 ada yang hantar garlic bread... Ya Rabbi... Garlic bread ni patut datang lepas air... selepas dapat soup. Ni dah makan pizza baru datang garlic bread. Huh panas2. saya tanya staff tu, "ni apa nih?" dia kata "ni ada dalam order kan?" sambil dia check resit kami. Saya terus slumber je cakap dengan wajah sebagai customer yang tak puas ati..... "saya taknak bayar bleh tak, soup dah abes, pizza pon dah dapat, kami siap dah bungkus dah pun pizza tu."

Budak tu pon terdiam and mention pada boss atas dia. pastu ada lagi sorang hantar spaghetti pulak. Boss budak pon saya tgk dia berbisik pada manager on that day kot. So Manager tu pon datang pada kami. Dia cakap Garlic bread ni tak boleh tak bayar sebab dah masuk order. Saya terus sound, "Kami tunggu lama giler, sampai soup pon kami kene mintak, pizza yang dapat ni dah sejuk, cube tengok ni ... (sambil tunjuk serpihan tepi pizza yang saya tak makan), garlic bread dgn spaghetti pon baru nak sampai" pastu saya sambung lagi "Saya tengok berlambak2 makanan dah siap kat situ, takde pon staff yang datang ambik and hantar kat meja customer???" cehhh saya plak lelebih macam boss diorang kan? So manager tu cakap, "Puan, kami mintak maaf bla bla bla boleh kami gantikan dengan pizza yang baru?" saya cakap saya dah nak balek. Cuma saya tak nak bayar semua yang dapat lambat. Pastu dia pujuk lagi supaya saya amik pizza baru. Saya cakap takpela... saya bayar je semua, bungkus je yang saya belum dapat.

Manager tu mintak maaf pada kami, sambil main2 dengan Jasmin, cubit2 pipi Jasmin (ele nak bodek saya la tu...maaf tak makan pujukan....) pastu say babai laks kat Jasmin.

Gitula kesahnya. Sebenarnya kami memang tak intent pon tak nak bayar. Saje nak remind diorang jangan buat camtu lagi, sebab they might lose customers. Lagipon Pizza Hut is one of the fastfood yang ternama. So kalau diorang wat cenggini reputation diorang bleh jadi teruk ar. Sebab tu saya terus band Pizza Hut Jusco Cheras Selatan ni... sorry!

Sebab tu la en.Husband kata saya gangster. hahahaha.... sebab dia tak sangka saya bertindak begitu. Saya cume menegakkan keadilan. sekian.




Sunday, March 29, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Balloon 2009

Last weekend actually kitorang saje je jenjalan makan angin dari Puchong ke Putrajaya tu… Ingat nak lepak2 kat dataran depan Masjid Putrajaya tu, Tapi tak sangka plak terjebak dengan Pesta Belon Panas. Fuuuhhh jakun sekejap saya dibuatnya. Saya dok sibuk tunjukkan Jasmin belon2 yang ada kat udara tu, tapi oleh sebab Jasmin masih lom paham sangat ape benda yang saya jakun kan tu, dia wat slumber rock je main2 dalam kereta…ala tak best tul sebab kitorang berdua je yang excited.


Dapatla snap beberapa picture. Erkk… picture2 ni tak la sechanteq picture kalau snap pakai camera DSLR tu…. Ekekekeke. Snap pakai digital camera saya yang chomel itu sahaja. So gambar pon biasa-biasa aje, cukup la untuk saya bercerita pada Jasmin di hari tua nanti bahawa saya dah bawak dia pegi tengok belon panas yang 1st time ada kat Malaysia ni.









p/s: En.Husband…. kalau la kita dah ada DSLR time nih, mesti kite dapat snap picture ni dengan chanteq nye kan??? Tapi tu pun kalau dah cukup ilmu guna camera DSLR…ekekeke



Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker