Tuesday, February 24, 2009

Weekend kami

Hari Ahad hari tu, en.Husband ajak kami pegi OU. Dia saje nak survey2 laptop yang dia dah lama angan-angankan. So, saya ngan Jasmin pun bersiap la. En.Husband kata, pegi sekejap aje sebab dia ada kerja opis yang nak kene siapkan. Saya beritau en.Husband kalau nak pegi sekejap, saya dengan Jasmin tak minat nak ikut (hahahaha…. Korang rasa tu ayat ugutan tak?) sebab saya nak jalan-jalan sekali, shopping2 sikit, masuk Jusco sekejap, masuk mothercare, masuk mammours… singgah sana, singgah sini…. Namanya pun saya, harusla saya singgah menyinggah. Dah alang-alang kan?

So, kami pon jenjalan la ke OU, survey n tgk2 laptop yang en.Husband nak tu. Pastu singgah sana, singgah sini…tibe2 tgh jalan2 tu, saya tercium bau sesuatu yang sangat la digemari….



Big Apple!!! Hehehe pucuk dicita ulam mendatang!. Saya pon ajak en.Husband singgah. So kitorang pon lepak2 la kat situ. Tengok tu, Jasmin pon happy kan??? samala macam ibu nya tu.




Ni la model Big Apple tu...


Kesian Jasmin tak dapat makan donut yang besh-besh nih.

Dalam pada kami menikmati donut tu, cube korang tengok apa yang Jasmin buat tu.










Haaaaaaa!!!!! Kantoi!!!!!...... anak ibu buat apa tu?????







Monday, February 23, 2009

Breakfast on Saturday

Hari Sabtu haritu terasa macam nak breakfast kat luar. En. Husband asyik mention nak bersarapan kat Ipoh Station Antique Cafe yang dekat dengan area rumah kami. So, pagi-pagi lagi saya cepat-cepat basuh baju and mandikan Jasmin. Sidai baju cecepat sebab excited nak makan kat luar pagi-pagi….

Best gak lepak sambil makan-makan kat sini. Tapi oleh kerana saya bukan orang yang suka mengumpul barang-barang antik, saya jadik rimas dan semak mata. Hahahaha boleh gitu?? Takde seni betul saya ni. Tak kesah la. Cuma sangat tenteram makan kat situ. Cik Jasmin pada awal pun sangat la behave duduk di kerusi dia.

Cube tengok nih? Alim kan????






Satgi bile makanan kitorang dah sampai, dia pon jadik kecur tengok kitorang makan dengan laparnya sampai lupa nak snap gamba hidangan tu. Hahaha… But I’ve learnt a lot from my mistakes. Kalau makan kat luar, mesti bawak biskut Jasmin, supaya dia pun turut sama makan. Kalau dia tak diberi makan, mulala bawak aksi2 stunt dia tu.

Haaa... ni Jasmin makan biskut dia.



Emmm...kami sangat kenyang pada pagi Sabtu itu....




Friday, February 20, 2009

Sedapnya kalau dapat....

Hari Jumaat ni biasanya hari yang boleh saya relax2 bila time pukul 12 hingga 2ptg tu. Tapi tidak pada minggu ini dan sebelumnya. Ni kes bizi la ni. Boss saya ada meeting ptg ni. So saya kene prepare all the documents yang dia nak guna time meeting ptg ni. Tapi saya ngantuk dan yang terbayang2 di kepala otak saya adalah ini….











Sedap nya Big Apple Donut ni…saya rasa kecur pulak… korang terliur tak??? emmm nyummm nyummm nyummm bestnya kalau dapat donut ni kat depan mata. Ini la punca kegemukan saya. Ceh!! Nak salahkan Big Apple laks. Kalau dah tengah buat kerja pon ingat donut ni… pikir la sendiri siapa yang mencari kegemukan itu….

Hahahahahahaha…..lu pikir la sendiri….


Weekend ni la cari donut ni...skang ni Big Apple dah ada kat Tesco Puchong. Bila beli susu Jasmin...mesti tersangkut kat Big Apple....






Thursday, February 19, 2009

Kotak Limau CNY

Korang pernah dapat kotak limau masa Chineese New Year (CNY) haritu? Kitorang pun tak ketinggalan jugak dalam menikmati limau yang manis-manis nih. Siap dapat satu kotak dari mak mentua abang saya. Tapi, yang peliknya ada satu kotak tu, bile kitorang dapat, then bila aje bukak, bukan buah limau yang ada…. Tapi ada….



Tarraaaaaaa.........












Jasmin ni cukup suka dengan kotak limau nih. Letak la kotak limau ni depan mata dia, confirm saya boleh buat kerja lain dan tinggalkan dia sendirian bermain dengan kotak tu. Apa yang menarik dengan kotak tu? Mungkin sebab warna dia yang merah kot.

Saya pun masukkan Jasmin dalam kotak tu, bukan niat nak khianat anak sendiri, tapi saya buat kotak tu ala-ala orang main tarik upih... saya pun tarik kotak tu dan bawak Jasmin jalan-jalan. And u know what??? Jasmin sangat teruja... mungkin bila dia dalam walker, dia kene gerakkan kaki sendiri, tapi sebab saya sorong kotak tu laju-laju, dia ingat dia naik kereta sport kot. Hahahahahahaha....... oh jangan risau saya sentiasa memastikan keselamatan Jasmin bila bermain permainan yang belum sesuai dengan usia dia...

Terasa saya pulak yang nak jadi kanak-kanak... Jasmin ni la peneman saya especially kalau en.Husband outstation. Walau penat sekalipun dari opis, sangat bahagia bila dapat meluangkan masa bermain dengan Jasmin...

Nantila saya apdet tentang development Jasmin sebab Jasmin kan dah 7 bulan....

Wednesday, February 18, 2009

Melaka - Part 3

Hahahahaha... saya add more pics. Walaupun korang semua bosan, tapi saya tak kira...nak jugak attach gambo. Actually kami semua tak plan pon nak naik beca. Lagipun masa tu Jasmin dah tertido dah pun time kami jalan-jalan. Even dah banyak kali dah pun pegi Melaka ni, tapi this time sangat excited sebab Jasmin ada...
Suddenly ada la sorang bro ni nak bawak kami. Kitorang bagi alasan yang ada stroller Jasmin. Dia kata takper, dia boleh bawak. Elok je naik beca tu, Jasmin terus bangun.... dia pulak yang excited sebab selalu naik kereta ada cermin depan, ni memang luas pemandangan mata dia.

Kagum ar dengan bro tu sebab aku tahu mesti dia penat mengayuh maklumla aku kan beraaaaatttt....hahahaha...


Tengok muka Jasmin.... muka bangun tido....



Masa ni bro ni tolong kami amek gambo kat semua tempat...



Ni bergambo kat air terjun....


Ni kat kapal...


Jasmin dengan babah di beca....





Tuesday, February 17, 2009

Melaka - Part 2

Hmm Lama betul dah tak hapdet blog nih. Saya terlalu sibuk dengan kerja-kerja untuk publish data Suku Keempat 2008 nih. Dan kelihatan sejak akhir-akhir ni kehidupan saya sangat stress sehingga kadang-kadang saya merasakan yang saya sudah mengabaikan responsibility saya pada en.Husband dan Cik Bunga Jasmin. Harap maaf yer... saya kan yang menurut perintah ajer.... huhuhu.
Oh ini saya sambung cerita kami bercuti di Melaka haritu.





Sesekali amek gamba bedua dan lupakan Jasmin sementara...hahahha...


Kesian Jasmin sampai tertido2....
Jeng...jeng...jeng....


Jangan tak caya....kami bertiga naik beca tau. Emm nasib baik beca tu tak senget sebelah. hahahaha... dengan stroller2 Jasmin kami hangkut naik beca tu....


Next time la story pasal naik beca ni yer.....


Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker