Showing posts with label Tag. Show all posts
Showing posts with label Tag. Show all posts

Tuesday, March 24, 2009

Tagged By Rubi

Oh saya di tag oleh Rubi (Ibu Mu'az).

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.Have fun.


Pick the month you were born:

January——-I kicked
February——I loved
March——–I karate chopped
April———-I licked
May———-I jumped on
June———–I smelled
July———–I did the Macarena With
August——–I had lunch with
September—-I danced with
October——-I sang to
November—–I yelled at
December—–I ran over


Pick the day (number) you were born on:

1——-a birdbath
2——-a monster
3——-a phone
4——-a fork
5——-a snowman
6——-a gangster
7——-my mobile phone
8——-my dog
9——-my best friends’ boyfriend
10——-my neighbour
11——-my science teacher
12——-a banana
13——-a fireman
14——-a stuffed animal
15——-a goat
16——-a pickle
17——-your mom
18——-a spoon
19——- a smurf
20——-a baseball bat
21——-a ninja
22——-Chuck Norris
23——-a noodle
24——-a squirrel
25——-a football player
26——-my sister
27——-my brother
28——-an iPod
29——-a surfer
30——-a homeless guy
31——-a llama


What is the last number of the year you were born:

1——— In my car
2———-On your car
3 ———– In a hole
4 ———– Under your bed
5 ———– Riding a Motorcycle
6 ——— sliding down a hill
7 ——— in an elevator
8———- at the dinner table
9 ——– In line at the bank
0 ——– in your bathroom


Pick the color of shirt you are wearing:

White———because I’m cool like that
Black———because that’s how I roll.
Pink———–because I’m NOT crazy.
Red———–because the voices told me to.
Blue———–because I’m sexy and I do what I want
Green———because I think I need some serious help.
Purple———because I’m AWESOME!
Gray———–because Big Bird said to and he’s my leader.
Yellow——–because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange——–because my family thinks I’m stupid anyway.
Brown———because I can.
Other———-because I’m a Ninja!
None———-because I can’t control myself!

Now type out the sentence you made, write ‘em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!


I KARATE CHOPPED A BANANA IN MY CAR BECAUSE I'M AWESOME!


Erk... macam tak sesuwaiiii ajer.... hahaha...anyway, aku tag semua yang rasa-rasa nak buat. Enjoy...



Tuesday, March 17, 2009

Tag by Zamose

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya (malangkah daku?), silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Saya telah di tag oleh Pn. Zahidah

1. Saya dilahirkan di Hospital Wilayah Persekutuan Labuan. Tapi ic saya -12- , bukan -15-, sebab masa saya buat i.c ni WPLabuan masih di bawah Sabah.

2. Plat kereta saya SL9988. Ramai orang yang tanya saya kenapa plat kereta saya bermula dengan SL, diorang ingat saya orang Singapore. No tu chanteq kan?. SL (Sabah Labuan kot). Tapi boleh jadi S untuk Sembilan dan L untuk Lapan. Perasan tak yang no kereta saya hanya mengandungi 2 nombor tu sahaja.... kebetulan....

3. Saya bertunang pada 1 Mei 2006
Saya berkahwin pada 25 Mei 2007
Saya melahirkan Irni Jasmin pada 10 Julai 2008

4. Satu fakta yang saya selalu beritau orang ramai yang saya tak berapa pandai memasak. Tambahan pula en.Husband sangat terer memasak, maka saya naik lemak untuk selalu excuse memasak....hahahaha

5. Saya selalu mempunyai azam nak kemas rumah dengan sekemas-kemasnya dan menukar atur perabot2 supaya nampak ada perbezaan dengan sebelumnya. Tapi bila saya berkemas, Jasmin ikut berkemas, saya terus ajak en.Husband dan Jasmin keluar....

6. Saya ni cepat marah n moody. Tapi dengan orang2 lain saya boleh kontrol (dalam erti kata lain hipokrit aaa), biasanya en.Husband adalah tempat saya luahkan marah saya tu.

7. Masa saya blajar kat Kolej Tungku Ampuan Mariam (KTAM) saya paling tak pandai mandi dekat kolah besar berkemban. Saya rela beratur panjang and tadah air untuk mandi kat bilik air. Mungkin saya takut kain berkemban saya terlucut kot. (pernah experience nampak senior punye kain kemban terlucut...opsss!!!!)

8. Masa blaja kat KTAM gaks, kami se dorm pernah diganggu dengan sex maniac. Berdiri kat belakang dorm pakai helmet sambil membuat aksi tidak senonoh. Huh macam ni punya manusia patut campak dalam Laut China Selatan je

9. Fakta yang saya selalu beritahu, saya adalah seorang yang kuat berjalan dan bershopping. Hahaha….

10. Saya ada tanda lahir di pipi sebelah kanan. Saya masih belum jumpa tanda lahir Jasmin lagi.

11. en.Husband tak pernah nak bawakkan handbag saya macam couple2 lain. Dia kata, betapa tak macho nye bile seorang lelaki tu bawakkan handbag makwe dia. Hehehe tu kes ego la tu.

12. Saya adalah seorang yang tidak gemar memakai barang kemas. Good for en.Husband kan? Kalau tak mesti rabak kocek seluar dia kalau saya slalu ajak dia masuk kedai emas. Sejak berkahwin saya hanya memakai gelang kahwin saya. Itu pun terpaksa, takut orang kata en.Husband tak mampu nak belikan saya barang kemas.

13. Nak tau, cincin risik dan cincin tunang saya sudahpun TIDAK MUAT!!!!

14. Saya dan en.Husband mempunyai cita-cita dan impian yang sama untuk meningkatkan taraf kehidupan kami.

15. Saya kini mempunyai 3 orang anak saudara:
1.Muhammad Aiman Haziq
2.Nayli Alani Hurin
3.Muhammad Danish Rayyan

16. Fakta: Saya kini telah gemuks berbanding zaman belajar saya....

Friday, January 16, 2009

Tag by Fara


1) Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Setel...

2)Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
- Fara.. Dia ni kawan en.Husband.. tapi kaki shopping macam aku. Sebab tu aku suke kawan dengan Fara nih..


3)Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sbelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
-
suke sangat bershopping (shopperholic)
- telah meningkat berat badan yang mendadak sejak berkahwen dengan en.Husband. Apatah lagi dengan kelahiran Jasmin..muehehehehe
- kuat bekerja... bahaya wooo sampai lupa anak laki....(slalu org guna words "anak bini"...)
- dilahirkan di W.P. Labuan
- suke basuh baju tapi tak berapa minat lipat baju...tapi aku tetap kene buat. huhuhuhu....
- tak pandai bawak basikal...tapi aku ada lesen motor setelah dua kali amek test. Sejak lepas test sampai skang ni, aku tak pernah bawak motor....skadar utk ada lesen ajer.
- suke surf internet
- suke bawak kereta laju-laju.
- kalau tak puas ati dengan org, aku suke cakap blakang aje...tak cakap depan orang tu. Sebab taknak bermusuh dengan orang. hahahaha....hipokrit ek?
- tak berapa pandai masak......hahahahaha padanla en.Husband kurus kering

4)pilih 5 penerima award setrusnya n nyatakan di blog anda.
- Suemail

- Zamose
- Intanz
- Diah
- Yana

5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
-okies


Tuesday, December 9, 2008

5

Haha harini kira nak bayar hutang Intan. Ada satu lagi tag yang aku hutang, nanti la aku buat yang lagi satu. Harini opis macam lengang. Walaupun pagi2 tadi dah wat discussion dengan boss, so harini macam takde feel nak buat keje. So amek masa sket untuk jawab tag Intan.


5 benda yang aku jumpa dalam beg aku

- Handphone
- Kunci Kereta
- Purse
- Pendrive
- Pen


5 benda "fevret" dalam bilik aku

- Bantal bucuk Jasmin
- Tabung aku dan en.Husband
- TV lama kepunyaan mak aku...
- Barang2 make-up
- Katil laa... sedap tido skang nih.....


5 perkara yang aku slalu nak

- Nak jadi hamba Allah yang taat akan perintah dan larangan-Nya.
- Nak melancong sampai ke negara-negara yang takde dalam peta? waah boleh ke gitu, ada ke ticket ke sana?
- Sejak aku kecik aku selalu berangan nak hidup senang (banyak pengaruh TV nih) walaupun aku bukanlah hidup susah pon masa kecik, tapi aku nak jadi kaya dengan hasil usaha aku. Duit titik peluh aku sendiri supaya aku bleh berbangga dengan pencapaian hidup aku.
- Nak anak-anak aku berjaya dalam hidup diorang. Aku leh tumpang berbangga sekali... bile aku jalan je, org akan cakap... "haa dia tulah mak Angkasawan pertama wanita Malaysia, ala Irni Jasmin tu...." wahh kepoh nye makcik2 tu...ekekekeke sejuk perut ibu mengandung.
- Nak set up company terulung dan ternama untuk diri aku sebab dah malaih nak keje makan gaji nih.



Takde nak tag sape-sape.


Monday, September 8, 2008

Tag Dari Deeah




Your Brain is 73% Female, 27% Male



Your brain leans female

You think with your heart, not your head

Sweet and considerate, you are a giver

But you're tough enough not to let anyone take advantage of you!




Diah, aku telah selesaikan tugasan aku. Aku rasa ni lah tag yang paling mudah aku pernah jumpe. Simple n senang giler nak buat. Tak payah susah2 nak pikir.

Friday, August 29, 2008

Tag Dari Intanz-2

KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG
-Masa umur aku 5tahun kot. Masa tu aku n family dok kat Labuan. So we all balek Johor jenguk family mak bapak aku.


KALI PERTAMA KE OVERSEA
-Over Laut Cina Selatan dikira tak???


KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DARI KELUARGA
-Form 1. Masuk Asrama...


TERINGIN SGT NK MELANCONG KE...
-Gold Coast Australia

FAV ACCESSORIES
-Ntah...takde yg fevret pon


EMPAT PERKATAAN YG SELALU DI SEBUT
-???-


KALAU ADA DUIT
-Nak bayar rumah cash.
-Berenti kerja, nak jaga baby Jasmin
-Shopping puas2 !!!


SIAPA YANG ANDA NK TAG..
-Null- Aku hanya menjawab tag...



Tag Dari Intanz

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH 
-Kalau solat kat surau, suke solat belakang2.
-Malas datang prep. Aku dgn Diana pernah kantol tak datang prep petang. Terus malam tu kene denda.
-Kalau kene check dorm ngan susunan selipar waktu malam2, aku buat sambil lewa ajer.
-Tak amek port sangat hal-hal orang lain. Aku wat hal aku je.
-Selalu ponteng kelas Arab dengan Mudirah...aku lepak kat tandas sebelah kelas KHB.


3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA?? 
-Maths (tah mmg suke..sbb puas ati bile kite dapat selesaikan)
-Ekonomi (mana la tau bleh jadi menteri ekonomi)
-B.Melayu (sbb bahasa rasmi, senang nak paham )


3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
-English (sebab tak pandai…..)
-Sejarah (malas nak hafal)
-Pendidikan Jasmani (aku bukan sports girl)


MENARIK PADA KAMU...?
-Menarik??? Tahle… Tapi aku teringat aku pernah dapat surat masa skolah menengah dulu. Dia kata aku unik…hahaha lucu kan? Part mana yg unik pon aku tatau.
Aku rasa aku menarik sbb aku peramah kot n aku baik ati…kan???


KAMU PALING SUKA...?
-Shopping!!!!!


ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
-Keluarga
-Kerjaya dan 
-Kehidupan harian saya

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Erkk… ni untuk org yg blom kawen kot…masa chentan2 ye la skang ni sume dah ada depan mata. Takyah contact2 pon!


MANGSA TAG KAMU

-Null- Aku hanya menjawab tag...


Friday, June 27, 2008

I've Been Tagged by Zamose...

1 minit yang lalu, apa anda buat?
Dok depan PC buat comparison data year-to-year n month-to-month. Mata sudah naik berpinar dengan figure yang banyak ini…
1 hari yang lalu, apa anda buat?
Kerja….kerja….dan kerja....
1 hari lagi apa anda akan buat?
Oleh kerana tag ini ditulis pada hari Jumaat…maka saya plan untuk berjalan atau dalam erti kata lain menshopping kan diri sebelum saya ditahan selama 2 bulan kerana masuk bengkel berpantang.
1 orang yang terakhir menelefon kamu?
Husband saya... dia mengeluh sebab opis-mate dia semua balek rumah sebelum pegi solat Jumaat, tapi rumah kami jauh. Dia takde geng nak gi semayang Jumaat. So saya pujuk dia pegi je la semayang Jumaat sorang2.
1 makanan yang baru dibeli?
Nasi kerabu & kuih karipap 3 keping = RM3.20
1 barang yang baru hilang?
Takde kot...
1 cerita yang baru ditonton?
Jangan Main Belakang – Astro Ria. Pastu saya pun tak pasti tengok sampai habis atau pun dah tetido di atas sofa…
1 hal terakhir yang digossipkan?
Mestilah gossip pasal boss2 saya. Hehehehe….
1 kata yang ingin diluahkan?
“Boss, saya sangat letih dengan kerja2 yang diberi ni… setiap hari boss bagi saya 6-7 amanat untuk dibuat. Amanat yang semalam pon saya tak habis lagi buat. Macam mana saya nak kerja sehingga 56 tahun nih??”
1 buku yang sudah dibaca?
Survey Sampling Reference Guidelines – Ni pun boss suruh saya baca sebab saya ada meeting berkaitan sampling design hari Selasa depan…
1 penyakit yang sering datang?
Edema – kaki saya membengkak dengan teruk sekali semenjak saya hamil 8bulan ke atas. Besarnyer…
1 keinginan?
Bersalin… walaupun saya tahu ia sakit, tapi saya juga tak sabar dan terasa teruja untuk melihat permata hati kami berdua.
*Seperti Intan jugak, aku takde nak tag sape2...sebab yang slalu baca blog aku pon dah kene tag oleh Zamose.. tapi kalau Puan Syakin nak buat boleh jugaks... :p
Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker