Showing posts with label Pengasuh Jasmin. Show all posts
Showing posts with label Pengasuh Jasmin. Show all posts

Thursday, March 26, 2009

Stok Makanan Jasmin








These are what we spend as part of our salaries. Banyak kan?? Huhuhu, saya memang suka belikan nestum Jasmin yang pelbagai jenis. Maklumla Jasmin dah mula makan solid food since dia 6months. So, saya suka pelbagaikan rasa makanan dia. Every Monday, saya akan hantar pada pengasuh Jasmin 3 tupperware yang pelbagai rasa. Saya taknak Jasmin bosan dengan food dia. Saya suka bile dia makan banyak…

But saya masih lagi berazam untuk bangun seawal 5pagi dan masak bubur untuk Jasmin kat rumah pengasuh dia. Tapi, impian tu selalu tak capai bile saya matikan jam. Arghhhh… takpe saya akan cuba lagi. Saya cube untuk jadi ibu yang terbaik untuk Jasmin.


Berbahagialah menjadi ibu yang dapat menjaga anak sendiri siang dan malam. Saya selalu pikir, kalau la saya diberi peluang untuk berhari-hari jaga Jasmin tanpa hantar Jasmin pada pengasuh...huh best kan? Bestnyer... walaupun Jasmin ni banyak karenah tapi kadang-kadang kalau dia tidur, saya rasa nak kejutkan dia supaya saya dapat main dengan dia.

Whatever pun saya sangat sayang dengan Jasmin....mmmuasshhhhh3x



Wednesday, January 28, 2009

I'm a Bionic Woman

Ingat tak aku ada post entry pasal Jasmin demam haritu? Rupe-rupenye itu tanda-tanda awal cik kak ni nak kene demam campak. Aduhai...kecik-kecik lagi dah kene demam campak. Hmm ada yang...cakap dengan aku, mungkin sebab Jasmin kurang dapat susu badan sebab tu dia dapat demam campak dengan cepat. Aisehhh.... takpelah nak buat macam mana kan? Mak aku pulak cakap, Jasmin ni semua nak cepat... demam campak pon nak cepat.

Kesian pulak aku tengok, penuh merah2 kat muka dia...ala-ala ruam gitu. So bila dah saket tu, mesti la dia asyik merengek2 aje. Pengasuh aku suruh aku beli air kelapa untuk bagi Jasmin minum sikit and mandikan dia dengan air kelapa. Tu supaya merah-merah dia tu cepat keluar. Nasib baik la ada pengasuh tu. Kitorang bawak jugak Jasmin pegi klinik. So masa doktor cek tu, dia kata ni demam campak biasa. Sebab dia bimbang jugak kalau kene penyakit kaki tangan mulut tu. Tapi Jasmin cuma kene demam campak biasa. Aku pon tetibe jadi risau terus surf internet and cari info pasal penyakit kaki tangan dan mulut. Tapi rasanya Jasmin tidak tergolong dalam penyakit nih.












Haa... nak jadi cerita, dalam pada Jasmin dok kene demam campak ni, en.Husband pulak mengadu sakit2 sampai dia rasa nak demam. Adeh takleh nak pikir sangat time-time cenggini. So hari Jumaat tu, aku gi opis jap pagi tu sebab nak cuti panjang, aku amek keje-keje aku semua nak bawak balek umah. Jasmin aku hantar pada pengasuh dia. Aku dah siapkan ubat-ubat dia, aku bekalkan jugak sebuji kelapa. En.Husband aku suruh dia tunggu kat rumah. Dalam pukul 9 lebih aku balek umahand bawak en.Husband pegi Hospital Putrajaya sebab dia mengerang sakit ada bisul (takde mata) dekat pangkal peha. Dah sampai takleh jalan aku tengok. Aku paksa gak dia gi Hospital.

So sampai Hospital, dia kene admitted la plak. Aduh sakit kepala. Dr cakap dia kene buat minor surgery buang bisul tu. Dr siap pesan yang aku kene stay dengan en.Husband sebab tak pasti surgery tu bila. Expect to be that night tapi dia mentioned kalau ada kes-kes bersalin ceaser, dia kene dulukan dulu. Suddenly je aku macam suspen... surgery la pulak... tibe-tibe terfikir pasal Jasmin kat umah pengasuh tu. Aduh nak hantar Jasmin ke mana ye??? aku kene jaga en.Husband.

Walaupun kepala otak bercelaru, tapi ttp maintain sbb masa tu aku tgh jaga en.Husband. Aku taknak dia wisau. So aku pon decide tinggalkan Jasmin dengan pengasuh dulu. Dalam pukul 4ptg tu lepas en.Husband dah masuk wad, aku balek n pegi umah pengasuh. Mintak tolong dia. Masa cerita tu macam dah sebak2 sikit. Mata dah nak meleleh sbb aku tau pengasuh nak balek perak. Nasib baik dia sudi nak jaga Jasmin semalam. Bukan apa, Jasmin kenal dengan pengasuh dia je, buatnya aku hantar umah abang aku kat Shah Alam, dia meraung2 plak nanti sbb tak berapa kenal haa sapa nak jawab? Lagipon jauh gak nak anta ke Shah Alam.

Alhamdulillah surgery tu berjaya... for futher story, baca la en.Husband punye blog. huahuahuahu... banyak karenah tau jaga orang sakit. Sebab tu aku rasa aku la Bionic woman... Alhamdulillah aku dapat setelkan semuanya sendiri. Malas ar nak susah kan mak bapak kitorang yang jauh kat johor tu. Serius memang ni minggu yang mencabar dan memenatkan. Walaupun cuti, tetap rasa macam tak cuti tau. Tak cukup tido sangat. huahuahauhau....





After this, kene jaga kesihatan ye... kene selalu bersihkan rumah dari habuk2 sebab nampak macam Jasmin very sensitip. Mudah kene saket....ohhh anak ibu sayang. Jasmin dah nak merangkak and dah pandai duduk. Nantilah aku story, oklah...chow...

Tuesday, December 2, 2008

Irni Jasmin - 4months old

Huhuhu anak ibu ni dah nak masuk 5 bulan dah. Ibu masih tak sempat nak update tentang Jasmin sepanjang Jasmin 4 bulan nih. Ok, for u ols information, Jasmin dah pandai meniarap!! yeyeyey!.... Ibu suka tau!! sebab apa, ibu tengok ramai baby yang dah start meniarap bila umur masuk 4 bulan... so masa a week before Jasmin 4 bulan tu, pengasuh Jasmin bagi tau kat ibu dan babah yang Jasmin dah bergolek2 nak meniarap. Then, 3hari sebelum Jasmin genap 4 bulan, Jasmin dah meniarap... start dari tu sampai la skang ni, Jasmin memang kemaruk meniarap...be able to roll from back to one side. so sweet...

Jasmin pun dah macam kenal benar dengan ibu dan babah. Especially en. Husband... Nampak je en. Husband, mulalah excited bebenar. For time being, Jasmin tak takut bile orang amek dia. I'm not sure whether Jasmin memang tak takut orang atau dia belum ada perasaan insecure with strangers. Hopefully Jasmin tak berapa takut dengan orang. Bukan apa, nanti bila balek kampung, dia tak berapa nak mesra dengan sedara mara. Sket2 nangis... susah gak tuh.
Jasmin pun dah boleh hold benda then lepaskan semula... cume Jasmin tak berapa suke dengan permainan. Bagi je permainan, semua masuk dalam mulut...maybe Jasmin belum berminat kot. Anyway, dia dah recognize her bottles. Kalau kite goncang botol susu dia, time dia lapar, surely dia excited macam nak melompat2...

She also respond to all colors and shades. Bile time aku nak pegi ofis, aku pakai baju kurung warna merah ke, biru ke, mesti dia tenung lama2 kat baju aku, pastu senyum2... apa ek dalam otak dia...?? kompius ibu.

Oh ya, Jasmin juga suke demand attention daripada ibu dengan babah. Klu ibu dan babah buat2 macam tak amek endah tentang Jasmin, Jasmin akan nangis2 mintak perhatian supaya orang datang dan duduk mengadap Jasmin. isk isk ikut perangai sape la nih...
Jasmin suka kalau sblm tido aku bacakan dia "Lailahaillallah, MuhammadurRasulullah"... pastu dia tenung je aku sambil senyum2. Maybe dia ingat aku bercakap dengan dia kot. padahal aku bacakan untuk dia. Nanti dia tenung aku lama2 dan terus tertidur...

Jasmin sekarang ni tido pukul 10 - 11mlm n bangun semula pukul 6.30 pagi... sangat senang. Kadang2 je dia bangun 3-4pagi untuk minum. Lebih teratur jadual Jasmin.
Jasmin sebelum meniarap...

Dah start meniarap dah.....

yes... Jasmin dah berjaya meniarap....


So... cukupla tu kot info perkembangan anak ibu... so, Happy 4months old sayang

Dari;
Ibu.... mmuahsss mmmuashhh

Friday, September 12, 2008

Jasmin Demam!!!

Ahaks, selalu aku bagi komen pada orang lain suruh diorang apdet blog masing2... tiba2 aku telah kene sound dengan puan intanz payung supaya apdet blog aku. Hehehehe.... bukannye apa, almaklum, bizi sket sejak2 aku masuk ofis minggu nih. datang ofis je, punyelah banyak keje yang menunggu aku. huhuhu.... relax2. Dah cuti 2 bulan, rasa mcm banyak plak benda yang aku dah tak tau nak buat macamana n nak start dari mana. Nasib baik aku tau lagi macamana nak on kan pc, hehehe...

Rabu baru2 nih baby Jasmin genap usia 2 bulan. So hari khamis tu, aku & en.Husband bawak baby Jasmin pegi Klinik Kesihatan untuk buat check-up. Oleh sbb Jasmin dah 2 bulan, mestilah dia diberi suntikan. Huhuhu kesiannya anak ibu nih. belum kene inject lagi, dia dah melalak2. Lepas kene inject, nurse bagi ubat demam... aku de dengar yg pas kene injection nih, biasanya baby akan demam. Aku harap Jasmin ok... sepanjang dalam kereta masa aku nak hantar ke rumah pengasuh Jasmin, dia nangis2 je. Sakit la tu kot kene inject kat peha dia. Pastu aku pon mintak pengasuh tu beri dia ubat demam tu lepas 30 minit.


Petang tu, masa aku amek Jasmin, aku rasa badan dia panas. Kak Su (pengasuh Jasmin) pun cakap yang dia ni demam. Dia kata mungkin Jasmin ni merengek2 la malam tu kot sebab dia rasa tak selesa dengan badan dia. Kak Su suruh kami beli kool fever. Malam tu memang Jasmin merengek2... dia asyik nangis ajer. Dah letakkan kool fever pon dia masih belum kebah lagi. Kesian Jasmin...



Harini aku EL... tak dapat pegi ofis sebab Jasmin masih demam. Aku sebenarnya dah nak bersiap pakai baju nak gi ofis. Bila rasa badan Jasmin, masih panas lagi. Aku pon terfikir, takkanla aku nak hantar ke rumah kak su, nanti mesti dia pikir aku ni nak jadi ibu, tapi bile anak demam tak nak sacrifice sket, xnak amek cuti... Lagipon tak sampai hati aku nak hantar Jasmin. Buatnya dia merengek2 dengan kak su, dah nyusah kan orang tu pulak. Aku bukannya apa, aku ada keje urgent yang nak disiapkan. Boss aku nak mende tu next week. Inilah masanya aku kene dulukan mana yang lebih penting dalam hidup aku. whatever pon, family comes first!!! Jasmin is everything to me rite now!!! so aku EL laaa... yang klaka tu, pagi tu aku bitau Jasmin yang aku tak hantar dia pegi rumah kak su, dalam tido tu dia bleh senyum....hehehehe....aku suka bila aku dapat gembirakan buah hati aku ini.

Tuesday, September 2, 2008

Perpisahan Sementara

02 September 2008 

Hari ni hari pertama baby Jasmin kesayangan kami berpisah dengan aku. Kenapa?? sebab kami nak biasakan Jasmin dengan pengasuh dia. So aku bertekad nak hantar dia start from dis week even aku masih lagi bercuti. Aku akan start bekerja on next week. Apa perasaan aku??? Sejak semalam, hati sangat susah woo...sampaikan berbuka puasa pun tak rasa apa-apa. Malam tadi waktu aku packing kan barang2 dia, hati dah rasa sayu. Nak nangis pon ada. Tapi kontrol lagi depan encik Husband. Malu jugak... tapi aku tahu yang encik Husband tahu apa yang ada dalam fikiran aku. Pandang muka Jasmin yang sedang terlena malam tadi, susah nak cakap perasaan tu...hiba, sayu, sedih... kenapa la anak sekecil ini perlu melalui separuh dari hari2 nya tanpa ibu dan babah di sisi??? Aku cium pipi dan dahi Jasmin banyak kali. Jasmin masih terus terlena...

Pagi tadi aku tersedar awal untuk bersahur (walaupun aku ni sebenarnya bukanla kaki bersahur...). Aku dengan gagahnya bangun dan kejutkan encik Husband. Waktu makan sahur tadi, aku berselera walaupun hati masih lagi pilu. Dah selesai makan, aku masih siapkan keperluan Jasmin seperti susu dan bottle susu dan aku masukkan dalam beg Jasmin. Dalam pukul 6.15 pagi, Jasmin dah terjaga. Dalam hati aku, Jasmin ni macam tau je yang kitorang nak hantar dia ke rumah orang. sebab selalunya dia terjaga pukul 10 pagi or pukul 11 pagi. Pastu dia merengek2 nak susu. Aku susukan dia dan aku tukarkan pampers dia. Masa encik Husband bersiap-siap nak ke ofis, Jasmin tengok je. Dia senyap tapi dia renung je babah dia. huhuhu sayu sangat tengok dia. Sadis...sadis... tapi aku cakap pelan2 kat Jasmin, yang aku harap dia boleh jaga diri dan pandai bawak diri kat tempat orang. Aku sebenarnya cuma risau Jasmin ni, dia memang senang dijaga. Tak meragam. Tapi yang aku susah hati, Jasmin minum susu formula, tapi kalau dia nak tido, dia mesti nak bf dengan aku. Kalau tak, dia nangis2. So aku risau kalau dia nangis kuat-kuat masa kat umah pengasuh dia nanti. 

Aku harap pengasuh Jasmin ni (Kak Su) dapat jaga Jasmin dengan baik dan dia dapat coolkan dan pujuk Jasmin kalau Jasmin menangis dengan kuat. Dan harap-harap Kak Su ni terus sudi untuk jaga buah hati pengerang jantung kami berdua. Plan awal, aku yang akan hantar Jasmin ke rumah pengasuh sebab encik Husband takut dia akan terlewat, manala tau lama pulak nanti aku nak explain n pesan pada pengasuh tu. Tapi aku pujuk jugak dia supaya kami berdua dapat hantar Jasmin bersama. Kenapa? Sebab ni la 1st time nak serah anak pada orang. Biarla dua-dua ada. Nanti Jasmin ingat aku sorang je yang nak serah dia pada orang lain. Sebab dia nampak aku je, dia tak nampak babah dia. Hehhehe...

Lepas je aku hantar Jasmin n bebual sikit dengan pengasuh dia, berapa scoop susu n berapa oz air dia, dan aku cakap semua keperluan dia... aku pon cium Jasmin. Jasmin senyap je sambil tengok muka aku ngan encik Husband..kitorang pun beredar sambil aku pesan kat Kak Su, kalau ada apa-apa call aku. Tapi aku harap takde apa2 yang akan berlaku la... turun je tangga umah dia tu...terus berjujuran air mata aku... huhuhuhu tak tahan rasanya. Pilu sangat... encik Husband hantar aku balek ke rumah. Kat rumah aku nangis lagi. Aku call mak aku sambil nangis bitau dia yang kami dah start hantar Jasmin ke rumah pengasuh. Mak aku soh aku sabar... dia pon nasihat aku... bukan sengaja nak tinggal2 kan Jasmin tapi niat kita nak cari rezeki untuk dia jugak. Supaya Jasmin dapat kehidupan yang lebih baik. Mak aku soh aku tido. 

Aku on pc...borak2 dengan Intanz payung... dia pon soh aku jangan sedih2... tiba2 aku rasa ngantuk. aku pon lelapkan mata depan tv. Aku mimpi Jasmin...klaka kan? Bila aku sedar2 je, aku dengar ada budak menangis. Aku ingatkan Jasmin, rupanya anak orang depan apartment aku tu. huhuhu rindu betul ibu pada Jasmin... 

Pukul 3.30ptg aku dah siap-siap nak amek Jasmin (cepat kan?...), baru je turun tangga, hujan gerimis pulak... aku naik semula sebab aku takut Jasmin kene selsema waktu aku bawak dia turun dari rumah pengasuh. Aku pun vakum dulu rumah sbb nanti kesian Jasmin kene habuk2 karpet / tikar. Aku pun tunggu la sambil tengok cuaca, bile gerimis ni nak berenti. Dalam pukul 4.30ptg je, aku tgk gerimis dah takde. Aku terus start enjin kereta nak amek Jasmin. Bile aku tekan loceng pintu umah pengasuh Jasmin, dia pun terkejut. Dia cakap, "aik cepatnya ambik, akak tak sempat mandikan dia lagi..." aku pun sambil gelak2, "saya rindu ar kat dia, kak.". Aku tanya macam mana dengan Jasmin, dia kata Jasmin ok... senang dijaga. Lepas mandi, dia menyusu lepas tu dia main sorang2 (kesiannya anak aku main sorang2) dia pon tertidur. Lega hati aku bile dengar Jasmin senang dijaga... AKu harap esok2 pon Jasmin boleh behave like that. 

Sampai je umah, aku peluk cium Jasmin. Rindunya aku kat dia...tapi masa aku amek Jasmin tu dia tengah tido...pastu aku cakap dengan dia, "Jasmin, ibu datang ni amek Jasmin. Ibu rindu sangat dengan Jasmin...". Jasmin yang tengah tido tu pon senyum. Hehehe...aku tak kire, aku nak peluk gak...walaupon Jasmin tengah tido. hehehehe....windu windu... cemana kalau aku dah keje nanti, boleh fokus ke aku???



Ini lah wajah yang paling aku rindu...shayaaaangg anak ibu, si comel Jasmin...

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker