Ahaks, selalu aku bagi komen pada orang lain suruh diorang apdet blog masing2... tiba2 aku telah kene sound dengan puan intanz payung supaya apdet blog aku. Hehehehe.... bukannye apa, almaklum, bizi sket sejak2 aku masuk ofis minggu nih. datang ofis je, punyelah banyak keje yang menunggu aku. huhuhu.... relax2. Dah cuti 2 bulan, rasa mcm banyak plak benda yang aku dah tak tau nak buat macamana n nak start dari mana. Nasib baik aku tau lagi macamana nak on kan pc, hehehe...
Rabu baru2 nih baby Jasmin genap usia 2 bulan. So hari khamis tu, aku & en.Husband bawak baby Jasmin pegi Klinik Kesihatan untuk buat check-up. Oleh sbb Jasmin dah 2 bulan, mestilah dia diberi suntikan. Huhuhu kesiannya anak ibu nih. belum kene inject lagi, dia dah melalak2. Lepas kene inject, nurse bagi ubat demam... aku de dengar yg pas kene injection nih, biasanya baby akan demam. Aku harap Jasmin ok... sepanjang dalam kereta masa aku nak hantar ke rumah pengasuh Jasmin, dia nangis2 je. Sakit la tu kot kene inject kat peha dia. Pastu aku pon mintak pengasuh tu beri dia ubat demam tu lepas 30 minit.
Petang tu, masa aku amek Jasmin, aku rasa badan dia panas. Kak Su (pengasuh Jasmin) pun cakap yang dia ni demam. Dia kata mungkin Jasmin ni merengek2 la malam tu kot sebab dia rasa tak selesa dengan badan dia. Kak Su suruh kami beli kool fever. Malam tu memang Jasmin merengek2... dia asyik nangis ajer. Dah letakkan kool fever pon dia masih belum kebah lagi. Kesian Jasmin...











No comments:
Post a Comment