Friday, August 29, 2008

Tag Dari Intanz-2

KALI PERTAMA NAIK KAPAL TERBANG
-Masa umur aku 5tahun kot. Masa tu aku n family dok kat Labuan. So we all balek Johor jenguk family mak bapak aku.


KALI PERTAMA KE OVERSEA
-Over Laut Cina Selatan dikira tak???


KALI PERTAMA DUDUK BERJAUHAN DARI KELUARGA
-Form 1. Masuk Asrama...


TERINGIN SGT NK MELANCONG KE...
-Gold Coast Australia

FAV ACCESSORIES
-Ntah...takde yg fevret pon


EMPAT PERKATAAN YG SELALU DI SEBUT
-???-


KALAU ADA DUIT
-Nak bayar rumah cash.
-Berenti kerja, nak jaga baby Jasmin
-Shopping puas2 !!!


SIAPA YANG ANDA NK TAG..
-Null- Aku hanya menjawab tag...



Tag Dari Intanz

5 TABIAT BURUK TIME SEKOLAH 
-Kalau solat kat surau, suke solat belakang2.
-Malas datang prep. Aku dgn Diana pernah kantol tak datang prep petang. Terus malam tu kene denda.
-Kalau kene check dorm ngan susunan selipar waktu malam2, aku buat sambil lewa ajer.
-Tak amek port sangat hal-hal orang lain. Aku wat hal aku je.
-Selalu ponteng kelas Arab dengan Mudirah...aku lepak kat tandas sebelah kelas KHB.


3 FAVOURITE SUBJEK ANDA... KENAPA?? 
-Maths (tah mmg suke..sbb puas ati bile kite dapat selesaikan)
-Ekonomi (mana la tau bleh jadi menteri ekonomi)
-B.Melayu (sbb bahasa rasmi, senang nak paham )


3 SUBJEK ANDA TAK SUKA... KENAPA??
-English (sebab tak pandai…..)
-Sejarah (malas nak hafal)
-Pendidikan Jasmani (aku bukan sports girl)


MENARIK PADA KAMU...?
-Menarik??? Tahle… Tapi aku teringat aku pernah dapat surat masa skolah menengah dulu. Dia kata aku unik…hahaha lucu kan? Part mana yg unik pon aku tatau.
Aku rasa aku menarik sbb aku peramah kot n aku baik ati…kan???


KAMU PALING SUKA...?
-Shopping!!!!!


ANDA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA...???
-Keluarga
-Kerjaya dan 
-Kehidupan harian saya

SETIAP MALAM SEBELUM TIDUR SIAPA YANG ANDA HUBUNGI..?
Erkk… ni untuk org yg blom kawen kot…masa chentan2 ye la skang ni sume dah ada depan mata. Takyah contact2 pon!


MANGSA TAG KAMU

-Null- Aku hanya menjawab tag...


Tumbesaran Baby Jasmin

Hari ni usia baby Jasmin 51 hari. Alhamdulillah aku rasa Jasmin diberi kesihatan yang baik dalam jagaan aku & family sepanjang tempoh berpantang sampai la aku balik ke KL ni. Cume haritu masa usia Jasmin sebulan, dia macam hampir terkena selsema, tapi Jasmin boleh survive. Selsema biasa sahaja. Takla sampai dia tak boleh tido malam. Dalam 2 hari je Jasmin dah ok semula. Mungkin terkene jangkitan Tok Bah dan Tok Mak dia (almaklum musim buah-buahan).
Masa Jasmin sebulan haritu, berat Jasmin 3.76kg, tinggi 53cm dan ukur lilit kepala 37cm. Sekarang ni tak taula, yang penting kalau aku dukung Jasmin, terasa lenguh jugak. hehehehe...so lepas ni continue lagi la check-up kat Klinik Kesihatan Pulau Meranti tu. Dulu aku pegi untuk check kandungan aku, skarang ni check baby Jasmin pulak. 
I'm not sure samada Jasmin ni dah nampak clear dengan persekitarannya atau pun tak, yang penting dia akan tengok je aku bila aku bebual dengan dia. Even kalau aku sambil berjalan ke kiri ke kanan dia pun, Jasmin akan tengok ke mana je aku bergerak dan sesekali kalau diagah, Jasmin akan senyum dan ketawa. Sumtimes, Jasmin akan balas senyuman kalau kita senyum pada dia. Bile aku pegang tangan Jasmin, dia dah pandai genggam jari aku. Especially time mandikan Jasmin, dia akan berpaut dengan kuat kat lengan aku. Jasmin suke sangat bile berendam dalam air. Mandikan dia lama-lama pon takpe, sebab dia suka... tapi bile angkat je dari air, pastu nak pakaikan dia baju, dia punye menangis...tak agak2... mcm budak kene dera je aku nengok. Maybe dia lapar kot. Sebab aku akan mandikan Jasmin straight lepas je dia bangun pagi. Tapi sejak aku kat KL ni, sebelum aku mandikan dia aku bf dia dulu dalam 20 minit. Bila aku pakaikan baju lepas mandi, Jasmin dah tak menangis lagi. Sempat la aku buat urutan mcm dalam tv tu dengan menggunakan minyak baby Johnsons...
Leher dan kaki Jasmin memang kuat. Kadang2 masa mandikan Jasmin ni, dia dah boleh tegakkan kepala dia sendiri. Kalau Jasmin tengah marah pulak, dia akan luruskan dan tegakkan kaki dia... satu perangai Jasmin ni, dia paling tak suke dibedung. Marah betulla tu... sekuat-kuat tenaga dia akan cube lepaskan tangan dia dari balutan bedung tu. Sampai merah2 muka dibuatnye. Kalau tak dapat lepaskan.... nangis... aduh gadis betulla anak aku ni.
Anyway, aku letak gamba baby Jasmin yang aku sempat snap pagi tadi lepas aku mandikan dia....chiow...


Sunday, August 24, 2008

I'm Back!!!!

Yuhuuu I'm Back!!!! sampai2 je rumah lepas uruskan baby Jasmin n makan malam, aku terus online! huwaaa rindunya dengan blog aku, dan dengan blog korang2 sumer. Kalau korang nak tau, aku memang banyak sangat nak bercerita tentang pengalaman aku semasa berpantang dan macam mana aku jaga baby Jasmin. Tapi sebab aku takleh nak online kat umah mak aku, maka semua yang aku nak cerita tu hanya aku simpan dalam kotak pikiran aku. 

Aku blom sempat nak upload semua gambar2 yang aku amek through handphone n camera aku. Cuti aku masih ada 2 minggu lagi. Aku balek kl awal sebab banyak yang nak diuruskan...especially nak cari pengasuh baby Jasmin. Walaupun sebenarnya husband aku dah tolong carikkan, tapi takkanla nak terus hantar ke rumah pengasuh tu kan. Mesti lah aku nak kenal2 dulu dengan dia... nak tengok kondisi rumah pengasuh tu lagi... huiii anak tu beb!! Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. So need to be very careful.

Okeylah, tonite aku nak rest dulu. Selalu mak aku ada uruskan aku dengan baby Jasmin. Start from now, semuanya kene handle sendiri. Arghhhhh!!! susah-susah.... okeylah chiowww...  

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker