Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Friday, January 16, 2009

Tag by Fara


1) Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Setel...

2)Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
- Fara.. Dia ni kawan en.Husband.. tapi kaki shopping macam aku. Sebab tu aku suke kawan dengan Fara nih..


3)Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sbelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
-
suke sangat bershopping (shopperholic)
- telah meningkat berat badan yang mendadak sejak berkahwen dengan en.Husband. Apatah lagi dengan kelahiran Jasmin..muehehehehe
- kuat bekerja... bahaya wooo sampai lupa anak laki....(slalu org guna words "anak bini"...)
- dilahirkan di W.P. Labuan
- suke basuh baju tapi tak berapa minat lipat baju...tapi aku tetap kene buat. huhuhuhu....
- tak pandai bawak basikal...tapi aku ada lesen motor setelah dua kali amek test. Sejak lepas test sampai skang ni, aku tak pernah bawak motor....skadar utk ada lesen ajer.
- suke surf internet
- suke bawak kereta laju-laju.
- kalau tak puas ati dengan org, aku suke cakap blakang aje...tak cakap depan orang tu. Sebab taknak bermusuh dengan orang. hahahaha....hipokrit ek?
- tak berapa pandai masak......hahahahaha padanla en.Husband kurus kering

4)pilih 5 penerima award setrusnya n nyatakan di blog anda.
- Suemail

- Zamose
- Intanz
- Diah
- Yana

5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
-okies


Wednesday, July 9, 2008

Small Gathering

Tarikh : 6 Julai 2008 (Ahad)
Masa : Pagi...
Tempat : Rumah aku yang diserbu...
Terharu sebab ada rakan2 yang sudi datang menjenguk aku sebelum aku bersalin. Aku ni sebenarnya bukanlah dikategorikan sakit, tapi saje diorang ni sebok2 nak sepahkan umah aku, hehehe... Planned asal, gathering ni nak diadakan di rumah Puan Intan payung, tapi dek kerana ada masalah2 yang tidak dapat dielakkan, maka planned tu tergendala. Tah bile akan dicontinue semula projek tu. Tapi memang kadang2 kalau kite merancang, belum tentu apa yang dirancang tu jadi... small gath kat umah aku ni pon bukan jugak dirancang. Semua nyer berlaku tak disengajakan. Tibe2 je Ibu Azlynt n Mama Syakin nak datang, so ajak la minah oversea SueMail tu datang skali. Lama dah tak jumpe, kot la dah tak kenal orang2 kat Malaysia ni...Alhamdulillah Sue masih kenal aku ngan lain2...ekekeke
Suke sebab dapat jumpe dengan anak masing2. Kecuali SueMail yang hanya bawak anak tekak dan anak mata... pastu tak sudah2 nak sibuk2 jaga anak orang. Kalau korang tgk pics kat bawah tu, SueMail tu sebok2 je pegang Raziq (anak Lynt). Best gak tengok gelagat Farah Amira (anak Syakin). Bukan main ligat lagi, ke sana ke mari dengan tupperware hitam yang telah dicapai dari dapur aku. Hehehe serunut2... Rumah aku dah ala-ala Nursery je. Cume tak cukup bekalan permainan untuk mereka. Maklumlah aku belum ada anak, mesti anak-anak diorang ni bosan je datang rumah aku sebab takde apa yang boleh dimain...



Keceriaan di wajah masing-masing jelas terpancar. Diorang ni suke sebab dapat datang jumpe aku. Selagi tak jumpe aku, masing2 takleh tido malam kan?? aku tauuuu.....
Ni la Lynt dengan anaknya Raziq... sedondon warna merah

Ni pulak Fara Amira...sambil memegang beg THOMAS Raziq..(Thomas ye Lynt, bukan Thompson)... hehehe...

*Edit* - Oh ya, lupa nak ucapkan TERIMA KASIH untuk husband tersayang kerana sudi menyediakan hidangan sarapan pagi (Nasi Lemak wallaaaa....) pada diorang yang datang bawak perut kosong tu. Hehehehe... sebab nak harapkan aku yang memang tak pandai masak ni, harapan laa jadinya. Kesedapannya terserlah bila Lynt makan bertambah 3 kali, pastu siap makan dengan ganas sampai berterabur nasi atas kepala anak dia, Lynt.....Lynt..... :P SueMail je yang kontrol makan. Nak diet la tu... tapi SueMail dah kurus dah sejak dok London... Syakin plak tengah2 makan bleh berkejar2 ngan anak dia sbb sambil memberi makan pada anak dia.

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker