Showing posts with label Lost n Found. Show all posts
Showing posts with label Lost n Found. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

Bezday Saya...

Lama betul saya tak apdet blog saya. Sangat la sibuknya dengan handle taklimat, buat manual untuk taklimat, dalam masa sibuk2 tu, adik ipar saya pulak melangsungkan perkahwinan... so blog ni pon jadi sunyi sepi.... oh ya minggu depan boss saya akan ke Korea. 1minggu tu. walaupun ada chance balek awal, dia tetap dah beri task2 yang suppose to be done in 1 week. Bagus kan boss saya?

Haa 12 March yang lepas bezday saya. I've already turn into 28years old.. alamak already "old" ker??? Hehehe takla, masih 20an...kira muda la tu. Actually takde celebration pon. Masa zaman kecik2 dulu bleh ar. Skang ni dah ada anak. Kang tak sempat potong kek, Jasmin dah potong dulu kek tu...hahahaha.

Tapi yang seronoknya, sehari sebelum bezday saya, ofis dah buat celebrate untuk semua staff yang sambut bezday sepanjang Jan-Mac... so saya dah dapat hadiah dulu, dah potong kek, dah makan kek dulu sehari sebelum bezday saya.

Nak tau apa en.Husband hadiahkan saya???





Handbag Sembonia.... aaaahhhh I like....walaupun sebelum ni dia janji nak belikan saya coach, tapi saya macam tak berapa minat beg coach tu. Kalau dah terbuka hati nak kan beg coach tu, nanti saya mintak semula dengan en.Husband yer.

Cuba tengok dalam gambar tu...ada tangan yang sibuk kan?




Mestila cik bunga Jasmin ni hah... tak puas ati la tu babah hadiahkan ibu handbag... besar2 nanti barula Jasmin leh pakai handbag. Skang ni Jasmin kecik agi laaaa....





So.... thanks a lot my en.Husband. Last year dapat handbag this year pon dapat handbag.... besh betul... boleh tak kalau saya nak sambut hari jadi tu hari2????

Friday, December 26, 2008

Shopping di Sunway Pyramid

Actually dah lama nak post entry ni tentang aku, Baby Jasmin dan en.Husband yang bersiar2 diwaktu petang ke Sunway Pyramid sehingga kami telah sakan bershopping sampai lupe bahawa kami telah ter over bajet.... haaa sape yang nak disalahkan tu? Aku kah? hehehe bile kami sampai rumah, aku pon termenung panjang sebab xsangka aku telah berbelanja begitu sekali. Tapi takpelah sekali sekala je kan. Lagipon apa yang aku beli tu ada sale. So tak kesah sangat la...aku kan memang suke bershopping.

Aku pon dah tak ingat bile kitorang gi shopping ni sbb dah lama dah pegi. Tapi terlalu sibuk sampai lupe nak post entry2 ni. Lets check it out apa yang kami shopping sehingga pening kepala...

Baju Jasmin... memang kalau kluar mana2 mesti ada je barang untuk Jasmin. Macam tak sah pulak kalau takde...

Ni pulak stokin Jasmin.. Selalu beli pureen, tapi rupenye stokin Baby KIKO pon cumel gaks. Amek 2pasang.

Ni baju dan cap en. Husband...Dia memang dah lama nak cap JEEP tu. dan ibu dengan baik hatinya telah belanja babah...

Kasut aku... obses sangat beli barang Jasmin sampai selalu lupa pada diri sendiri. Aku beli kasut untuk opis ni. Rasa macam dah kurang kasut dah..

Jaket ku... opis aku skang ni sejuk jer. Perlukan penebat. muehehehe 

Kasut jalan aku. Dah lama dah idam kasut nih....

 Sekian untuk tontonan umum...

Sunday, September 7, 2008

My New Digital Camera!!!





This is my new camera - Samsung i8. Hahaha...u would probably asked, kenapa aku choose Samsung instead of Sony T2 as mentioned in the last post, kan? Sebab semalam aku jalan2 kat Alamanda. Then, ada booth jual camera. Aku pon saje je singgah n layan minah ni promote camera ni la. Pastu aku test amek picture Jasmin yang sedang tido dalam stroller dia. Dalam hati, "nice pic!!!". Sebab aku rasa image dalam camera tu terang. Pastu aku pon tgk harga, RM999. Alamak, samala pulak dengan harga Sony T2 yang aku teringin tu. Pastu aku pon tanya n tanya tentang function dalam tu. Minah ni pon cakap camera ni boleh dengar MP3, boleh layan movie... wah!! teruja sket. Pastu aku jalan tgk camera2 lain. Boss booth tu pon dtg layan aku plak. Aku pon tanya lagi pasal camera samsung tu. Dia cakap, "kalau u beli harini dengan esok, i bagi special price rm899". Iyo la tuuu... Pastu aku cakap, "eh, rm799 boleh tak? (banyak cantek muka aku kan?)". Dia kata "tak dapat la...sbb harga dia actually rm1249". Huhuhu pastu aku pon cakap, "takpelah boss, kitorang jalan2 dulu". 

So kitorang pon jalan2. Masa nak masuk Carrefour kat tingkat atas tu, kitorang masuk kedai jual camera kat tepi tu. Aku saje je nak tgk harga, laaa... rupenye booth kat bawah tu datangnya dari kedai ni jugak... confirm la price pon sama. Lepak lagi dengar minah ni plak promote... aiseh!!! rasa macam dah melekat kat situ plak. tengok2 n dengar2... kitorang pon setuju...dan... aku dah ada camera baru!!!! Boleh upload gambar Jasmin. Walaupun aku tahu masing2 ada pendapat sendiri yang mungkin kata Samsung is not the best digital camera. Tapi aku tak kesah la, lagipon aku pon bukanla photographer... hehehe aku ambil gambar untuk suka2 aku sahaja, amek gambar Jasmin untuk tengok perubahan dan perkembangan dia... Masa aku pakai Sony Cybershot dulu pon, kata red-eye reduction. Tapi ttp ada merah kat mata. Huhuhu takpon aku yg xpandai amek gambo n pilih camera yang baik. ekekek....

Yang best dapat 4gb memory card, mini tripod, voucher rm100 untuk cuci gambar, macam2 lagikla aku mintak dengan kedai ni. Siap aku mintak tukar case tu. Actually camera aku yang berwarna pink ni casing dia warna grey, tapi aku takut kotor. So aku mintak casing kamera warna hitam. Sbb casing dia hitam. Diorang tak nak tukarkan. Pastu boss diorang kata bagi je la tukar. Yes!!! Hehehe... Aku suka... Dan inilah hasil dari kekreatifan aku...


Monday, September 1, 2008

Merdeka + Ramadhan

Dikesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51-tahun serta Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak. Tahun ni aku tak celebrate la malam kemerdekaan. Mcm tahun lepas, aku ngan husband aku ke Putrajaya untuk tengok bunga api n persembahan2 yang ada. Kenapa tak sambut?? sebab sekarang ni aku dah ada baby. Aku rasa baby Jasmin belum cukup tough nak bawak keluar malam. Kesian pulak kalau dia kene selsema nanti. Lagipun belum cukup haul lagi... belum sampai 2 bulan lagi pun. 10hb nanti baby Jasmin baru cukup 2 bulan. 

Kitorang pegi Jusco Cheras Selatan 30hb haritu...saje je la jalan-jalan sebab kebetulan Jusco tengah sale. Tapi yang paling sadis, u know what? Adeh!!! camera kesayangan aku Sony T7 tu tercicir pulak. Ntah tercicir kat mana tah, husband aku yang pegang camera tuh... uwaa dah sampai umah baru ku perasan yang camera ku telah tiada... pe yang patut ku cakap, hanya diam dan menangis di dalam hati. Tapi!!! jeng...jeng...jeng...husband ku janji nak belikan camera baru untuk aku sebab nanti aku takleh nak amek gamba2 Jasmin. Nasib baik aku dah transfer gambar-gambar majlis cukur jambul & aqiqah baby Jasmin dalam pc kat umah. Kalau tak, huhuhu mesti sodih... walaupun aku masih lagi sedih dengan kehilangan camera aku. Hari-hari aku suruh husband aku cari lagi camera tu dalam kereta. Mana la tau kot2 tersembunyik ke, tapi yang penting memang takde!! 

Takpela, dah takde rezeki... yang klakanyer masa pagi-pagi nak pegi Jusco tu, aku ada tanya husband aku boleh ke kalau trade-in camera ni, sebab aku macam berkenan dengan satu camera Sony jugak (Sony T2). Pastu husband aku cakap, try la jual kat orang, takpun jual je kat www.lelong.com.my. pastu cerita tu habis kat situ je la. Bila camera tu dah hilang, terus aku terkedu dan.....adakah camera aku telah merajuk dengan aku setelah dia berkhidmat dengan aku selama 3 tahun?? isk isk isk tak niat pon nak kecikkan ati kamera aku tu atau sebenarnya aku telah merdekakan kamera ku itu...??


Ini la camera aku yang hilang tu!! slim n stylish kan?? Mahal tu aku beli dulu...


Ini la camera yang aku berkenan tu... ada banyak kaler... kaler ijau pon chanteks!!!

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker