Monday, June 22, 2009

en.Husband outstation

Hari ni en.Husband kesayangan kami pergi outstation ke Perak. Oh...ini perkara yang paling saya tidak gemari. Sebab saya akan rasa sunyi. Walaupun ada Jasmin peneman sepi saya, tapi saya akan rindu untuk gaduh dengan en.Husband. hahahaha....

Betul... kalau dia ada kan, saya selalu mengelak untuk buat susu Jasmin...hahahaha. en.husband adalah orang yang paling rajin buat susu untuk Jasmin. Bukan apa, itu je pon yang memang dia punye task. Yang lain2 tu saya laaa...Tapi Jasmin dah lasak sekarang ni. Semua dia nak kemas. Penat betul laaaaa. Tengok dalam umah saya ni lagi la penat mata memandang.

Tapi yang penting, kami sangat rindukan en.Husband. Cepat pulang ye, bawakkan kami jambu batu...nyum nyum nyum

lalalalalalala......


Today, no signature....

Monday, June 15, 2009

Anugerah Khidmat Cemerlang


Ucapan terima kasih buat en.Husband dan anak tersayang Irni Jasmin yang banyak memberi sokongan kepada saya. Yang terpaksa terima bile saya kene balek lambat dari ofis hari2, kene datang opis dan korbankan weekend saya. Terima kasih jugak buat boss saya (walaupun kadang-kadang terkutuks…) kerana menghargai usaha-usaha yang telah saya lakukan selama ini. Saya anggap pemilihan saya untuk AKC tahun ni telah melalui proses yang adil. Kalau boleh taknak la ada yang cakap-cakap belakang kata saya belum layak dapat AKC ni memandangkan tahun ni masuk tahun yang keempat saya bekerja di JP nih, di mana saya rasa saya masih baru lagi untuk dianugerahi AKC ni.


Namun saya anggap ini rezeki saya. Alhamdulillah….. Semoga AKC ni akan menjadikan saya lebih bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam setiap kerja yang saya lakukan pada masa akan datang, InsyaAllah.






Monday, June 8, 2009

Kasut Jasmin Crocs wanabe....

Rentetan dari kami berjalan ke Sunway Pyramid, malam tu saya ajak en.Husband makan2 kat Kampung Baru. Kami pernah ke sini beberapa bulan yang lepas, tapi sebab si Jasmin berak, kami terus balek ke rumah.

So this time kami meneruskan semula niat kami. Best wooo makan ikan bakar…. Nyum nyum… murah pulak tuh. Menu kami malam tu:

Ikan Bakar Caru
Ikan Bakar Pari
Nasi Putih + Petai + Ulam + Telur Masin + Sayur masak lemak + sambal belacan (en.Husband)
Nasi Putih + Sayur kobis + Sambal Belacan + Telur Masin (saya)
Air Sirap Bandung
Air Teh o Ais

= RM18.20 Murahhhh kan?


Tak kesah la kalau korang kata mahal… pada saya murah sebab ikan dia besauuuuuuu tau. Selalu kami makan sampai Rm20 ke atas….

Tapi saya bukan nak cerita pasal tu,masa lepas makan tu kami jalan2 depan tu ada kedai kasut. En.Husband berkenan dengan kasut ni. Dia belikan Jasmin..... korang rasa comel tak... Oleh sebab crocs takde saiz maka belilah yang ala-ala crocs.... Lagipun Jasmin belum pandai jalan, tak payah la pakai kasut mahal2 ponnnn. Kasut ni sepuluh hinggit ajer.... tapi comelll kan?







Weekends @ Sunway Pyramid

Weekend baru ni kami jalan-jalan ke Sunway Pyramid. Saya semakin suke ke SP ni. Selalu kami ke Mid Valley @ OU, kami macam dah semakin kerap pulak ke SP nih. Hehehe saje je makan angin. Bukan niat nak bershopping pon.

Tapi saya terjebak jugak membeli sehelai jeans di butik Collins… Saya suke seluar jeans Collins nih. Maybe sebab it suits dengan saya yang semakin melebar kan sayap inih hehehehe…
Tengok ni kami amek2 gambar…

takde tujuan la katakan… then saya masuk butik Crocs sebab saya terpesona dengan sandal patra di internet… saja nak tengok saiz berapa yang suits dengan saya sebab kasut nike saya saiz 7.5(US). Manala tau kalau saya nak beli online nanti hah haru la jugak kalau tatau saiz kasut. Malangnya crocs ni saiz dia takde yang 1/2 ni. Maksudnya, kalau saiz 7, takde 7 1/2, menci nyer.... try saiz 7 macam tak selesa sangat. Try saiz 8 besar sangat... so saya memang tak fit untuk crocs yer...


Tapi bile dah test banyak kali, rasa mcm tak minat plak kasut crocs ni, ditambah pulak saiz nye takde. More prefer kasut Nike ballerina (betulke ejaan aku nih) saya…. nak belikan kasut crocs untuk Jasmin, takde saiz pulokkkkk…. Ada yang besau2 aje.

So...itu jelah weekends kami....

Jasmin dengan patung kat Sunway Pyramid....



Wednesday, June 3, 2009

Irni Jasmin - 10months old

Sebenarnya entry ni patut saya post masa Jasmin genap 10 bulan, tapi atas tuntutan kerja dan kesibukan masa yang tidak dapat saya elakkan, maka terpaksalah entry ini dibuat pada hari ini.

Perkembangan Jasmin 10 bulan…

- Dah taknak makan bubur2 yang bukan homemade ye puan-puan…. Lebih suka makan nasi. Nasi panas2 lenyek2… campur kuah sup atau kuah sayur… uisk uisk semangat tengok dia bersemangat untuk makan. Nasib baik by de time dia dah taknak makan bubur ni, stok bubur kedai saya pon dah takde lagik… bagussss…. Dan yang lagik bagusnya, pengasuh Jasmin akan masakkan dan bagi nasi untuk Jasmin.

- Dah pandai minum air masak dalam cawan. Taknak minum air masak kalau saya letak dalam botol susu… ceh!! Minum dalam cawan sampai tertumpah2 kat baju sebab nak pegang sendiri. Nanti ada masa saya snap gambar dia minum pakai cawan.

- Kami dah takde masalah kalau bawak dia pegi makan kat luar sebab Jasmin can share sikit2 apa yang kami makan. Cuma Jasmin tak pandai duduk diam tau kalau kat babay chair kedai. Nak panjat2. Tak pandai duduk diam okehhhh sangat bahaya, sampaikan kami tak boleh makan dengan aman.

- Dah banyak bercakap guna bahasa dia. Yang klakar, bila saya kejut bangun pagi, terus bercakap, “etetetetetete…..”, “mamamamama….” “babababababa……” so sweet.

- Masih belum boleh berdiri tanpa berpaut pada apa-apa. Bile saya dirikan dia, terus cecepat dia jatuhkan badan. Malas@penakut tu???? Aduhai bile nak pandai jalan nihh? Ada orang kata nanti kalau Jasmin dah pandai jalan, confirm saya pulak yang tak terkejar.

- Pantang jumpe majalah or catalog ye, suke dirabak2 kan. Aduhai ganas tul anak dara saya ini.

- Kalau dia nak tidor malam, dia akan sondol2 badan dia pada kami. Sehingga dia mendapat keselesaan bila dia tidor. Saya la yang selalu jadi mangsa buli dia. Dia akan tolak2 kepala dia kat badan saya, naik atas saya….dengan babah dia dia jarang. Anak abah la katakan…

- Kalau saya tak tutup pintu bilik air, Jasmin sangat cepat bertindak dan masuk ke bilik air tu sambil duduk bersila…ayoyo mujurla bilik air depan tu memang sentiasa kering sebab takde orang guna. Just untuk guest sahaja.

- Bila saya lipat baju, bukan niat nak tolong tapi akan kacau saya. Kalau kacau kat baju yang belum lipat takpe, ni baju yang dah lipat…uwaaaa tension. Penat lipat tinggi2 dia robohkan pulaks. Saya lebih prefer lipat baju time dia tido.

- Oh ye, Jasmin dah tak gune carrier lagi. Bile kami keluar bershopping, Jasmin gune stroller biasa. Carrier just dalam kereta untuk hantar dia pagi2 ke rumah pengasuh dia.

- Dah pandai buat senyum2 manis, senyum2 manja pada kami. Tapi ikut mood jugak.



So...itu saje perkembangan Jasmin sepanjang 10 bulan....






Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker