Sebenarnya entry ni patut saya post masa Jasmin genap 10 bulan, tapi atas tuntutan kerja dan kesibukan masa yang tidak dapat saya elakkan, maka terpaksalah entry ini dibuat pada hari ini.
Perkembangan Jasmin 10 bulan…
- Dah taknak makan bubur2 yang bukan homemade ye puan-puan…. Lebih suka makan nasi. Nasi panas2 lenyek2… campur kuah sup atau kuah sayur… uisk uisk semangat tengok dia bersemangat untuk makan. Nasib baik by de time dia dah taknak makan bubur ni, stok bubur kedai saya pon dah takde lagik… bagussss…. Dan yang lagik bagusnya, pengasuh Jasmin akan masakkan dan bagi nasi untuk Jasmin.
- Dah pandai minum air masak dalam cawan. Taknak minum air masak kalau saya letak dalam botol susu… ceh!! Minum dalam cawan sampai tertumpah2 kat baju sebab nak pegang sendiri. Nanti ada masa saya snap gambar dia minum pakai cawan.
- Kami dah takde masalah kalau bawak dia pegi makan kat luar sebab Jasmin can share sikit2 apa yang kami makan. Cuma Jasmin tak pandai duduk diam tau kalau kat babay chair kedai. Nak panjat2. Tak pandai duduk diam okehhhh sangat bahaya, sampaikan kami tak boleh makan dengan aman.
- Dah banyak bercakap guna bahasa dia. Yang klakar, bila saya kejut bangun pagi, terus bercakap, “etetetetetete…..”, “mamamamama….” “babababababa……” so sweet.
- Masih belum boleh berdiri tanpa berpaut pada apa-apa. Bile saya dirikan dia, terus cecepat dia jatuhkan badan. Malas@penakut tu???? Aduhai bile nak pandai jalan nihh? Ada orang kata nanti kalau Jasmin dah pandai jalan, confirm saya pulak yang tak terkejar.
- Pantang jumpe majalah or catalog ye, suke dirabak2 kan. Aduhai ganas tul anak dara saya ini.
- Kalau dia nak tidor malam, dia akan sondol2 badan dia pada kami. Sehingga dia mendapat keselesaan bila dia tidor. Saya la yang selalu jadi mangsa buli dia. Dia akan tolak2 kepala dia kat badan saya, naik atas saya….dengan babah dia dia jarang. Anak abah la katakan…
- Kalau saya tak tutup pintu bilik air, Jasmin sangat cepat bertindak dan masuk ke bilik air tu sambil duduk bersila…ayoyo mujurla bilik air depan tu memang sentiasa kering sebab takde orang guna. Just untuk guest sahaja.
- Bila saya lipat baju, bukan niat nak tolong tapi akan kacau saya. Kalau kacau kat baju yang belum lipat takpe, ni baju yang dah lipat…uwaaaa tension. Penat lipat tinggi2 dia robohkan pulaks. Saya lebih prefer lipat baju time dia tido.
- Oh ye, Jasmin dah tak gune carrier lagi. Bile kami keluar bershopping, Jasmin gune stroller biasa. Carrier just dalam kereta untuk hantar dia pagi2 ke rumah pengasuh dia.
- Dah pandai buat senyum2 manis, senyum2 manja pada kami. Tapi ikut mood jugak.
So...itu saje perkembangan Jasmin sepanjang 10 bulan....








6 comments:
da besar da jasmin.. selamat la anem.. kalu die da dpt kaki.. kemain la ko nk kejar die sok2
ala comel gebunye jasmin...xpe x lame lg leh jalan...leh dia main kejar2 dgn ko name....huhuhu...
happy 10months old Jasmin! cpt je bsr, kjp lg je setahun da kn :)
selesa nyer dia duk dlm stroller dia.. tunggu 2 bulan lagi la baru acik wish besday kat jasmin yer..
Dah besar anak sedara aku
Intanz,
Aku suke memang main kejar-kejar nih...
Amien,
Gebu ke haper? Jasmin tu kurus la amien. Lain la aku nih...gebuk...
Mel,
Haah dah nak setahun dah Jasmin.
Deq'an,
Haaa I'm counting the days...
Along,
haah besor dah Jasmin nihhhh
Post a Comment