Last weekend kitorang tak ke mana-mana akibat culture shock dengan kenaikan harga minyak nih. This week pulak perasaan nak bershopping sangatlah tinggi. Mungkin antara faktor yang menyumbang ke arah perasaan ini adalah disebabkan gaji dah masuk...hehehe... selain tu, tak lama lagi aku dikuarantin untuk masuk bengkel berpantang... so aku akan tinggalkan aktiviti bershopping ini selama 2 bulan...huhu mampukah aku?(nampak sangat kaki jalan...).
Hari ni, aku ajak husband aku pegi Sogo. Walaupun aku tau takde sale barang baby pon kat Sogo tu, tapi saje jek...puas kan ati. jauh kan? dari Puchong sampai ke Sogo. Yang klaka tu, aku siap2 dah bawak barang untuk ke Hospital, kot-kot la on de way ke Sogo tu nak bersalin, takpun tengah2 berjalan dalam Sogo, terasa nak terbersalin ke, so everything have been prepared.
Masa dah dekat area Sogo tu, husband aku nak parking di basement Pertama Complex, tapi dalam pale otak aku, aku nak jalan lama nih, so pikir bayaran parking lak, sebab kitorang slalu parking depan Balai Polis yg tengah renovate tu, sekali masuk RM4. So tak kesah la ko berapa lama pon, cuma bayar RM4. Tapi husband aku marah, dia kata dah macam ni pon nak jalan kaki jauh. Pastu aku cakap, org kata jalan banyak bagus, cepat bersalin. Degil lak aku tu...so dia pon parking kat tempat RM4 tu. Nak tau tak, aku jalan jauh tak rasa penat pon...sebab aku memang suke bershopping kan?
Dalam Sogo, hanya ada sale menswear jer. So aku redha je la, kids stuff tak de la less sangat. Tapi ada satu area tu, cuddles 70%. Terus rasa excited. Huhuhu berjaya jugak tangkap 2 pasang baju baby. Aku beli 0-6 bulan terus. Kat situ aku je yg dok selongkar2, sbb baju Long Sleeve, tapi banyak suar Short Sleeve. So aku korek bawah2 baru jumpe yang seluar LS gaks. Hehehe orang2 tepi aku semua kagum sebab aku jumpe yang sepasang. diorang semua beli seluar lain, baju lain. Hehehe..murah.. baju RM3.4 (rege asal RM12.7) , Seluar pun RM3.4 jugak. Best kan? Aku suke beli yang murah2 nih.
Pastu keluar Sogo, aku berjalan kat pasar malam Jalan Tar tu...Larat lagik kan? makan nasi kerabu...huhuhu sedapnyer. Niat di hati nak cari kain, maklumla lepas bersalin nanti dah kene pakai baju kurung ke ofis plak... tapi takde yang berkenan. So lepas puas berjalan, kitorang pon balek. On de way balek umah tu, aku ajak husband aku pegi Warehouse sale MY DEAR kat puchong, area2 umah aku jek. Ramai jugak org kat situ... saje tengok2. Sebab kat situ banyak jual walker, stroller, buggy n mcm2 la. Tapi aku tak plan pon nak beli mende2 alah tu dulu. Dalam sesak2 ramai manusia pon aku sempat tangkap Playmat ngan Clip Fan... nice2.

Ha ini lah aktiviti aku hari ni... best betul kalau bab-bab nak perabis duit ni... apa nak jadi. Tapi bukan untuk aku, untuk anak aku. Sekarang ni dah takde ati beli barang sendiri, semua beli untuk anak dalam peyut ini.