Actually, aku dah tak larat pon nak duduk kat ofis ni. Letih sangat. tapi kalau aku amek cuti, while my husband kerja, lagila aku takut duduk kat rumah. Buatnya aku tetibe nak bersalin, nak tunggu dia datang ofis, mau tempat lahir anak aku dalam rumah. Isk Nauzubillah... so takpela, aku datang jugak ofis. Boleh la aku selesaikan kerja2 aku dengan kadar yang tidak produktif langsung.
Seriously, datang ofis ni boleh jadikan aku stress. I'm so tired to answer all tat kindof silly question, "eh u masih ada lagi, ingat dah deliver", "eh ni kan dah bulan 7, awak due bulan 7 kan?" tak ke korang rasa ngok ngek soalan tu, dah aku datang ofis, mestilah aku belum deliver lagiks. Ape la... semua tu buat aku stressed. Lain kali aku letak signboard kat badan aku. Due: 10 Julai 2008. hehehe... Kalau cepat dalam minggu ni la. Kalau tak, tunggu jelah... baby aku seronok kot duduk dalam perut aku ni.
Sakit? ntah, 2hari yg lepas, aku de jugak rasa saket. Tapi dah hilang dah, yelah aku pon bukan tau cemana yang dimaksudkan dengan contraction tu. Cume yang aku tau aku susah sangat tido malam. Kadang2 terjaga pagi2. Risau, resah... macam2 lagilah rasa tu datang. Kalau tido, nak gerak ke kiri dan ke kanan tu pun susah. Tak sabar rasanya nak deliver my baby ni. Takut, teruja... mcm2 lagila.
Doakan aku ngan baby aku selamat yer.








