Emm semalam aku pegi check-up, selalu aku pegi check-up kat Klinik DESA Pulau Meranti, oleh kerana kat klinik tu dah terlalu cramp and ramai sangat orang, pihak klinik tu suggest for those yang stay at Taman Putra Perdana (TPP) diorang ada sediakan Klinik "Satelite" kat area-area TPP tu. Hahaha...lucu kan nama klinik tu, Klinik "Satelite"....gheeeee. Bak kata husband aku, nama klinik ala-ala tajuk lagu Elyana - Bukan Satelit.
If people ask, "ko check-up kat mana?" aku pon jawab "Klinik Desa Pulau Meranti". Diorang mesti terbeliak biji mata...haaa ada lagi ke Klinik Desa kat Malaysia nih? ekekeke...isk jangan perkecilkan klinik desa tu tau... scan pon ada. Dasyat.... Apa nak buat, walaupun kerja kat Putrajaya pun, tetap kene ikut alamat tempat tinggal kita. Sebab masa first nak confirm aku pregnant, pegi Putrajaya. Tapi dia tetap kata kalau nak bukak buku Pink tu mesti buat kat Klinik Pulau Meranti sebab aku tinggal kat TPP.
So semalam aku pon pegi la check-up kat Klinik Satelite. Best jugak sebab tak ramai orang. Senang. Pegi pukul 8, pukul 8.45 tu dah siap dah. Boleh la aku masuk ofis cepat sikit. Semalam nurse tu dah suruh aku prepare beg baby n make sure buku pink tu mesti dibawa ke mana-mana. Bukan apa, in case kalau dah nak bersalin, tak payahlah balik rumah dulu amik beg n buku tu. Cuma aku tengah risau sebab aku belum booking hospital Putrajaya tu lagi. Diorang kata kene ada surat dari doktor yang refer aku ke Hospital tu untuk bersalin. Banyak keje la pulak. Surat tu aku tak dapat-dapat lagi.
next check up aku 21hb ni....








No comments:
Post a Comment