Showing posts with label Unclassified. Show all posts
Showing posts with label Unclassified. Show all posts

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Alhamdulillah dah masuk tahun 2010. Aduhai cepatnya masa berlalu. Macam masih teringat lagik zaman-zaman ambik SPM zaman dolu2... zaman carik keje, turun naik LRT, ERL, komuter bagai... teringat lagi time2 g interview ditemani mak bapak saya... zaman2 bencinta... ceh ni kes teringat zaman muda la ni kunun2nya.

Selamat Tahun Baru buat semua blogger2 di alam maya ni. Semoga tahun 2010 ni lebih memberi kejayaan yang bermakna dalam segala aspek, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga saya, insyaAllah. Tahun 2009 telah meninggalkan banyak kenangan pahit dan manis buat saya dan keluarga saya. Kehidupan akan jadi lebih bermakna dan ceria kalau yang manis akan disulami dengan kenangan pahit kan? Sebab kalau semua perkara akan jadi manis rasa macam tak thrill pulak. Sekurang-kurangnya pengalaman pahit tu akan jadi pengajaran dan lebih mendewasakan kita.

Kalau masuk je tahun baru, semua orang tidak akan lari dari membuat resolusi. Samada menambah baik resolusi sebelum ni, mahupun mencuba sekali lagi untuk mencapai resolusi tahun sebelum nih. hehehe.... bagi saya... tak perlu tahun baru untuk buat resolusi... anytime, anywhere semua pun boleh dilakukan. Tapi yang pasti ada beberapa perkara yang saya perlu untuk cuba jaya dilakukan. Yang pasti.... ye saya berazam untuk lebih rajin update blog okeh...

So... SELAMAT TAHUN BARU 2010....


credit to redimageinc. (pics taken by en.Husband)



Wednesday, September 3, 2008

Bonus oh Bonus

Bajet 2009 yang bertemakan Kerajaan Prihatin menyediakan hampir 50 insentif termasuk bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000. Bonus kepada lebih sejuta kakitangan awam akan dibayar melalui dua kali pembayaran iaitu pada September dan Disember.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemberian bonus itu sebagai menghargai peningkatan produktiviti dan sumbangan kakitangan sektor awam kepada pembangunan negara.

“Kerajaan bersetuju memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun 2008. Bonus akan diberi dalam dua bayaran, pada bulan September dan Disember 2008,” kata Abdullah, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan Bajet 2009 di Parlimen, hari ini.

Pada tahun lepas, tiada bonus diberikan selepas kerajaan pada Julai memberikan pelarasan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.
Gembirakah aku dengan berita ini??? of coz la aku happy setelah tidak mendapat bonus pada tahun lepas. Dalam keadaan dunia sekarang ni yang aku rasakan agak sedikit kritikal dengan peningkatan kos sara hidup, terima je lah berapa pon bonus yang diberi, janji ia dapat menampung sedikit daripada perbelanjaan harian kami. Walaupun hakikatnya tidaklah chukup, tapi bersyukur, alhamdulillah. Nak dibandingkan dengan orang lain yang mungkin belum tentu dapat bonus, kan? Tapi bonus kakitangan swasta lagi dasyat... bonus 4 bulan gaji la.. 5 bulan gaji la. huhuhu sronotnye kalau dapat mcm tu kan? ahaksss. berangan lebih je la aku nih.
Tapi dengar cerita, presiden CUEPACS masih menunggu tuntutan penyelarasan pembayaran Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi semua negeri kepada RM300 dan untuk mereka yang tinggal di Lembah Klang daripada RM300 kepada RM500. Aku kategori Lembah Klang kan??? huhuhu... moga Pak Lah bersetuju dengan tuntutan ini. Chaiyok Chaiyok...
"Adalah difahamkan kajian menyeluruh mengenai perkara tersebut belum berakhir dan Cuepacs mengharapkan ia dapat dipercepatkan dan pengumuman mengenainya dapat diumumkan sebelum akhir tahun," katanya. 

Omar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang sentiasa prihatin terhadap kakitangan kerajaan dan dapat mempertimbangkan permohonan kesatuan itu dari semasa ke semasa. - Bernama


Wednesday, June 18, 2008

Hari ini...

Hari ini... husband dah start hantar ke ofis. Kesian dia sebab kene pusing-pusing. Bukannye apa, sebab takut kalau tiba-tiba rasa sakit datang time driving walaupun sebenarnya aku larat lagi drive. Anyway thanks abang...

Hari ini... keje banyak sangat sampai rasa macam takde satu benda pun yang aku dapat siapkan. tertekan sungguh. Satu keje tak siap, dah dapat satu keje lagi. Pastu boss aku mintak pulak keje yang lama tuh. How???

Hari ini... walaupun aku sibuk, aku selalu sempatkan diri aku untuk berchatting dan update blog aku. hehehe.... sebab aku taknak terlalu stress 9jam mengadap pc.

Hari ini... aku berjaya sarapan pagi dengan secawan milo dan beberapa keping biskut. Semalam check up misi kat klinik tu tandakan merah di bahagian berat badan aku. Sebab skarang ni dah check-up seminggu sekali, then berat aku naik 1kg dalam masa seminggu. Misi tu kata terlebih +0.5kg... dan aku pon perasan badan aku bagai di pam-pam..huhuhu takut2...

Hari ini... dapat banyak info tentang persediaan sebelum bersalin dari Puan Intan payung(melalui chatting) dan Kak Yus (dia datang dok borak2 kat meja aku)..diorang ni nasihat apa yang patut aku buat sebelum bersalin dan pada waktu bersalin. Ngeri beb!

Hari ini... rasa tertawa-tawa sebab Lynt (yang selalu perasan dia chomel) cerita yang dia dipilih untuk masuk netball tournament lawan sekolah mane tah... pastu dia bitau dia jadi center (C)..pergh!!! kejap2 biar aku fikirkan dulu dengan ketinggian Lynt dan dia perlu berlari2 mengejar bola. ekekekeke takpe Lynt, aku yakin dengan kebolehan dan kemampuan kau. Go Lynt Go!!!

Hari ini... dapat baca blog ex-skoolmate (zamose a.k.a mrs.redzuan) aku memang suke baca blog kengkawan aku. Bile diorang sedih n heppy, aku rasa macam turut sama dalam kehidupan diorang.

Hari ini
... dapat chatting dengan Along Noridah. Lamanya tak jumpe along... mesti masih kurus dan chanteq macam dulu-dulu...

Hari ini... by hook or by crook...aku nak balek cepat. sebab husband akan amek cepat arini. yeyey! yeyey! suka sangat... taknak stay lama-lama kat opis. Penat... Baby dalam perut pon akan penat.

Okeyla..sekian untuk Hari ini…

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker