Friday, November 28, 2008

Jasmin bila orang tak pandang dia...

Cube tengok apa yang Jasmin buat bile takde orang yang perhatikan dia...

















Hahaha... ini la Jasmin bila takde orang yang perhatikan apa dia buat. Si genit yang obses dengan jari dia. Kalau aku tarik tangan kanan dia dari mulut dia, cepat2 dia masukkan tangan kiri dia pulak. Tapi yang pasti, bukan Jasmin sorang je yang macam tu, aku tgk baby2 lain pon have the same habits... agaknya masukkan tangan dalam mulut tu rasa macam dapat makan pizza kot. Nikmat dia tu lain mcm...hahahaha...


Wednesday, November 26, 2008

Bila Nak Bawa Isteri Shopping

Aku ada terima satu email. Aku rasa sangat sesuai untuk ditujukan kepada semua en.Husband bagi pn.Wife2 sekalian (termasuk en. Husband yang tercayang...).


Flag this message
[warisan] Fw: Bila Nak Bawa Isteri Shopping Raya
Thursday, September 25, 2008 6:59 AM
From: "cardouxxxx..."
Add sender to Contacts
To: "Warisan SMKAJB"




Bila Nak Bawa Isteri Shopping Raya

Posted by Bawang Goreng at 11:56 AM

Apabila datang hari kebesaran ini, orang yang paling banyak sekali berfikir ialah kaum wanita atau istilah lainnya, isteri. Memerahkan otaknya menghias ruang tamu dan hidangan meja untuk menceriakan hari tersebut. Yang paling menjemukan kita ialah apabila dia mengajak kita pergi shopping. Suami yang paling susah hati ialah isterinya yang bekerja yang ada duit sendiri. Kita tiada 'kuasa' untuk menahan kehendaknya. Kita lebih rela menjaga anak di restoren atau taman kanak-kanak yang berdekatan dengan kompleks beli belah dari mengekor isteri kita bershopping. Bukan kita tidak suka dia membeli barang-barang untuk hiasan rumah dan juga anak-anak sebab kesemuanya itu adalah untuk memudahkan diri kita juga. Tetapi cara isteri kita shopping itu yang sangat menjemukan kita. Mana tidaknya, dia akan tawaf satu komplek dulu 2-3 jam dan akhirnya barulah beli barang yang nak dibeli itu. Kita suami ni pula membeli secara objektif, sampai ke car park, terus ke kedai, beli, bayar dan terus pulang. 2-3 minit aje.


Lagi menjemukan kita bila dia inginkan pendapat kedua dari kita seperti, "Bang, kain ni sesuai tak dengan Yah?" sambil diletaknya sedikit hujung kain yang masih bergolong di rak pameran di atas lengannya. Kita pun kata, "Emmm, cantik? " Kemudian dia akan ambil lagi kain yang di sebelah dan diletakkan lagi di atas lengannya dan malah kali ini dilabuhkannya sampai ke hujung kaki dengan bertanya sekali lagi, "Yang ini pula Bang?" Kita pun menjawab, "Cantik juga." Dia pun naik kelabu fikirannya dan meminta kepastian, "Abang cakaplah betul-betul, yang mana sesuai untuk Yah?" Kita mula naik 'fed up'. "Mana-mana ajelah." Dengan meninggikan sikit suara agar cepat-cepat dia membuat keputusan. Apabila dia tengok muka kita dah naik mencuka, dia pun letakkan kembali kedua-dua kain tadi dan terus beralih ke bahagian kanak-kanak untuk membeli pakaian anak-anak kita. Kita pun terasa puas dengan anggapan yang isteri kita tahu yang kita sedang marah padanya sebab banyak sangat membuang masa.


Bila balik ke rumah isteri kita pula asyik bermasam muka sedangkan pakaian anak-anak semua dah dibelikan dan bahan-bahan untuk buat kek dan biskut pun semuanya lengkap. Kita pun naik pening. Harapan isteri kita pada pagi tadi yang begitu tinggi keseronokan pergi bershopping akhirnya bertukar kepada malam yang bermuram durja.Mengapa boleh terjadi demikian?


1. Semasa kita keluar bersama-sama dengan isteri tadi, kita tidak dengan niat yang benar-benar mahu menolong dan menghiburkannya. Di dalam otak pemikiran kita masih ada agenda lain yang kita rasa lebih penting yang masih kita fikirkan. Atau kita telah membuat temujanji dengan kawan-kawan kita pada waktu yang tertentu pada sebelah petang hari itu juga. Ini menyebabkan fikiran kira sentiasa mendoakan agar aturcara shopping ini berakhir tepat mengikut apa yang kita jadualkan. Oleh itu jika isteri kita asyik membelek satu-satu kain ambil masa yang lama, kita mulalah nak menjadi 'time-keeper'. Jika lebih waktu, kita mula naik 'hot'.


2. Kebanyakan isteri kita ni amat teliti semasa membeli-belah dan ingin berjimat agar duit yang dia belanjakan itu bernilai tinggi baginya. Diikuti pula dengan cara pemikiran mereka yang menilai sesuatu barangan itu dari pelbagai sudut. Kalau kita sang suami hanya fokus kepada harganya sahaja. Tetapi isteri akan melihat dari sudut kesesuaian dengan kasutnya, sesuai dengan warna kulitnya, ada tak rakan sepejabatnya yang memiliki kain yang sama dan sebagainya. Inilah menyebabkan dia susah nak membuat keputusan. Maka pandangan kedua dari kitalah yang dia harap-harapkan sebagai kata pemutus. Jika kita kata, "Abang suka yang ini sebab corak dan warnanya memang abang suka." Pasti dia akan kembang kincup hidungnya dan terus membeli kain itu dengan hati yang riang. Nanti apabila rakan-rakannya komen, dia akan berkata, "Baju ini abang I yang pilih kainnya." Di berasa puas yang kasihnya terbelai. Abangnya telah menghargainya. Dengan hanya menyatakan sukanya kita atas pilih itu sudah cukup untuk mengembirakan dia pada bulan itu.


Bukankah kita juga yang bahagia jika isteri kita gembira?


Pergi shopping adalah satu aktiviti yang dapat menghilangkan stress bagi isteri kita, malah menyeronokkan pula kerana:


1. Hiasan di komplek itu menyeronokkan dan melegakan dia. Sebab di rumah dah jemu hiasan dalamnya.

2. Pengunjung yang juga bershopping adalah "peragawati" bagi isteri ini melihat fesyen yang mereka pakai.

3. Dia pula yang sengaja mengenakan fesyen up-to-date, menjadi jelingan rujukan pengunjung yang lain juga. Rasa megah di hati jika ada yang jelling padanya.

4. Hiasan perabut dan susun-atur di kedai adalah rujukan hiasan dalaman di rumahnya.

5. Dapat memegang dan memakai pakaian yang diminati, lebih meningkatkan kepuasan menilai pakaian sebelum dibeli.

6. Mengetahui harga barangan terkini adalah satu senjata tawar menawar untuk mendapatkan harga termurah, terkualiti dan terpuas.

7. Dapat membeli barangan/pakaian yang diimpikannya (diangan-angankan) itu laksana bulan jatuh ke riba, 2-3 hari masih seronok menceritakan kepuasan dapat memilikinya.


Oleh itu, jika kita telah bersetuju untuk bersama dengannya pergi 'shopping', maka letakkan niat untuk menolong dan menghiburkan isteri kita pada hari itu. Sebelum melangkah ke pintu, angkat tangan dan tadah ke langit dengan menyebut niat, "Sahaja aku keluar shopping untuk menghiburkan isteri pada hari ini kerana Allah Ta'ala." Nah… Niat dengan ikhlas kerana Allah SWT akan dikira sebagai ibadah kerana meluangkan masa dan menghibur/menggembi rakan isteri. Tak nak saham free ke? Alahai..… Kosongkan agenda lain yang mungkin mengganggu perjalanan agenda shopping di kepala kita.


Pohonlah keberkatan daripada Allah SWT, sehari bersama dengan isteri.


Inilah cara aku hilangkan stress. Kalau aku tak dapat beli barang sekali pun, aku rasa puas bila aku dapat tengok outlet2 nih...


p/s: En. Husband... jangan lupe janji nak bawak kite pegi warehouse sale Pureen....hahahaha...pasang niat untuk hiburkan hati isteri tau....mueheheheh

Wednesday, November 19, 2008

Marty Jasmin

Dapat tau pasal scarf Madagascar ni through Dyla's blog... so cute tengok Inas pakai scarf tu...chumeeeellll sangat. So, berjaya dapatkan satu untuk Jasmin. Huhuhu aku yang terover excited nak tgk muka Jasmin bile dia pakai scarf nih. Padahal Jasmin bukan paham apa pun.


Aku pilih Marty's design. Inilah Jasmin dengan scarf McD Marty....







Ha, ini la watak Marty dalam crite Madagascar tuh.....


Monday, November 17, 2008

En. Husband Outstation

Petang semalam (Ahad) dalam pukul 1.30 ptg, en. Husband kene pegi outstation ke Perak. Rasanya ini o/station yang kedua untuk en. Husband selepas adanya Jasmin. Haritu en. Husband o/station ke Kelantan tapi dia balek hari. Dulu sebelum ada cik Jasmin ni, kitorang berdua memang rancak o/station2 nih. Lepas aku, en. Husband pulak...bergilir2... Alhamdulillah setakat ni, blom lagi diorang suruh aku travel jauh2 ni. Maybe sebab Jasmin kecik lagi kot. Lagipon dah end of year ni takde la o/station. Tapi masa awal tahun dulu, even Jasmin dalam perut pon aku kene gak o/station. Gi Kelantan, JB... tapi naik flight, tade hal punyer...mueheheh cume ada sekali tu, masa pregnant kan Jasmin berapa bulan tah, aku rasa seat belt dalam flight tu tak muat untuk aku guna (even dah adjust abes dah).hahaha...


Tapi bukan ni yang aku nak story, cerita tentang keadaan cik Jasmin bila en.Husband pegi o/station ptg smlm. Actually aku rasa takde la lama sangat pon sbb en. Husband akan balek malam ni. So 1 malam je la aku akan tido berdua dengan Jasmin. Walaupon tak lama, tapi sedih jugak dalam hati. Tapi skang ni kalau en. Husband o/station, aku dah ada kawan kecik...walaupun Jasmin masih belum berapa paham, aku slalu bercerita dengan dia. Cerita tentang keje-keje kat opis aku, cerita pasal aku nak jadi kaya. Jasmin tak paham pon... tapi at least aku ada tpt untuk bercerita. Semalam, lepas en. Husband pergi, bila Jasmin bangun tido petang tu, dia mengaruk2 n menangis tak tentu arah. Bagi susu menangis, bagi air masak nangis...Pelik gak... Jasmin jarang macam ni. Dalam hati, mungkinkah sebab dia tahu en. Husband takde dengan dia?? huhuhu Jasmin memang suka sangat kat en. Husband. Bila en. Husband mengagah mesti terkekek2 dia ketawa... dengan aku??? dengan aku ni tpt bila dia nak tido, nangis, nak susu... cemburu? tentu sekali tidak... sebab kedua2 nya adalah org yang paling aku sayang dalam hidup aku.


Aku jadi kalut jugak, sebab Jasmin jarang macam tu. Aku call en. Husband sambil nangis2 sebab aku takut Jasmin akan terus nangis dan nangis...pengsan lak anak aku nanti. En. Husband cakap maybe perut dia kembung. So aku pon letak minyak yu yee tu kat perut, tapak kaki... aku urut2 sket kaki2 dia. Pastu Jasmin pon tertido. Bile petang dia bangun, dia dah bleh senyum2... huhuhu nasib baik la.. tapi malam tadi pon Jasmin lambat betul tido. Aku pon bentang selimut en. Husband atas toto tu, then bagi dia meniarap atas selimut babah dia. Dah kol 12 baru dia letih n tido... huh tido pengsan cik Jasmin ni sebab aku tejaga pukul 4.30 pg, kot2 dia dah meniarap... nak susu, tapi dia masih nyenyak tido...uisk letih sungguh gaya. Aku dah siap2, pukul 7 pagi aku kejut dia menyusu, then main2 kejap dengan Jasmin, kol 7.30 aku hantar dia gi rumah kak Su.


Ha.. macam ni la lebih kurang muka Jasmin semalam. Sampai bengkak2 mata dia. Kesian anak ibu....


Friday, November 14, 2008

Family Day En. Husband

Location: Tiara Beach Resort, PD
Date: 17 - 18 October 2008

Actually dah lama dah nak update tentang Family Day ofis en.Husband ni merangkap percutian pertama untuk cik Jasmin juga. Before this, perjalanan cik Jasmin hanya rumah kami, rumah tok mak, rumah nenek dan rumah auntie Sue pengasuh Jasmin. So aku rasa ni la first time kami bawak Jasmin tido tempat yang jauh dari rumah2 tadi. At the beginning tu rasa macam tak nak join jugak sebab tetibe je rasa Jasmin belum cukup besar nak pegi bercuti2 ni.
Tapi memandangkan t-shirt dah dapat, and charges pon dah bayar, so on je laaa... Oh ya, ini juga first time aku join Family Day ofis en. Husband. Tahun lepas, Family Day tu diadakan beberapa hari sebelum majlis Perkahwinan kami, dalam bulan 5/2007 tu. So lom sempat jadi husband and wife. Kiranya, kategori takleh join lagik laa...Tup2 join tahun ni, dah ada cik Jasmin dah...
So, here the pics! Enjoyzzz...


Ni masa dinner...
Jasmin dengan babah...
Jasmin dengan ibu...
tapi kenapa terkejut? Oh..bukan terkejut, tapi ni lah wajah Jasmin bile tengok persembahan Akasia n Kak Noraniza Idris

Ini lah persembahan Akasia n kak Ani...


Jasmin keletihan, sebab majlis sampai pukul 11 malam... tapi pujian harus dikreditkan pada cik Jasmin kerana dapat menghabiskan acara malam itu dengan jayanya tanpa ragam...bravo! bravo! oh ya bayangkan kami duduk betul2 depan pentas dengan speaker yang kuat, Jasmin takleh tido sebab asyik terkejut dengan bunyi2 speaker dan nyanyian staff2 AADK yang gemersik2 kot...muehehehe gemersik ker?
Ahad pagi de Sukaneka. Jasmin blom cukup besar nak join...
Nanti yer... Kita mandi-manda skali kat TBR nih. Syook je tengok orang lain mandi kan Jasmin?


Lihat hasilnya... tak sia-sia ibu dan Jasmin pegi kan? Kite dapat hadiah...cabuta tak berapa bertuah. Dapat la Super blender...bleh guna blender bubur jasmin nanti yer.



Tuesday, November 11, 2008

Update Pasal Abah

Hari Sabtu pagi lepas aku balek Johor sebab nak jenguk abah. Tapi dapat phone call dari mak masa hari Khamis petang yang doktor dah bagi abah keluar wad. So, aku terus balek ke rumah aku je. Memang la berkira-kira jugak sekarang ni nak balek Johor. Jauh... Walaupun harga minyak dah turun, tapi still gak kene pikir2 sebab takut expenses > than income...hahaha tapi bile dengar abah sakit, takde pikir2 lagi... mesti balek. Walaupun mak kata abah tak saket sangat, tapi selagi aku tak tengok condition abah dengan mata kepala aku sendiri, aku mesti tak puas ati. So, musti balek!! Duit leh carik lagi (merujuk kepada en.Husband yang menambah pendapatan melalui forex..hehehehe) tapi kasih sayang tak boleh dijual beli, ewah macam dalam filem plak. Aku dan en. Husband, amek cuti hari Isnin untuk spend lebih masa sikit kat kampung.

Walaupun dah keluar hospital, and aku pun tengok abah macam sehat... tapi abah tetap kene attacked juga kat dada dia pagi sabtu, ahad n pagi isnin. Sesak nafas and sakit dada, bile tanya abah nak pegi hospital ke tak, dia taknak. So, mak urut2 je la dada abah. Kesian jugak tengok abah. Nampak susut sikit badan abah. Tapi mak kata abah dah ada selera makan. Rumah aku pulak dah macam hari raya laks. Ramai betul orang datang jenguk abah. Tanya keadaan abah. Dalam masa yang sama, orang pun tengok cik bunga Jasmin. Suka la anak aku tu bile orang dok mengagah2 dia. Terkekek2 ketawa. Malam tu, abah dibawa berubat secara traditional. Bila dia balek, dia kata ringan sikit rasa dada dia. So aku pon harap abah akan ok. Sebab dalam otak aku, kalau teruk kenapa doktor lepaskan abah balek ke rumah.

Tak cukup dengan tu, kami bawak lagi abah berubat (atas nasihat makcik aku) hari isnin tghari. Adalah sorang pakcik ni pandai tengok2 sakit orang. Dia kata abah belum ke peringkat sakit jantung. Tapi dekat dada abah tu banyak kolestrol yang menyebabkan tersumbat. en. Husband cakap, pakcik ni macam buat magic gak. huhuuhu (not to mention here apa yang dia buat, sebab itu cara perubatan dia.). So dia bagi abah ubat untuk buang lemak2 dalam dada abah. Dia kata kalau tak dirawat, ia akan menyebabkan sakit jantung, sakit pundi kencing. huhuhu ngeri jugak. Nak percaya atau tak?? Tak kesahla, yang penting kite kene berusaha dan berikhtiar untuk cari penawar sakit kita nih. Tak boleh diam and tunggu jek. So dia bagi abah ubat jugak. Lega jugak aku bile dengar pakcik tu cakap. At least aku tau abah ok. Aku sentiasa doakan abah cepat sembuh dan kembali sehat seperti sebelum nih.


p/s: Semalam (10 Nov) genap umur Jasmin 4 bulan. Nanti aku cerita perkembangan Jasmin next entry yer...Lupa nak cakap, dalam pada ramai2 orang datang jenguk keadaan abah, Jasmin pon dapat duit raya lagi. Hehehehe...ibu Jasmin yang sronot sangat.



Tuesday, November 4, 2008

Abah Admitted

Semalam petang tengah dok sibuk2 diskas kat opis, en. Husband call dia cakap bampin call aku banyak kali tapi aku tak pickup. Aku tak perasan... so aku tanya en. Husband kenapa? sbb suara dia mcm a bit kelam kabut. en. Husband cakap yang abah masuk hospital. Haaaaah!!!??? terkejut aku dibuatnya. Aku pon terus call mak untuk tanya condition abah...call mak, mak tak pickup. So call banji... banji cakap abah ok. Dia cume sesak nafas pagi tadi. That's why dia kene admitted kat Hospital Pontian. Kesian abah. Aku pesan kat banji, kalau keadaan abah serius, call aku balik nanti kitorang balik johor. Dia kata takyah balik dulu sebab abah mungkin penat je. Tapi dia suruh kitorang (aku dan bampin) yang ada kat kl nih standby aje. So aku pon ke mana-mana dengan handphone. Takkan sesekali tinggalkan.

Petang sket, aku dapat bercakap dengan mak. Aku tanya keadaan abah. Mak cakap abah pun ok. Tak payah balik. Cuma doakan abah jek. Mak kata, abah ada cakap dengan mak yang dia sakit dada pagi tadi. So mak kata nak dia temankan ke tak, abah kata tak payah, dia pegi klinik sendiri. May be sampai klinik tu la dia kene sesak nafas. Mak terus ke klinik tumpang org. So terus ambulan bawak abah pegi Hospital Pontian. Tapi skarang ni dah ok dah. Cuma doktor suspect abah kene sakit jantung. But still dalam pemeriksaan. Setahu aku abah tak pernah pulak ada sakit jantung nih. Hope abah sihat dan dapat balek ke rumah seperti biasa.

Abah pada aku seorang yang sangat kuat, garang but very protective dan aku selalu gelarkan dia macgyver aku. Apa saje permainan atau barang aku yang rosak, abah managed to fix it. Kerja kayu masa aku blajar KHB dulu pon abah yang buatkan. Masa darjah 5, cikgu suruh buat wau pun, abah yang tolong buatkan. Lukisan masa aku darjah 3 (kene lukis gambar kuda) pun abah yang buatkan dan gambar itu tergantung masa hari ibu bapa. Banyak lagi la... sampai aku sebelum kahwin pun banyak yang abah buat untuk aku. Letakkan net hijau kat umah sewa aku, pindah umah pon dia yang tolong angkatkan barang...abah memang segalanya bagi aku.

Kadang-kadang, walaupun dah kawen, ada sesetengah perkara aku masih mintak pendapat abah, saya harap en. Husband paham sebab saya sudah terbiasa dari dulu. huhuhu (terasa sayu pulak time aku menaip nih). Tapi, mungkin sebab faktor umur, abah dah tak berapa sehat sampai kene sesak nafas. Kesian abah...walaupun aku dah berkahwin tapi aku masih tetap memerlukan abah untuk menyokong kehidupan aku dan memberikan aku pendapat.

Sempena cerita pasal abah ni, aku nak wish abah Selamat Hari Ulangtahun yang ke-62 tahun (30 Oktober yang lalu). Semoga abah sentiasa dalam lindungan Allah swt dan diberi kesihatan yang baik.

So, all readers, doakan abah aku cepat sembuh ye...



Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker