Semalam petang tengah dok sibuk2 diskas kat opis, en. Husband call dia cakap bampin call aku banyak kali tapi aku tak pickup. Aku tak perasan... so aku tanya en. Husband kenapa? sbb suara dia mcm a bit kelam kabut. en. Husband cakap yang abah masuk hospital. Haaaaah!!!??? terkejut aku dibuatnya. Aku pon terus call mak untuk tanya condition abah...call mak, mak tak pickup. So call banji... banji cakap abah ok. Dia cume sesak nafas pagi tadi. That's why dia kene admitted kat Hospital Pontian. Kesian abah. Aku pesan kat banji, kalau keadaan abah serius, call aku balik nanti kitorang balik johor. Dia kata takyah balik dulu sebab abah mungkin penat je. Tapi dia suruh kitorang (aku dan bampin) yang ada kat kl nih standby aje. So aku pon ke mana-mana dengan handphone. Takkan sesekali tinggalkan.
Petang sket, aku dapat bercakap dengan mak. Aku tanya keadaan abah. Mak cakap abah pun ok. Tak payah balik. Cuma doakan abah jek. Mak kata, abah ada cakap dengan mak yang dia sakit dada pagi tadi. So mak kata nak dia temankan ke tak, abah kata tak payah, dia pegi klinik sendiri. May be sampai klinik tu la dia kene sesak nafas. Mak terus ke klinik tumpang org. So terus ambulan bawak abah pegi Hospital Pontian. Tapi skarang ni dah ok dah. Cuma doktor suspect abah kene sakit jantung. But still dalam pemeriksaan. Setahu aku abah tak pernah pulak ada sakit jantung nih. Hope abah sihat dan dapat balek ke rumah seperti biasa.
Abah pada aku seorang yang sangat kuat, garang but very protective dan aku selalu gelarkan dia macgyver aku. Apa saje permainan atau barang aku yang rosak, abah managed to fix it. Kerja kayu masa aku blajar KHB dulu pon abah yang buatkan. Masa darjah 5, cikgu suruh buat wau pun, abah yang tolong buatkan. Lukisan masa aku darjah 3 (kene lukis gambar kuda) pun abah yang buatkan dan gambar itu tergantung masa hari ibu bapa. Banyak lagi la... sampai aku sebelum kahwin pun banyak yang abah buat untuk aku. Letakkan net hijau kat umah sewa aku, pindah umah pon dia yang tolong angkatkan barang...abah memang segalanya bagi aku.
Kadang-kadang, walaupun dah kawen, ada sesetengah perkara aku masih mintak pendapat abah, saya harap en. Husband paham sebab saya sudah terbiasa dari dulu. huhuhu (terasa sayu pulak time aku menaip nih). Tapi, mungkin sebab faktor umur, abah dah tak berapa sehat sampai kene sesak nafas. Kesian abah...walaupun aku dah berkahwin tapi aku masih tetap memerlukan abah untuk menyokong kehidupan aku dan memberikan aku pendapat.
Sempena cerita pasal abah ni, aku nak wish abah Selamat Hari Ulangtahun yang ke-62 tahun (30 Oktober yang lalu). Semoga abah sentiasa dalam lindungan Allah swt dan diberi kesihatan yang baik.
So, all readers, doakan abah aku cepat sembuh ye...








3 comments:
Dear Anim, will pray ur father get well soon..
ur story reminds me of my late father..of the same age n same condition..
nway,may he get well soon..amin..
....amiiiinnn....
Aneem,
terharu pulak aku baca...rasa sebak...apa yg aku kenali, ko memang seorang yg tabah dan pandai menyembunyikan perasaan samaada sedih, kecewa dsbnya.
I'll pray he will get well soon.
-Noor-
Post a Comment