Hari Sabtu pagi lepas aku balek Johor sebab nak jenguk abah. Tapi dapat phone call dari mak masa hari Khamis petang yang doktor dah bagi abah keluar wad. So, aku terus balek ke rumah aku je. Memang la berkira-kira jugak sekarang ni nak balek Johor. Jauh... Walaupun harga minyak dah turun, tapi still gak kene pikir2 sebab takut expenses > than income...hahaha tapi bile dengar abah sakit, takde pikir2 lagi... mesti balek. Walaupun mak kata abah tak saket sangat, tapi selagi aku tak tengok condition abah dengan mata kepala aku sendiri, aku mesti tak puas ati. So, musti balek!! Duit leh carik lagi (merujuk kepada en.Husband yang menambah pendapatan melalui forex..hehehehe) tapi kasih sayang tak boleh dijual beli, ewah macam dalam filem plak. Aku dan en. Husband, amek cuti hari Isnin untuk spend lebih masa sikit kat kampung.
Walaupun dah keluar hospital, and aku pun tengok abah macam sehat... tapi abah tetap kene attacked juga kat dada dia pagi sabtu, ahad n pagi isnin. Sesak nafas and sakit dada, bile tanya abah nak pegi hospital ke tak, dia taknak. So, mak urut2 je la dada abah. Kesian jugak tengok abah. Nampak susut sikit badan abah. Tapi mak kata abah dah ada selera makan. Rumah aku pulak dah macam hari raya laks. Ramai betul orang datang jenguk abah. Tanya keadaan abah. Dalam masa yang sama, orang pun tengok cik bunga Jasmin. Suka la anak aku tu bile orang dok mengagah2 dia. Terkekek2 ketawa. Malam tu, abah dibawa berubat secara traditional. Bila dia balek, dia kata ringan sikit rasa dada dia. So aku pon harap abah akan ok. Sebab dalam otak aku, kalau teruk kenapa doktor lepaskan abah balek ke rumah.
Tak cukup dengan tu, kami bawak lagi abah berubat (atas nasihat makcik aku) hari isnin tghari. Adalah sorang pakcik ni pandai tengok2 sakit orang. Dia kata abah belum ke peringkat sakit jantung. Tapi dekat dada abah tu banyak kolestrol yang menyebabkan tersumbat. en. Husband cakap, pakcik ni macam buat magic gak. huhuuhu (not to mention here apa yang dia buat, sebab itu cara perubatan dia.). So dia bagi abah ubat untuk buang lemak2 dalam dada abah. Dia kata kalau tak dirawat, ia akan menyebabkan sakit jantung, sakit pundi kencing. huhuhu ngeri jugak. Nak percaya atau tak?? Tak kesahla, yang penting kite kene berusaha dan berikhtiar untuk cari penawar sakit kita nih. Tak boleh diam and tunggu jek. So dia bagi abah ubat jugak. Lega jugak aku bile dengar pakcik tu cakap. At least aku tau abah ok. Aku sentiasa doakan abah cepat sembuh dan kembali sehat seperti sebelum nih.
p/s: Semalam (10 Nov) genap umur Jasmin 4 bulan. Nanti aku cerita perkembangan Jasmin next entry yer...Lupa nak cakap, dalam pada ramai2 orang datang jenguk keadaan abah, Jasmin pon dapat duit raya lagi. Hehehehe...ibu Jasmin yang sronot sangat.








4 comments:
moga abah arenim cpt sihat k...
update la gmbr jasmin byk2. nak nengok la....
Biasala Anem.Org tua dah start sakit mcm2.Moga2 cepat sembuh.
Jasmin dah pandai buat apa sekarang?
jasmin dah pandai berenang atas tilam skang, sambil tido pun die nak nak berenang.. pastu sendiri nanges.. anak.. anak.....
Huhuhu Cik Jasmin dah pandai meniarap...yeyeyeye suke tengok Jasmin tengah tido pon bleh meniarap!!!
Post a Comment