Friday, October 31, 2008

Things To Do...

Things To Do…

Dealing with IT Division

- Changing the response rate in MDT 2009 system (Follow the new F2) – highlight when discuss with IT Division - Settle
- Make sure all the clean data that received form state is the complete data together with the company’s name – Follow up with IT Division whether the have settled the case or not? - Settle
- Re-Design template for table checking in the existing system (Improve template yang lama) - Settle
- Think about other template to simplify boss on checking the data since he said that my sistem is not really functioning to him. Sejak bile la jadi sistem aku. Aku baru 3 tahun kat sini….isk isk isk – Ilham tak datang lagi. So tak wat pon lagi. Sbb boss put on high expectations pada sistem nih
- Check all de blow up and weighted in de system. – tak sentuh lagi

*Semua-semua ni kene bawak masa meeting dengan BTM.

Dealing with Methodology Divison

- Discuss with Nor on blow population (based on explaination by Methodology Division) – tak sentuh lagi
- Re-check other company in other sources to be included in the next year sample selection. – in progress
- List out all the in-active cases to be sent to Kak Tini, so if there is any replacement, they will do it quickly. – in progress

*Semua ni pon kene prepare before meeting.

Dealing with my staff

- Check their work on profiling the MDT company (year to year basis) and (month to month basis) – in progress
- Planning chart for our section need to be checked.- Keje dah banyak tak ikut planned!! Menci…menci…
- Make sure they finish up all the profiling for 3rd quarter before 5th November becoz I need to re-checked their task before sending to my boss – keep remind them. And now they are busy on finish it all. Good job guys!!
- Always remind them regarding data for index section. Becoz I have to send the data on 6th November. – in progress
- List out all the index cases which is already in-active and send it to Boss… - Dah ada tinggal nak finalize je lagi.
- National Acct Divison also ask for our data before 10th Nov.So be prepared!!

Dealing with Data Request

- Request form MPC. – Tak wat lagi

Publication

- untuk 3rd quarter … data kene published on 19th Nov…. nampak gaya macam slalu kene stay back dalam masa nak come out publication. Silap2 weekend pon kene angkut cik Jasmin skali ke opis…

Semua-semua ni kene buat. Nak setup meeting dengan diorang2 sume...Hari-hari boss aku tanya keje2 aku. But at the same time, hari2 dia bagi aku kerja. So macam mana la aku nak siapkan keje2 aku ni kalau banyak sangat keje dalam hidup aku….uwaaaa aku tertekan sangat harini. Sebab boss seksyen indeks datang jumpe aku (dalam gaya marah pulak tu) nak data indeks. Sedangkan I’ve been informed by my boss that I have to prepare the data on 6th Nov… aku paling tak suke keje yang x systematic ni. Bagi la aku date yg betul2. Pastu keje biar ada black n white. Kejap kene bagi harini kejap 6hb…eee aku boleh jadi giler cenggini.

Jasmin dan en. Husband… tolong saya…. saya amat stressed!!! En. Husband, lipat baju pukul 3 pagi mungkin akan jadi amalan saya. Sebab saya perlu melayan karenah cik bunga jasmin sebelum dia tido. Waktu dia tido, waktu tu saya pon tertido sama. So saya kene bangun untuk lipat baju. Sebab saya takut masuk guiness book of records yang baju family kite yang tak berlipat setinggi gunung everest… hehehehe…

Thursday, October 30, 2008

Tempat Lepak Jasmin

Ingatkan orang besar2 jer yang ada tempat lepak... oh gosh!! Jasmin pun dah reti nak lepak2 rupernyer...aiyarrkk anak ibu, tak sesuwai betul anak dara lepak2 nih. Here we goes...



Tengok tu, siap conquer remote control lagiks...






Cuba masukkan tangan dalam mulut...










Ini la tempat lepak Jasmin. :)




Monday, October 20, 2008

Lucunyer Minit Mesyuarat nih....

Oh ya, cerita ni dah lama aku nak story mory dalam blog aku nih, tapi disebabkan alasan yang dah seringkali aku bagi iaitu bizi, maka cerita ini melayang-layang la di angkasa lepas. Bukan apa, aku nak story pasal Minit Mesyuarat kat opis aku nih. First day aku naik ofis after confinement day tu, ofis aku ada buat meeting. Aku pon kene la attend. Masa dalam meeting tu of coz kite diberi minit mesyuarat untuk meeting yg lepas so then, have to check samada ada pindaan yang perlu dibuat atau pon tak. Masa aku dalam meeting tu, ada la beberapa staff yang tegur, "eh nama anak cik anem(walaupon dah kawen, diorang mmg xreti nak ubah gelaran aku kpd puan...) sedap la.. Irni Jasmin". Aku pon senyum je la. Tapi dalam ati pelik macam mana diorang boleh tau. Sebab aku takde la menghebahkan sangat nama anak aku nih.

So, masa meeting tu pon Pengarah ucapkan Tahniah pada aku sbb baru dapat baby...bla bla aku pon saje sambil dengar pengarah bercakap sambil minit mesyuarat yang lepas, almaklum 2 bulan cuti banyak yang aku terlepas berita2 kat opis nih. Selak punye selak page, jeng jeng jeng... ternampak la mende alah nih,



La... sape la yang nulis minit nih... terasa ada sedikit ke'poyo'an sbb sebelum2 ni kalau ada yang bersalin dalam opis pon, diorang just mentioned ucapan tahniah pada pegawai/kakitangan tu atas kelahiran anak. That's it. Tapi lain plak dengan kelahiran cik Jasmin nih... siap masuk nama dia sekali. Huhuhuhu.... kat sini aku paste kan skali minit2 mesyuarat yang lepas if ada staff yang melahirkan anak ataupun staff lelaki yang dapat anak....








Haaaaa... takde nama anak kan? isk isk isk.... cik Jasmin ni kuat enterframe daa... sampai dalam minit mesyuarat opis ibu pon dia nak enterframe jugak... anak... anak...

Thursday, October 16, 2008

Irni Jasmin - 3months old

Tak sangka dah sebulan lebih dah aku tak buat entry dalam blog aku. Kenapa? Huhuhu mestilah jawapannya, aku tersangatlah bizi... bizi dengan kerja-kerja opis, mana lagi tugas sebagai isteri dan ibu kat rumah pulak, aduhai rasanya sehingga ke hari ini pun aku masih lagi dalam learning process untuk membiasakan diri aku dengan keadaan ini. Pagi, aku keluar pegi opis dalam pukul 7.30 pagi, then hantar jasmin ke rumah kak su, terus ke ofis... gitu2 gini wat keje kat ofis dah pukul 5.30ptg, tapi dah tentu la tak boleh nak balek sharp pukul 5.30 tu. Ptg2 tu la baru en.Boss nak wat discussion. Adeh...adeh... kesian cik Jasmin terpaksa la balek umah lambat. Kadang2 sampai rumah dah pukul 7mlm. Masa tu la cik Jasmin merengek2, so kene layan dia dulu barulah boleh uruskan diri sendiri, masak lagi (ni je yg jarang2 aku buat...hehehe), basuh baju lagiks. Bila pukul 9mlm...dah rasa ngantuks!

Pejam celik cik Jasmin skang ni dah 3bulan sejak 10 Oktober haritu. Macam-macam ilmu dah dia belajar...

-Jasmin suka sangat berbual2 dengan orang kat sekeliling dia. Tapi kalau mood dia ok je dia keluarkan suara2 manja dia tu. Tah pape tah yang dia bualkan langsung aku tak paham. Tapi aku layan kan aje...but serius seronok kalau dengar dia bercakap bahasa dia.

- Sangat suka masukkan jari jemari dia dalam mulut. Adeh2...kenapa jadi cenggitu ek?kalau boleh sepuluh2 jari dia masukkan dalam mulut. Boleh koyak mulut dibuatnye... Kadang2 tengah menyusu pun sempat selitkan satu jari dia dalam mulut. Bile dah cenggitu, maka bersepah2 lah air liur kat tepi2 mulut tu..ala comotnye anak ibu nih...

- Suka sangat tengok tangan dia dekat2 sampai tak hirau keadaan sekeliling dek kerana terlalu obses dengan tangan dia. Pelik..pelik je perangai anak nih. Jenuhla aku alih2 kan tangan dia sebab takut mata dia j***ng.

- Sejak akhir-akhir ni aku perasan yang Jasmin sangat takut akan shopping complex. Kenapa?

Scene 1 : Kejadian kat MidValley sehari sebelum kami balik kampung berhari raya. Konon2 tu kire nak last shopping la sebab aku ngan en.Husband belum buat persiapan untuk kitorang. Masa masuk je dalam MV tu, dia dah buat muka lain macam. Kitorang baru jek nak menjamu mata (baru melangkah beberapa tapak...), dia dah melalak2 sekuat2 mungkin. Apa lagi, semua mata memandang kitorang.Tak pernah lagi rasanya dengar dia menangis cenggitu. Kitorang pon lepak ar kat bangku2 tepi MV tu n susukan dia, walaupun sebenarnya kitoang sangat gelabah dengan Jasmin, tapi wat2 macho jek. Bile dah menyusu dia senyap sekejap. Pastu dia nangis lagi...sampai la kitorang terpaksa berbuka di tepi tangga and Jasmin menangis sampai termuntah2. Maka, kami pon balek je la dengan tangan kosong. Dalam kereta, elok je dia senyap. Siap boleh tertido2 lagi. Huhuhu maka terpaksalah kami beraya tanpa kasut raya.

Scene 2 : Raya ke-6, Lepas pegi beraya rumah sedara mara, en.Husband tetibe buat plan nak ke City Square JB. So, bile sampai je kat parking, cik Jasmin tengah tido. So dalam hati kitorang, huh ada chance la ni nak shopping... masa kat dalam CS aku pon sempat la jeling2 kasut2 yang aku rasa aku dah aim nak beli. En.Husband cakap beli je terus. Tapi aku cakap, kejap lagi la...jalan dulu sbb nak pilih yang lain. So kitorang pon terus berjalan dari satu outlet ke outlet lain sehinggalah......jeng jeng jeng! cik Jasmin terbangun dari tido... dia bukak je mata, dia toleh kiri, toleh kanan... muke nye sudah mencebik.... aku pon dah signal en.Husband...dalam hati, alamak...macam xde chance je nih. Terus berjalan cepat ke tempat kasut tadi. Dalam perjalanan je, xsempat sampai, cik Jasmin dah buat perangai dia. Menangis2 sekuatnya. At last, kami pon keluar je la dari CS ke tempat parking sebab Jasmin tak menunjukkan tanda2 nak berhenti menangis walau kami dah cuba macam2 cara..huhuhu. Masa kat dalam kereta, elok2 je dia gelak2 sambil berborak2 dengan bahasa tersendiri... Apa reaksi saya dan en.Husband?? Kami hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Anak..anak.. mcm ni punya perangai pon ada. Padahal ibu ni kaki shopping masa pregnantkan Jasmin.

- Jasmin kalau dalam kereta, time ngantuk for sure paling senang tido. Tapi kalau dia dah bangun tido, dia paling tak suka duduk dalam car seat dia. Jasmin suka kalau kite dirikan dia dekat2 dengan cermin sbb dia suka tengok kereta berjalan lagi2 masa kat highway. Muka dia macam kagum sangat dengan alam sekeliling. Hahahaha...

So, cik bunga Jasmin, Happy 3months old yer sayang. Mmuahh mmuaahhh dari ibu.












Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker