Tak sangka dah sebulan lebih dah aku tak buat entry dalam blog aku. Kenapa? Huhuhu mestilah jawapannya, aku tersangatlah bizi... bizi dengan kerja-kerja opis, mana lagi tugas sebagai isteri dan ibu kat rumah pulak, aduhai rasanya sehingga ke hari ini pun aku masih lagi dalam learning process untuk membiasakan diri aku dengan keadaan ini. Pagi, aku keluar pegi opis dalam pukul 7.30 pagi, then hantar jasmin ke rumah kak su, terus ke ofis... gitu2 gini wat keje kat ofis dah pukul 5.30ptg, tapi dah tentu la tak boleh nak balek sharp pukul 5.30 tu. Ptg2 tu la baru en.Boss nak wat discussion. Adeh...adeh... kesian cik Jasmin terpaksa la balek umah lambat. Kadang2 sampai rumah dah pukul 7mlm. Masa tu la cik Jasmin merengek2, so kene layan dia dulu barulah boleh uruskan diri sendiri, masak lagi (ni je yg jarang2 aku buat...hehehe), basuh baju lagiks. Bila pukul 9mlm...dah rasa ngantuks!
Pejam celik cik Jasmin skang ni dah 3bulan sejak 10 Oktober haritu. Macam-macam ilmu dah dia belajar...
-Jasmin suka sangat berbual2 dengan orang kat sekeliling dia. Tapi kalau mood dia ok je dia keluarkan suara2 manja dia tu. Tah pape tah yang dia bualkan langsung aku tak paham. Tapi aku layan kan aje...but serius seronok kalau dengar dia bercakap bahasa dia.
- Sangat suka masukkan jari jemari dia dalam mulut. Adeh2...kenapa jadi cenggitu ek?kalau boleh sepuluh2 jari dia masukkan dalam mulut. Boleh koyak mulut dibuatnye... Kadang2 tengah menyusu pun sempat selitkan satu jari dia dalam mulut. Bile dah cenggitu, maka bersepah2 lah air liur kat tepi2 mulut tu..ala comotnye anak ibu nih...
- Suka sangat tengok tangan dia dekat2 sampai tak hirau keadaan sekeliling dek kerana terlalu obses dengan tangan dia. Pelik..pelik je perangai anak nih. Jenuhla aku alih2 kan tangan dia sebab takut mata dia j***ng.
- Sejak akhir-akhir ni aku perasan yang Jasmin sangat takut akan shopping complex. Kenapa?
Scene 1 : Kejadian kat MidValley sehari sebelum kami balik kampung berhari raya. Konon2 tu kire nak last shopping la sebab aku ngan en.Husband belum buat persiapan untuk kitorang. Masa masuk je dalam MV tu, dia dah buat muka lain macam. Kitorang baru jek nak menjamu mata (baru melangkah beberapa tapak...), dia dah melalak2 sekuat2 mungkin. Apa lagi, semua mata memandang kitorang.Tak pernah lagi rasanya dengar dia menangis cenggitu. Kitorang pon lepak ar kat bangku2 tepi MV tu n susukan dia, walaupun sebenarnya kitoang sangat gelabah dengan Jasmin, tapi wat2 macho jek. Bile dah menyusu dia senyap sekejap. Pastu dia nangis lagi...sampai la kitorang terpaksa berbuka di tepi tangga and Jasmin menangis sampai termuntah2. Maka, kami pon balek je la dengan tangan kosong. Dalam kereta, elok je dia senyap. Siap boleh tertido2 lagi. Huhuhu maka terpaksalah kami beraya tanpa kasut raya.
Scene 2 : Raya ke-6, Lepas pegi beraya rumah sedara mara, en.Husband tetibe buat plan nak ke City Square JB. So, bile sampai je kat parking, cik Jasmin tengah tido. So dalam hati kitorang, huh ada chance la ni nak shopping... masa kat dalam CS aku pon sempat la jeling2 kasut2 yang aku rasa aku dah aim nak beli. En.Husband cakap beli je terus. Tapi aku cakap, kejap lagi la...jalan dulu sbb nak pilih yang lain. So kitorang pon terus berjalan dari satu outlet ke outlet lain sehinggalah......jeng jeng jeng! cik Jasmin terbangun dari tido... dia bukak je mata, dia toleh kiri, toleh kanan... muke nye sudah mencebik.... aku pon dah signal en.Husband...dalam hati, alamak...macam xde chance je nih. Terus berjalan cepat ke tempat kasut tadi. Dalam perjalanan je, xsempat sampai, cik Jasmin dah buat perangai dia. Menangis2 sekuatnya. At last, kami pon keluar je la dari CS ke tempat parking sebab Jasmin tak menunjukkan tanda2 nak berhenti menangis walau kami dah cuba macam2 cara..huhuhu. Masa kat dalam kereta, elok2 je dia gelak2 sambil berborak2 dengan bahasa tersendiri... Apa reaksi saya dan en.Husband?? Kami hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum. Anak..anak.. mcm ni punya perangai pon ada. Padahal ibu ni kaki shopping masa pregnantkan Jasmin.
- Jasmin kalau dalam kereta, time ngantuk for sure paling senang tido. Tapi kalau dia dah bangun tido, dia paling tak suka duduk dalam car seat dia. Jasmin suka kalau kite dirikan dia dekat2 dengan cermin sbb dia suka tengok kereta berjalan lagi2 masa kat highway. Muka dia macam kagum sangat dengan alam sekeliling. Hahahaha...
So, cik bunga Jasmin, Happy 3months old yer sayang. Mmuahh mmuaahhh dari ibu.










6 comments:
wah.. puan arename dah kurus...
Kurus mende... alignment dah lari...nak kene wat balancing lagiks.. adeh2 takde ke keep slim or slim world yang nak taja aku nih???
are_name,
dont worry pasal jasmine nangis tu.. ini terjadi pada inas jugak masa umur baya jasmin sekrg..
dia akan menangis sekuat hati. ye la kat mall kan bunyi bising. tapi sy tetap gagahkan jugak. try pujuk dia dkt baby room. then try dukung dia pangku sepnjang masa smbil dodoikan dia,.. huh mmg payah masa tu..
dah la dia nangis kuat. smua org tgk.
tpi lama2 di ajak bershopping, inas makin okey.. fuh lega...
Dyla,
Seronoknya kalau Jasmin pon macam inas. Senang sket nak jamu mata kat mall. Actually kitorang dah try dah buat cara macam tu, akibatnya berjam2 la kitorang kat dalam baby room tu.
Hopefully bile dia besar sket dia dah xalah dengan mall...
ahahah.. pelik lah jasmin nih.. tp bagus la.. so mak die tak leh shopping lagi la... ahhahaah... die tak biasa org ramai2 kot.. plus.. tempat luas2 belampu lip lap.. n music2 sakan kot... tp danish ok jek shopping... suke lagi.. dari kecik smpi la ke tua nih.. tak mo dok stroller,ko tau baru2 ni kitorg p alamanda (tu jekla yg paling dekat n senang nk pegi) die bole jalan2 nk masuk dlm konon2 tu.. terus jalan die tak perasan yg benda tu cermin.. ape lagi bedentum.. merah kepala die.. kitorg tekejut giler.. aku igt die tau benda tu cermin.. pastu nangis sket.. pastu da ok..
Intan,
Bihtu kepala Danish lebam tak? pintu mana yang jahat bangat tu? kesian Danish... Aku pon tgk anak org lain ok jek masuk shopping complex...Jasmin je yang tak braper suka. Kaki aku ni menggatal jer nak gi Sogo tu...lama dah aku puasa ke sana sebab wisau dgn keadaan Jasmin yang gabra kat dalam mall tu.uwaaaaa....xbestnyer
Post a Comment