Taklimat saya start hari Ahad dan Isnin, tapi kami bertolak ke Melaka hari Sabtu. Dah la tak booking hotel untuk Sabtu malam tu, bulan doblas dah tentu la org ramai bercuti. Semua hotel yang kami singgah penuh. Last try Mahkota Hotel...nasib baik ada. Tapi saya rasa hotel ni chantek... Kat hotel ni ada banyak wing... one of their wings tu named Jasmine... apa lagi, sempat la si Jasmin ni posing kat situ.
Friday, January 30, 2009
Melaka - Part 1
Taklimat saya start hari Ahad dan Isnin, tapi kami bertolak ke Melaka hari Sabtu. Dah la tak booking hotel untuk Sabtu malam tu, bulan doblas dah tentu la org ramai bercuti. Semua hotel yang kami singgah penuh. Last try Mahkota Hotel...nasib baik ada. Tapi saya rasa hotel ni chantek... Kat hotel ni ada banyak wing... one of their wings tu named Jasmine... apa lagi, sempat la si Jasmin ni posing kat situ.
Wednesday, January 28, 2009
I'm a Bionic Woman
Kesian pulak aku tengok, penuh merah2 kat muka dia...ala-ala ruam gitu. So bila dah saket tu, mesti la dia asyik merengek2 aje. Pengasuh aku suruh aku beli air kelapa untuk bagi Jasmin minum sikit and mandikan dia dengan air kelapa. Tu supaya merah-merah dia tu cepat keluar. Nasib baik la ada pengasuh tu. Kitorang bawak jugak Jasmin pegi klinik. So masa doktor cek tu, dia kata ni demam campak biasa. Sebab dia bimbang jugak kalau kene penyakit kaki tangan mulut tu. Tapi Jasmin cuma kene demam campak biasa. Aku pon tetibe jadi risau terus surf internet and cari info pasal penyakit kaki tangan dan mulut. Tapi rasanya Jasmin tidak tergolong dalam penyakit nih.
So sampai Hospital, dia kene admitted la plak. Aduh sakit kepala. Dr cakap dia kene buat minor surgery buang bisul tu. Dr siap pesan yang aku kene stay dengan en.Husband sebab tak pasti surgery tu bila. Expect to be that night tapi dia mentioned kalau ada kes-kes bersalin ceaser, dia kene dulukan dulu. Suddenly je aku macam suspen... surgery la pulak... tibe-tibe terfikir pasal Jasmin kat umah pengasuh tu. Aduh nak hantar Jasmin ke mana ye??? aku kene jaga en.Husband.
Walaupun kepala otak bercelaru, tapi ttp maintain sbb masa tu aku tgh jaga en.Husband. Aku taknak dia wisau. So aku pon decide tinggalkan Jasmin dengan pengasuh dulu. Dalam pukul 4ptg tu lepas en.Husband dah masuk wad, aku balek n pegi umah pengasuh. Mintak tolong dia. Masa cerita tu macam dah sebak2 sikit. Mata dah nak meleleh sbb aku tau pengasuh nak balek perak. Nasib baik dia sudi nak jaga Jasmin semalam. Bukan apa, Jasmin kenal dengan pengasuh dia je, buatnya aku hantar umah abang aku kat Shah Alam, dia meraung2 plak nanti sbb tak berapa kenal haa sapa nak jawab? Lagipon jauh gak nak anta ke Shah Alam.
Alhamdulillah surgery tu berjaya... for futher story, baca la en.Husband punye blog. huahuahuahu... banyak karenah tau jaga orang sakit. Sebab tu aku rasa aku la Bionic woman... Alhamdulillah aku dapat setelkan semuanya sendiri. Malas ar nak susah kan mak bapak kitorang yang jauh kat johor tu. Serius memang ni minggu yang mencabar dan memenatkan. Walaupun cuti, tetap rasa macam tak cuti tau. Tak cukup tido sangat. huahuahauhau....
Thursday, January 22, 2009
Jom sertai peraduan TheLilCaliph.com.

Wei korang!!! ada berita baik nih.... meh la kite semua join peraduan TheLilCaliph.com nih. Korang tau tak TheLilCaliph.com ni ada jual macam-macam produk khas untuk mommy and baby. Best tau!!
Monday, January 19, 2009
Erk.... apa Jasmin buat tu?
Jasmin demam lagi daa....
Confirm takleh nak skip. Nanti apa pulak kata group member yang lain. So terpaksa la Jasmin diletakkan di bawah jagaan pengasuh dia. Masa aku hantar tu, aku mentioned yang Jasmin demam, dia kata, takpe... demam sikit... hua hua hua pengasuh Jasmin ni memang terer betul jadi mak nujum.... tapi aku dah bekalkan ubat. So aku tak berapa bimbang sangat. Aku percaya dengan pengasuh dia nih (Tawakkal je).
Masa kami ambik Jasmin petang tadi (harini amek awal sikit) pengasuh tu cakap, Jasmin ni demam sebab nak merangkak... dia kata budak2 memang cenggitu. Aku tgk Jasmin pon sengih je memanjang bile nampak kitorang amek dia. Dalam ati...ha ok dah kot Jasmin ni.Tapi sampai umah... badan dia macam panas balek. Sib baik aku mmg ada stok cool fever kat umah. Bile cik Jasmin demam, mestila merengek dia lain macam sket dengan hari2 biasa. So kene la bagi full attention pada dia. Baring skali dengan dia sampai dia tetido.
Bila Jasmin dah tido....barula aku ada masa nak apdet blog ni sbb harini aku langsung tak masuk opis. Sbb presentation tu wat kat HQ.
Ibu doakan Jasmin cepat sembuh yer.... cayang anak ibu....mmmuaassshhh
Saturday, January 17, 2009
Dah takde keje...
Suasana: En. Husband menggunakan pc rumah sambil sibuk dengan projek baru e-bay dia dan saya sibuk apdet blog n surf gossip2 terkini using laptop.
Tiba-tiba saya terfikir utk mengganggu en.Husband so saya on YM n buzz dia..
BUZZ!!!
mie_: Ada surat cinta untuk sayang http://tinypaste.com/d8312
BUZZ!!!
hanim: ah tipuuuu
hanim: nyamph
hanim: mls nk layan
mie: tgk la situ
mie: link tu
(mengada-ngada kan... dah la dok 1 umah, dok sebelah nyebelah, lagi mau pakai YM)
so saya pun bukak link tu... tara....... romantik tak??? uhuhukkkk
Friday, January 16, 2009
Tag by Fara

1) Copy badge "2008 cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
- Setel...
2)Link / n citer kan kembali siapa yang memberi award ini kpd anda.
- Fara.. Dia ni kawan en.Husband.. tapi kaki shopping macam aku. Sebab tu aku suke kawan dengan Fara nih..
3)Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sbelum memilih penerima award seterusnya (anda di tag)
- suke sangat bershopping (shopperholic)
- telah meningkat berat badan yang mendadak sejak berkahwen dengan en.Husband. Apatah lagi dengan kelahiran Jasmin..muehehehehe
- kuat bekerja... bahaya wooo sampai lupa anak laki....(slalu org guna words "anak bini"...)
- dilahirkan di W.P. Labuan
- suke basuh baju tapi tak berapa minat lipat baju...tapi aku tetap kene buat. huhuhuhu....
- tak pandai bawak basikal...tapi aku ada lesen motor setelah dua kali amek test. Sejak lepas test sampai skang ni, aku tak pernah bawak motor....skadar utk ada lesen ajer.
- suke surf internet
- suke bawak kereta laju-laju.
- kalau tak puas ati dengan org, aku suke cakap blakang aje...tak cakap depan orang tu. Sebab taknak bermusuh dengan orang. hahahaha....hipokrit ek?
- tak berapa pandai masak......hahahahaha padanla en.Husband kurus kering
4)pilih 5 penerima award setrusnya n nyatakan di blog anda.
- Suemail
- Zamose
- Intanz
- Diah
- Yana
5)jgn lupe melawat blog kawan anda yg telah di tag n menyatakan dia telah telah di tag.
-okies
Thursday, January 15, 2009
Apa ada pada IRNI JASMIN?
| IRNI JASMIN | |
| I | Ikhlas |
| R | Ramah |
| N | Naif |
| I | Idealistik |
| J | Jujur |
| A | Amanah |
| S | Suci |
| M | Mesra |
| I | Intuitif |
| N | Naif |
| Apa ada pada nama? | |
Wednesday, January 14, 2009
Irni Jasmin - 5 & 6months old
10 Januari haritu Jasmin genap 6 bulan. Rasanya aku dah termiss update tentang Jasmin masa dia 5 bulan. So entry ni aku combined je la milestone Jasmin.
- Jasmin dah meniarap sambil move forward dengan aktif nyer. Actually Jasmin dah start move sejak beberapa hari lagi dia masuk 5 bulan. And sekarang ni Jasmin la tukang kemas rumah aku. Mana-mana dia bergerak, semua dia nak capai and masukkan dalam mulut. Aiyaarrrkkk.
- Sangat suke dengan bunyi plastik. Tengah tido pun kadang-kadang boleh terjaga disebabkan bunyi plastik. Korang tgk ar video ni, dia siap goyang-goyang kaki dia lagi... ha boleh gitu?? Selain plastik, pantang nampak surat khabar atau kertas-kertas yang sewaktu dengannya, dia kejar, dia ronyok2 kan pastu dia masuk mulut.
- Jasmin dah start makan solid food. Every day tau… Aku start try solid food untuk Jasmin ni masa dia 5 bulan. Tapi weekend je. Aku tak bagi kat pengasuh pun, walaupun pengasuh Jasmin tu kata dah boleh dah makan bubur kalau dah 4bulan, tapi aku ttp nak Jasmin makan bila dah 6bulan. So start minggu ni, aku dah bekalkan bubur, biskut rusk tu pada pengasuh dia. Sejak test 2hari ni, Jasmin suka sangat makan….huaaaa bagus2. Aku isi kat tupperware kecik, semalam pengasuh tu bagi balek tempat tu…dah abesssss…
- Sekarang ni tak boleh lambat bagi susu pada dia. Kalau dia rasa haus or lapar, dia akan menangis sekuat-kuatnya. Sekuat-kuatnya tau...Sungguh tak penyabar betul. Bila dia dah minum, dia bleh plak senyum2 macam takde apa yang berlaku. Masalahnya dia tak bagi signal pon dia nak susu, alih2 nangis sekuat mungkin. Sampai jadi kelam kabut dibuatnya.
- Haritu mak ngan abah aku (Tok Mak & Tok Bah) Jasmin datang. Lama juga diorang stay umah aku. Parents aku willing nak jaga Jasmin. At first Jasmin nangis gak, tapi dalam 2, 3 jam dia dah bleh get along dengan tok mak n tok bah dia. So aku bagi chance rehat untuk pengasuh Jasmin 4hari… tu cuti berbayar gaji tau, hehehehe…. Sempena Jasmin masuk 6 bulan, tok bah dengan tok mak dia belikan Jasmin walker… haaa Jasmin dah naik walker tau. Semua dia langgar. Nasib tak buat drift jerk… ekekeke
- Jasmin suka tengok tv tau. Kadang-kadang aku saje je la dengki kat dia, aku halang pemandangan dia, dia seboleh-boleh nak alihkan muka dia tgk tv jugak. Kesian dia... kene dengki dengan ibu sendiri.
Hmm Jasmin jangan lupa tau, minggu ni kita pegi check up ye, takpe bulan ni takde jab. Jasmin takyah risau.
Ok la... Happy 6 months old ye cayang ibuuuu
Monday, January 5, 2009
Selamat Tahun Baru 2009

Selamat datang 2009!!
Walaupun agak lewat nak beri ucapan ni, tapi sekurang-kurangnya saya tetap mendoakan kesejahteraan semua. Azam tahun baru nih? Saya ingin jadi yang terbaik dan membuat suatu perkara itu lebih baik dari yang lepas. Maklumla, saya ni pun insan biasa aje. Kadang-kadang di awal tahun azam tu meluap-luap, bila dah kat tengah tahun mula la macam dah tak bersemangat. Kalau buat graf, awal tahun tu manaik je. Tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi mencuba untuk jadi yang terbaik. Terbaik untuk apa?
Adakah saya akan menjadi staff yang baik untuk boss saya?
Bukan saya tidak bertanggungjawab. Tapi saya mungkin terlalu bertanggungjawab sehingga masa weekend saya pun, saya buat kerja di rumah. Kesian pulak melihatkan cik Bunga Jasmin yang kadang-kadang need an attention dari saya. Saya cube untuk menyelesaikan semua perkara. Tapi kadang-kadang orang lain tidak bersimpati akan keadaan saya. Hahahaha... saya bukan meluahkan rasa hati. Saya cume ingin jadi diri saya sendiri. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara sedangkan dalam hati, saya berperang dengan perasaan sendiri. Saya ingin kasih sayang saya balance antara keluarga dan kerjaya saya. Tahun 2008, hampir setiap hari saya ambil Jasmin pukul 7 ptg. Saya keletihan sehingga saya tidak dapat fokus pada keluarga. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk melayan karenah Jasmin pada tahap yang terbaik. Cuma saya akan stress dan menjadikan saya kegemukaaaannnnnnn arghhhhh….
Sekian. Selamat datang 2009!!! Harap-harap kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang bertambah, kesihatan yang baik. Adik buat Jasmin???? Hmmm itu kerja Allah, saya tak berani untuk mengatakan tidak. Cume saya belum bersedia kalau dirujuk pada cerita di atas.
Our Precious Irni Jasmin
Owner of the Blog
- Ibu Jasmin
- Puchong, Selangor, Malaysia
- A super duper wifey to Freelance Photographer, a mommy to Irni Jasmin and as a Statistician by profession. A strong woman who juggles between family and career and may this happiness everlasting Amiin...
Facebook Badge
Labels
- Anniversary (10)
- Award (3)
- Baby's Needs (6)
- Emotional (9)
- Family (32)
- Food (7)
- For Fun (16)
- Friends (2)
- Irni Jasmin (51)
- Learning Process (1)
- Lost n Found (4)
- My Pregnancy (6)
- Office (6)
- Pengasuh Jasmin (5)
- Shopping (8)
- Tag (8)
- Unclassified (3)
- Vacation (7)
Click Click
My Blog List
-
-
Just keep swimming11 years ago
-
-
-
-
Seri hafaz Surah An Nas13 years ago
-
dfgdfsgdsf13 years ago
-
NAK SAMBUNG BLOG PLAK16 years ago
-
-
-
-
-






