10 Januari haritu Jasmin genap 6 bulan. Rasanya aku dah termiss update tentang Jasmin masa dia 5 bulan. So entry ni aku combined je la milestone Jasmin.
- Jasmin dah meniarap sambil move forward dengan aktif nyer. Actually Jasmin dah start move sejak beberapa hari lagi dia masuk 5 bulan. And sekarang ni Jasmin la tukang kemas rumah aku. Mana-mana dia bergerak, semua dia nak capai and masukkan dalam mulut. Aiyaarrrkkk.
- Sangat suke dengan bunyi plastik. Tengah tido pun kadang-kadang boleh terjaga disebabkan bunyi plastik. Korang tgk ar video ni, dia siap goyang-goyang kaki dia lagi... ha boleh gitu?? Selain plastik, pantang nampak surat khabar atau kertas-kertas yang sewaktu dengannya, dia kejar, dia ronyok2 kan pastu dia masuk mulut.
- Jasmin dah start makan solid food. Every day tau… Aku start try solid food untuk Jasmin ni masa dia 5 bulan. Tapi weekend je. Aku tak bagi kat pengasuh pun, walaupun pengasuh Jasmin tu kata dah boleh dah makan bubur kalau dah 4bulan, tapi aku ttp nak Jasmin makan bila dah 6bulan. So start minggu ni, aku dah bekalkan bubur, biskut rusk tu pada pengasuh dia. Sejak test 2hari ni, Jasmin suka sangat makan….huaaaa bagus2. Aku isi kat tupperware kecik, semalam pengasuh tu bagi balek tempat tu…dah abesssss…
- Sekarang ni tak boleh lambat bagi susu pada dia. Kalau dia rasa haus or lapar, dia akan menangis sekuat-kuatnya. Sekuat-kuatnya tau...Sungguh tak penyabar betul. Bila dia dah minum, dia bleh plak senyum2 macam takde apa yang berlaku. Masalahnya dia tak bagi signal pon dia nak susu, alih2 nangis sekuat mungkin. Sampai jadi kelam kabut dibuatnya.
- Haritu mak ngan abah aku (Tok Mak & Tok Bah) Jasmin datang. Lama juga diorang stay umah aku. Parents aku willing nak jaga Jasmin. At first Jasmin nangis gak, tapi dalam 2, 3 jam dia dah bleh get along dengan tok mak n tok bah dia. So aku bagi chance rehat untuk pengasuh Jasmin 4hari… tu cuti berbayar gaji tau, hehehehe…. Sempena Jasmin masuk 6 bulan, tok bah dengan tok mak dia belikan Jasmin walker… haaa Jasmin dah naik walker tau. Semua dia langgar. Nasib tak buat drift jerk… ekekeke
- Jasmin suka tengok tv tau. Kadang-kadang aku saje je la dengki kat dia, aku halang pemandangan dia, dia seboleh-boleh nak alihkan muka dia tgk tv jugak. Kesian dia... kene dengki dengan ibu sendiri.
Hmm Jasmin jangan lupa tau, minggu ni kita pegi check up ye, takpe bulan ni takde jab. Jasmin takyah risau.
Ok la... Happy 6 months old ye cayang ibuuuu








No comments:
Post a Comment