Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat datang 2009!!

Walaupun agak lewat nak beri ucapan ni, tapi sekurang-kurangnya saya tetap mendoakan kesejahteraan semua. Azam tahun baru nih? Saya ingin jadi yang terbaik dan membuat suatu perkara itu lebih baik dari yang lepas. Maklumla, saya ni pun insan biasa aje. Kadang-kadang di awal tahun azam tu meluap-luap, bila dah kat tengah tahun mula la macam dah tak bersemangat. Kalau buat graf, awal tahun tu manaik je. Tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi mencuba untuk jadi yang terbaik. Terbaik untuk apa?
Menjadi ibu yang terbaik kepada Jasmin.
Juga berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk En. Husband.
Menjadi anak dan menantu yang baik.

Adakah saya akan menjadi staff yang baik untuk boss saya?
Saya selalu berharap menjadi staff yang terpantas untuk memberi apa sahaja yang boss saya perlukan. Dan saya selalu cuba lakukan perkara tersebut. Akibatnya, hanya saya seorang sahaja yang buat perkara itu, sehingga kadangkala orang lain mungkin akan melepaskan tanggungjawab mereka. Dan menjadikan boss akan bergantung pada saya. Oleh itu, saya hanya buat mengikut arahan sahaja. Hehehe… ‘Saya yang menurut perintah’ dan buat perkara yang saya rasa layak dengan level saya sebagai E41. Sekiranya perkara yang saya kene pikir melebihi jangkauan jawatan saya, saya akan kemukakan perkara tersebut untuk pihak yang bertanggungjawab memikirkannya. Hahaha... boleh gitu?

Bukan saya tidak bertanggungjawab. Tapi saya mungkin terlalu bertanggungjawab sehingga masa weekend saya pun, saya buat kerja di rumah. Kesian pulak melihatkan cik Bunga Jasmin yang kadang-kadang need an attention dari saya. Saya cube untuk menyelesaikan semua perkara. Tapi kadang-kadang orang lain tidak bersimpati akan keadaan saya. Hahahaha... saya bukan meluahkan rasa hati. Saya cume ingin jadi diri saya sendiri. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara sedangkan dalam hati, saya berperang dengan perasaan sendiri. Saya ingin kasih sayang saya balance antara keluarga dan kerjaya saya. Tahun 2008, hampir setiap hari saya ambil Jasmin pukul 7 ptg. Saya keletihan sehingga saya tidak dapat fokus pada keluarga. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk melayan karenah Jasmin pada tahap yang terbaik. Cuma saya akan stress dan menjadikan saya kegemukaaaannnnnnn arghhhhh….

Sekian. Selamat datang 2009!!! Harap-harap kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang bertambah, kesihatan yang baik. Adik buat Jasmin???? Hmmm itu kerja Allah, saya tak berani untuk mengatakan tidak. Cume saya belum bersedia kalau dirujuk pada cerita di atas.

4 comments:

SuduKarat said...

InsyaAllah.. abang menyokong.. chaiyuk chaiyuk meh ke blog ku lak.. ada cita-cita gak kat sane http://pip-dimana.blogspot.com/ hehe promote sep...

Ibu Jasmin said...

Aduh...sempat lagi tu. Promote promote... jangan tak promote.

Anonymous said...

salam nem,

nk no.fon ko..fon aku rosak n everythin ilang.

kalo xkesah emel kat aku nor_daha@yahoo.com.my

kalo ade lynt n syakin nye skali,pas ar..huhu..tenkiu

daha

Ibu Jasmin said...

Daha,

Aku dah anta email pada ko...ada no syakin n lynt skali....

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker