Friday, January 30, 2009

Melaka - Part 1

Cerita ni dah agak basi dah. End of last year punyer story. Tapi saya tak kira, saya nak post entry ni jugak. Kebetulan saya ada taklimat di Melaka, so ajak la en.Husband and baby Jasmin pegi sekali. Saya rasa Jasmin dah cukup besar untuk dibawa bercuti.

Taklimat saya start hari Ahad dan Isnin, tapi kami bertolak ke Melaka hari Sabtu. Dah la tak booking hotel untuk Sabtu malam tu, bulan doblas dah tentu la org ramai bercuti. Semua hotel yang kami singgah penuh. Last try Mahkota Hotel...nasib baik ada. Tapi saya rasa hotel ni chantek... Kat hotel ni ada banyak wing... one of their wings tu named Jasmine... apa lagi, sempat la si Jasmin ni posing kat situ.




Adui...ada pulak piring terbang kat mulut tu....aisehh turun saham....


Lepas check in hotel tu, kami berjalan-jalan ke shopping mall dekat2 area situ. Mahkota hotel ni betul2 dekat town. So memang best ar. Malam tu plan nak naik eye on Malaysia, since masa mende alah ni kat KL kami tak sempat naik sebab saya pregnant, so gayat tau. Tapi punyela ramai manusia beratur. Terus tak jadi naik. Cukupla bergambar sahaja di salah satu replika.... Jasmin??? Dia la yang paling seronok... ada angin sepoi2 buat Jasmin asyik tergelak2 sebab seronok sangat.



Ibu dan Jasmin bergambar di replika 'eye on malaysia'....
Masa ni mata saya kene jangkitan kuman...huahuahuahua...dalam erti kata lain saya kene 'ketumbit'. Sebab tu nampak mata saya merah dan sepet kan? Macam-macam ajer....
babah dan Jasmin....


Nanti saya akan sambung lagi cerita tentang kami di Melaka.... lepas orang semayang Jumaat ni, boss saya akan ke Kelantan. Yeyeyeye.... srunuknye.... saya boleh balek cepat. Hahaha selalu hari Jumaat adalah hari yang paling susah nak balek awal tau.

2 comments:

DYLA said...

fuyoo, jasmin gi jalan2 mlm.... nnti buh gmbr byk2 nak tgk :)

♥ Mrs. C ♥ said...

Tak pnh lagi pegi Eye On Malaysia... nak kena pi gak la..

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker