Showing posts with label Irni Jasmin. Show all posts
Showing posts with label Irni Jasmin. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Jasmin in high heels

Sejak 2 3 4 5 menjak ni, saya selalu tengok Jasmin selalu rasa diri dia macam dah dewasa sangat. huhu relax la min...min kecik lagi apa. Tapi dia suka sangat bergaya dan tawaf satu rumah dengan memakai high heels yang saya dah tak pakai. Kalau tak dengan high heels, dia heret handbag saya ke hulu ke hilir atau apa2 bag la...dan kadang2 bile time saya make-up, dia pun letak2 tangan dia kat muka macam org pakai compact powder. sweet kan...

Meh layan pics2 Jasmin nih.









Tapi masa first time saya tengok dia pakai high heels ni, takde pon dia terpelecok okehhh.... dia sangat confident dengan gaya dia berjalan... huhuhu kagum kagum... mungkin sebab kaki dia memang muat2 kat hujung kasut. so takde la tersangkut2.



Friday, January 1, 2010

Cutest Baby of the Planet 2009


IRNI JASMIN BT. SUHAIMI
10 JULAI 2008


Saya memulakan penulisan blog di tahun 2010 dengan menyertai contest untuk Jasmin. Contest ni dianjurkan oleh Mom Bloggers Planet which is called as Cutest Baby of the Planet 2009. Kalau ada siapa2 nak join... silakan la sebab contest ni start from 22nd December 2009 to 10th January 2010. So apa lagi? masih sempat untuk join yer...

Nominate your baby now!!!

Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.

  1. Get the best photo of your baby – ONE picture only!
  2. Insert the photo on TOP of your entry. Mention his/her name and date of birth.
  3. Write about this contest with title Cutest Baby of the Planet 2009
  4. Include a link to this nomination page in your entry
  5. Include a link to MomBloggersPlanet in your entry
  6. Put the Cutest Baby of the Planet 2009 BANNER on your sidebar (where I can clearly see) with LINK to this page
  7. Leave a comment here with link to your blog post (permalink)

Please note that the below link must be included:

Link to MomBloggersPlanet in entry: http://mombloggersplanet.com

Link to this nomination page in entry and banner:

http://www.mombloggersplanet.com/2532/cutest-baby-of-the-planet-2009-nominate-your-baby/

Here is the banner for the sidebar.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang contest ini, sila klik



Monday, September 7, 2009

Jasmin kene Chickenpox

Laa... apa sudah jadi dengan saya? Kalau boleh bersawang blog ni, bapak sawang pon ada. huhuhu... lama giler dah saya tak apdet blog saya ni. By the way, Selamat Berpuasa untuk kawan2 yang lain. Dah setengah bulan dah baru saya nak wish. Lately ni banyak benda yang terjadi yang menyebabkan saya memang tak sempat nak apdet blog saya ni (ayat standard nih...). En. Husband pun tanya bila saya nak apdet blog saya. So oleh kerana hari ni saya cuti, al maklum saya kan ikut cuti Selangor skang, maka saya pun rasa nak menaip sumthing dalam blog nih...

Oh ya, saya nak story pasal Jasmin kene chicken pox. Jasmin kene tu dalam bulan Julai stak silap saya. Saya rasa start dari situ saya terus abaikan blog bagai ni and beri fokus pada cik Jasmin ni. Kesian dia. Masa dia kene demam nih, dalam masa yang sama saya pun demam jugak. Adeh lagi la kesian. Saya terpaksa import Tok Mak Jasmin untuk jaga kami yang sedang sakit. huhuhuhu sebab Jasmin tak boleh makan sembarangan. Kebetulan pulak masa tu tengah kritikal betul H1N1. Masa saya demam tu, macam2 dah dalam fikiran saya ni. Saya ingat saya dijangkiti jugak. Ya Allah mintak dijauhkan segala mala petaka tu.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya rasa saya dah buat yang te
rbaik untuk Jasmin. Jasmin masih saya pantangkan telur, ayam, kicap, udang semua la yang mungkin boleh beri impact pada demam chickenpox dia tu.

Masa Jasmin kene, Allah je yang tahu perasaan saya. Sedih sangat, Dia tak larat bangun pun. Sepanjang hari dia tido. Kejap2 badan dia panas.... kejap2 ok, bile malam panas sangat. Rasanya berkejar2 jugak la pegi klinik berhampiran. Saya tak berani bawak pegi Hospital sebab saya takut dan saya yakin dia kene tahan. Bukan saya tak concern akan keadaan Jasmin. Tapi dengan keadaan saya yang demam, siapa nak teman Jasmin kat sana. Doktor pun confirm akan suruh saya pun kuarantin kat umah dulu sebab saya demam. Saya rela susah, asalkan Jasmin depan mata saya. kesian Jasmin. Dia bangun, dia minum susu, pastu dia tido semula. Kalau dia tak tido pun, dia diam je tengok tv sambil belek2 bintik2 yang penuh kat badan dia.....

Mujurlah kami semua dah kene. kalau tak mau terlibat sama....Kalau ikutkan pakai daun bambu, tapi oleh kerana kami ni cetek pengalaman dan tak tau nak cari kat mana daun bambu tu, kami cume pakai tepung ubi kayu je untuk sapu kat badan Jasmin, alhamdulillah la cepat bersih parut2 dia....so inilah wajah2 Jasmin masa selepas beberapa hari kene chicken pox tu.












Thursday, July 23, 2009

Entry Bosan

Bosannye.
So, saya saje je nak upload gamba lama nih.
Gamba time bawak Jasmin jalan-jalan waktu ptg kat dataran Putrajaya...
Seronok datang sini, boleh tengok family yang bawak beskal untuk anak dia main.
Ada family yang bawak racquet (betul ke ejaan ni, saya main blasah je)untuk main badminton dengan anak dia.
Ada yang bawakkan kasut roda untuk anak dia.
Ada budak2 yang main bola kat situ...

Saya? Rasa macam nak bawak laptop untuk buat kerja saya yang berlambak kat situ..... hahahaha.....
Entry ni dibuat semasa kepala saya sesak dengan kerja-kerja opis yang sangat la banyaknya.








Teringat pulak lagu Keluarga Bahgia nyanyian Kumpulan nasyid Saujana dulu2.



Friday, July 10, 2009

Jasmin is already 1 year old

Happy Bezday To You….
Happy Bezday To You….
Happy Bezday to Jasmin….
Happy Bezday to you….

Hari ni genap usia anak kesayangan kami satu tahun. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, Jasmin dapat membesar sehingga ke hari ni (genap usia dia setahun) dalam keadaan yang sihat walafiat. Semoga Jasmin akan terus dipanjangkan usia, diberi kemudahan dalam segala urusan dia, diberi kehidupan yang baik,dimurahkan rezeki dan berjaya dalam kehidupan, InsyaAllah, Amin.

10 Julai 2008 (Khamis)

Kalau ikut pada buku merah saya, hari ni adalah due date untuk bersalinkan Jasmin. Pagi-pagi saya bangun saya masih tak rasa apa-apa sakit atau tanda untuk bersalin. Tapi nurse tpt saya selalu check-up pun dah bagi tau, tak semestinya baby akan bersalin mengikut due. Dan itu adalah normal bila baby lahir terlewat 3 atau 4 hari dari tarikh buku. So saya anggap dan confirm saya akan melalui hari ni seperti hari2 biasa saya. Sebelum saya pegi ofis, saya sempat teguk air zam2. Waktu perjalanan ke ofis saya siap bitau en.Husband, “kalau saya tak bersalin harini, kite time-off pegi J-Card Fiesta kat Equine Park ek???” sempat lagi nak bershopping walaupun dah sarat. Hahahahaha….

Bile saya sampai ofis, Pengarah saya tegur kenapa saya tak bersalin lagi. Saya gelakkan je, saya kata anak saya suke dok dalam perut. Saya pon bukak pc dan buat kerja saya macam biasa. Saya dah prepare tugas2 saya untuk siapa2 yang bakal tanggung kerja saya. Walaupun sebenarnya waktu ni saya dah tade mood nak buat kerja. Hahaha…

Dalam pada saya buat kerja tu saya tiba2 rasa tak selesa. Bila saya bangun, saya nampak kerusi saya basah. Tapi tak banyak, sikit2. Saya terus kompius dannnn kompius lagik. Takkan la saya period… tak lojik betul. Saya pegi toilet, saya tengok takde darah pon,isk isk tapi basah. Pastu ada yang cakap “entah2 air ketuban”… haaa aiseh, saya pon tanya apa patut saya buat… ada yang cakap, takpe lama lagi tu… bila saya call member saya, dia cakap pegi hospital check dulu sbb tu tandanya air ketuban saya leaking (bocor). Saya pon terus call en.Husband, dia pon laju je ambik saya.

Perasaan saya???? uwaaaaaa mesti la takut berdebar becoz saya tak ready untuk melalui proses2 ni. Saya keluar dari ofis pukul 10 pagi. Start 2 minggu yang lepas, semua dokumen booking Hospital, baju dan brg2 baby dah ada dalam kereta. So saya sampai Hospital Putrajaya dalam 10.20 pagi. Dia soal2 saya pasal GL, dan surat booking semua. Then, nurse2 kat situ suruh saya buat urine test. After that, saya memalui proses CTG sebelum saya jumpe dengan doctor. Masa jumpe doctor tu, dia tanya macam2 dan dia buat scan. Pastu berlaku la proses seluk menyeluk… Ya Allah Tuhan je yang tau sakit nyer bile kene seluk tu. Tapi saya tahan je. Then, dia mentioned masih takde bukaan. So, ada antara nurse yang cakap saya boleh discharge. Lepas tu, doctor seluk lagi…arghhhh… tension2 sebab sakit. Pastu doctor cakap membrane saya dah pecah. So saya kene tahan. Doktor cakap saya kene bersalin hari ni. Sebab air ketuban dah leaking, takut apa2 jadi pada baby.

Ya Allah, saya takut giler time tu. Dia suruh saya tukar baju, bukak semua barang kemas. Saya tanya nurse, “saya akan duduk sini sorang ke”? dia kata nanti en.Husband saya masuk. Lega sikit. Bile dah tukar baju, saya Nampak en.Husband masuk. Tengok muka dia ok je. Saya pon jadi ok sket. Dia tepon semua family terdekat yang saya dah masuk labor room. Labor room ye puan2. Saya tak sempat masuk wad pon. Terus je kat Labor room. 10.30 pagi saya dah masuk ke labor room. Saya tak dibenarkan makan dan minum pon. Doctor drip saya. Mujur la saya dah makan nasi kerabu pagi2 masa kat opis. Sempat makan nasi kerabu tu. Pastu saya pun melalui proses CTG sambil berbual2 dengan en.Husband. Sambil minta maaf. Macam raya pulak…hehehe Kemudian dalam pukul 12 tu doctor datang buat pemeriksaan untuk tahu berapa bukaan saya. Baru 1cm. lalu saya pon di induced to speed labour up. Start dari pukul 1 tghari tu saya dah rasa sedikit contraction. Tapi sekejap and saya boleh handle lagi. Pukul 3 ptg doctor check saya lagi. Bukaan baru 2sm. Saya dengar doctor cakap dengan en.Husband yang saya kene bersalin hari ni. If tak boleh cara normal, go for operation. Ya Allah, sepanjang saya atas katil tu, saya doa supaya saya boleh bersalin secara normal. Saya banyak kali tertidur bile saya bangun en.Husband masih ada temankan saya. Lega sangat sebab saya ni kalut sket orangnya. Hahaha…

Bila dah pukul 5 ptg, saya dah rasa contraction saya semakin kuat. Bila doctor check, bukaan baru 3sm. Saya dengar lagi doctor cakap dia beri masa sampai pukul 9 mlm. Kalau tak bersalin, saya kene operation. Saya dah macam lalok2 dah. Sakit, tak larat, semua ada. Saya dengar mak saya dah dalam perjalanan ke KL. Saya harap dia dapat datang cepat. Bile dah pukul 7mlm, en.Husband beri tahu saya yangmak saya, abang saya, kakak ipar saya, anak2 buah saya semua dah kat luar tunggu saya. Saya takde perasaan apa pun sebab saya mengalami contraction yang sangat kuat. Saya ingat start 7.30 mlm tu contraction saya 5 minit sekali. Cuba bayangkan sepanjang dari pukul 10.30 pagi saya kat labor room tu, saya dah dengar berapa ramai dah ibu2 lahirkan anak pada hari yang sama. Dan saya masih mengerang kesakitan….. ussskkk… bila pulak turn saya.

Masa pukul 7.30 mlm, contraction saya makin kuat. Bila doctor check baru 6sm. Saya rasa sakit setiap 5 minit. Saya tengok je jam dinding kat depan. En. Husband pun tah berapa kali panggil nurse sebab dia tengok saya sakit giler. Setiap kali nurse datang dia cakap, “belum lagi nih…. Lagipun ni keliharan yang sulung. Biasanya anak sulung keluar lambat”… huh bila nurse cakap macam tu, lagi la saya mengeluh lama tu sampai bile. Bila dah pukul 8.00 mlm tu saya dah tak tahan. Saya sakit sangat2. Saya sampai genggam tangan en.Husband. Bila dia berdiri dekat dengan saya, saya tarik2 baju dia sebab saya sakit giler. Dia pon banyak kali suruh nurse datang jenguk saya sebab saya dah meneran sehingga berdarah. Kebetulan pada malam tu mmg banyak patient masuk labor room… Nurse cakap dengan husband saya, kalau dia rasa dah nak terberak baru tanda nak bersalin. Bile en.Husband cakap dengan saya, time2 tu jugak saya kata saya nak terberak….hahahaha

Bile doktor cek, dia kata bukaan dah 8cm, dia suruh semua nurse ready untuk kelahiran baby saya. Masa tu mmg saya rasa nak cepat bersalin je sebab sakit giler. Nurse2 kat situ ajar saya macam mana proses meneran yang betul. Bile diorang semua suruh teran, saya teran sekuat hati saya tapi baby belum keluar. Saya meneran kali kedua pun masih belum keluar. Kali ketiga, dah Nampak rambut dia. Doktor panggil en.Husband suruh tengok rambut baby dah Nampak and dia suruh bagi support pada saya supaya saya boleh push kuat2. Saya push sekali lagi tapi tak Berjaya, saya dengar doctor cakap kene vakum. Dengan selamba je saya cakap, “Doktor vakum je lah”…. Pastu saya kene marah dengan doctor. Doktor tu cakap, itu keje saya nak vakum ke tak, awak tu teran je….” Haaa amek ko skali kene marah dengan doctor. Saya macam nak cakap “eh korang tau tak sakit sangat nihhhh….” Oleh kerana geram dengan doctor dan nurse2 tu semua, berbekalkan en.Husband yang support suruh saya meneran, saya terus meneran sekuat hati sampai rasa zuuppppp ada satu bende yang keluar. Panas je rasa….yeyyyy! baby pon kuar.Alhamdulillah…… Syukur banyak2. Tepat jam 8.31 malam saya kini bergelar seorang ibu.

Masa tu saya Nampak en.Husband menitis air mata. Kan en Husband????

Kemudian nurse2 tu bawak baby saya pegi bersihkan dan saya melalui proses jahitan luka. Saya tanya doctor luka saya banyak tak? Dia kata banyak jugak. Mungkin sebab saya meneran sebelum waktunya. Bila saya dapat pegang baby saya sendiri…ya Allah rasa macam tak percaya. Comel sangat…. Bila dah bawa saya pegi wad, baru saya dapat jumpe mak saya, dan mak sempat rasakan Jasmin dengan kurma dan air zam-zam.


So here is my luvly IRNI JASMIN SUHAIMI
Hari Pertama


Hari Kedua



1 bulan



2 bulan







3 bulan


4 bulan





5 bulan


6 bulan


7 bulan

8 bulan

9 bulan



10 bulan


11 bulan


12 bulan



HAPPY BIRTHDAY!!!




Monday, June 8, 2009

Kasut Jasmin Crocs wanabe....

Rentetan dari kami berjalan ke Sunway Pyramid, malam tu saya ajak en.Husband makan2 kat Kampung Baru. Kami pernah ke sini beberapa bulan yang lepas, tapi sebab si Jasmin berak, kami terus balek ke rumah.

So this time kami meneruskan semula niat kami. Best wooo makan ikan bakar…. Nyum nyum… murah pulak tuh. Menu kami malam tu:

Ikan Bakar Caru
Ikan Bakar Pari
Nasi Putih + Petai + Ulam + Telur Masin + Sayur masak lemak + sambal belacan (en.Husband)
Nasi Putih + Sayur kobis + Sambal Belacan + Telur Masin (saya)
Air Sirap Bandung
Air Teh o Ais

= RM18.20 Murahhhh kan?


Tak kesah la kalau korang kata mahal… pada saya murah sebab ikan dia besauuuuuuu tau. Selalu kami makan sampai Rm20 ke atas….

Tapi saya bukan nak cerita pasal tu,masa lepas makan tu kami jalan2 depan tu ada kedai kasut. En.Husband berkenan dengan kasut ni. Dia belikan Jasmin..... korang rasa comel tak... Oleh sebab crocs takde saiz maka belilah yang ala-ala crocs.... Lagipun Jasmin belum pandai jalan, tak payah la pakai kasut mahal2 ponnnn. Kasut ni sepuluh hinggit ajer.... tapi comelll kan?







Friday, May 22, 2009

Langkawi - Part 3

Saya tak sehat semenjak beberapa hari ni. Batuk-batuk, sakit gigi, semua macam-macam ada. Sekarang ni dah semakin sehat sikit. Cume tekak masih blom ok, batuk-batuk.
Pssstttt!!!... eh nak cerita nih, semalam saya dan en.Husband makan tengahhari kat Yus Satay Kajang (Area Bangi). Tengah2 makan tu ada sekumpulan ni masuk ke kedai makan tu. Eh macam kenal ajer…
Rupernyer Zizi, Yazid dan Obri (AF7)… wah terkesima seketika. Tapi aku tak minat diorang ni, kalau Akim ok gaks…. Ekekekeke.

Aku nak story n tepek gambar kami kat Langkawi lagiks… takpelah kalau korang bosan, takyah la tengok ekekeke…. Aku buat ni sebab nak abadikan kenangan kami. Maklumla Jasmin dapat mak bapak yang tak reti nak cuci gambo2 dia. Semuanye dalam computer jer. So dalam blog ni jugakla aku tepek gambo2 supaya bila Jasmin besar nanti dia boleh baca blog ni….. hehehehehe (harapan laaaa ntah2 time tu blogger ni dah terminate akaun aku).
Masa kami nak naik cable car tu, cuaca mendung ajer. Walaupun kat bawah panas, bile sampai atas, angin kuat je. Siap berkabus lagik. Maka harapan en.Husband nak capture dari atas tidak kesampaian. Meman tak nampak apa pun kat atas tu. Putih saje....


Ni minah salleh yang berangan-angan macam pelancong dengan topi dia tu.....



Ini Jasmin buah ati pengerang jantung saya.......



Jasmin dan babah di depan bangunan Langkawi Cable Car


Kami bertiga dalam cable car. Nampak tak Jasmin buat apa tu? dia sibuk tengok2 pelancong luar yang naik satu cable car dengan kami.



Haaa..... nampak tak kabus tu???? tebal kan?


Saya dan Jasmin. Jasmin happy sangat kat atas ni sebab cuaca sangat laaa sejukkkk


Ni pun gambar kami bertiga. Jasmin jugak yang buat spoil.... tengok tempat lain.... susah nak ada gambar yang perfect kami bertiga melihat pada lense yang sama



Aiyaaaarkkk cerita pasal Langkawi tak abes lagiiii laa adeh.... nanti la buat yang last part di Dataran Langkawi.... Aku pulak dah jenuh dah nak tepek gambo. Till meet again.... daaaa







Tuesday, May 19, 2009

Langkawi - Part 2

Okey saya nk continue semula story kami ke Langkawi. Oh ya sebelum tu kan, saya nak bagi tau kereta Nissan sentra yang kami sewa tu bukan 2.8 ye kengkawan…. 1.8 kuang kuang kuang typo error la tuh…. En.Husband dok asik gelakkan saya sebab saya tulis salah dalam blog saya… “ala ni kan blog saya, saya nak tulis 4.8 pon tak salah kan???” hahahaha lojik ke tak ek? sebenarnya bukan apa, dah salah…. Malas nak ngaku salah la tu.

Sepanjang kami ke sana, cuaca tidaklah seperti yang kami sangka. Ku sangka panas ke petang, rupenyer hujan di tengahari. Mendung semacam ajer. Cuaca sejuk je. Tapi tak menarik sangat la nak melancong hujan2 nih. Tambah pulak bawak sikecik Jasmin ini. Bukan leh kene ujan sket, nanti domam…. So masa hari kedua tu, hujan waktu pagi… Actually banyak plan nak buat hari kedua ni. Nak naik Cable Car, nak pegi kilang minyak Gamat, nak pegi Makam Mahsuri, nak pegi Underwater World…. Shopping2 di Ismail Group dan Idaman Suri tu kami nak buat masa hari ketiga.

So masa hujan tu, kami decide ke Underwater World… Bukan nye apa, en.Husband kan dah beli DSLR, so dia nak meningkatkan ilmu fotografi nyer. Muahahahahah…. Kengkonon nak amek gambar haiwan2 dalam Underwater world tu la tu.



Saya dan Jasmin...

eh... ni dalam terowong. Atas kepala kami tu ada ikan pari yang mega besar...


Jasmin dan babah... Jasmin masa ni takde mood dah.



Ni la antara gambar-gambar yang en.Husband hasilkan. Chanteq tak???







* Credit to en.Husband on his pictures

Tapi yang paling saya seronok, kat sini saya telah berjaya mebuat aksi stunt okayyy. Tak sangka saya mempunyai keberanian tahap gaban. Hahahaha... tapi serius kagum sebab ramai yang berani mencuba. Saya mengambil gambar dengan ular tau.... cube korang tengok nih... en.Husband pon tak berani amek gambar dengan ular. Ular ni jinak, tapi mana la tau time sejuk2 tu dia jadi panas plak.... auwww tak nak ingat la...











Ni la ular yang saya pegang tu.....

Okeyla, nanti sambung lagik. Nak buat keje sket.





Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker