Monday, September 7, 2009

Jasmin kene Chickenpox

Laa... apa sudah jadi dengan saya? Kalau boleh bersawang blog ni, bapak sawang pon ada. huhuhu... lama giler dah saya tak apdet blog saya ni. By the way, Selamat Berpuasa untuk kawan2 yang lain. Dah setengah bulan dah baru saya nak wish. Lately ni banyak benda yang terjadi yang menyebabkan saya memang tak sempat nak apdet blog saya ni (ayat standard nih...). En. Husband pun tanya bila saya nak apdet blog saya. So oleh kerana hari ni saya cuti, al maklum saya kan ikut cuti Selangor skang, maka saya pun rasa nak menaip sumthing dalam blog nih...

Oh ya, saya nak story pasal Jasmin kene chicken pox. Jasmin kene tu dalam bulan Julai stak silap saya. Saya rasa start dari situ saya terus abaikan blog bagai ni and beri fokus pada cik Jasmin ni. Kesian dia. Masa dia kene demam nih, dalam masa yang sama saya pun demam jugak. Adeh lagi la kesian. Saya terpaksa import Tok Mak Jasmin untuk jaga kami yang sedang sakit. huhuhuhu sebab Jasmin tak boleh makan sembarangan. Kebetulan pulak masa tu tengah kritikal betul H1N1. Masa saya demam tu, macam2 dah dalam fikiran saya ni. Saya ingat saya dijangkiti jugak. Ya Allah mintak dijauhkan segala mala petaka tu.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini saya rasa saya dah buat yang te
rbaik untuk Jasmin. Jasmin masih saya pantangkan telur, ayam, kicap, udang semua la yang mungkin boleh beri impact pada demam chickenpox dia tu.

Masa Jasmin kene, Allah je yang tahu perasaan saya. Sedih sangat, Dia tak larat bangun pun. Sepanjang hari dia tido. Kejap2 badan dia panas.... kejap2 ok, bile malam panas sangat. Rasanya berkejar2 jugak la pegi klinik berhampiran. Saya tak berani bawak pegi Hospital sebab saya takut dan saya yakin dia kene tahan. Bukan saya tak concern akan keadaan Jasmin. Tapi dengan keadaan saya yang demam, siapa nak teman Jasmin kat sana. Doktor pun confirm akan suruh saya pun kuarantin kat umah dulu sebab saya demam. Saya rela susah, asalkan Jasmin depan mata saya. kesian Jasmin. Dia bangun, dia minum susu, pastu dia tido semula. Kalau dia tak tido pun, dia diam je tengok tv sambil belek2 bintik2 yang penuh kat badan dia.....

Mujurlah kami semua dah kene. kalau tak mau terlibat sama....Kalau ikutkan pakai daun bambu, tapi oleh kerana kami ni cetek pengalaman dan tak tau nak cari kat mana daun bambu tu, kami cume pakai tepung ubi kayu je untuk sapu kat badan Jasmin, alhamdulillah la cepat bersih parut2 dia....so inilah wajah2 Jasmin masa selepas beberapa hari kene chicken pox tu.












4 comments:

Anonymous said...

alahai jasmin.. da besar da die..

Ibu Jasmin said...

Jasmin jasmin.......syiann jasmin

ummi alya said...

name, daun bambu mmg bagus tau..dlu alya kene ruam satu bdn tu aku mandiakn dia dgn daun bambu..igt nk tanam gak tp celah mane nk carik..hehehe..umah org india yg selalu tanam..

jg jasmin elok2 k...

hang_lipur said...

siannyerr jasmin... uzzam&nina tak kena2 lagi chicken pox.. pernah skali nina badan merah2, nadey igtkan chicken pox. jmp doc, dia kata tu allergic jer... so take lagik experience kene chicken pox nie.. huhuhu

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker