Wednesday, July 16, 2008

Hari-hari Berpantang...



Salam, mie lagi disini.. anim tidak dibenarkan membaca buat masa ni.. 'pantang' membaca blog, wehehehe
Harini masuk hari ke 6 baby kami lahir ke dunia.. smalam nurse datang kerumah check ibu n baby, baby ada 'kuning' then petang kene refer ke clinic n resultnya Total Bilirubin= 11.30, kadar yang agak membimbangkan. Biasanya normal just 5-6 je.. Macam- macam petua kami buat, bg air anggur hijau, mandikan dengan air rebusan pucuk belimbing besi, jemur sket kat panas.. dan harini pergi check lagi dah turun ke 9.4... wow.. nampaknya boleh pakai gak petua-petua ni. nurse kata jarang turun banyak camtuh... alamak ku dah off topic lak..

Sebenarnya nih ayat sume dari anim, jadi typist je nih... erm.. berpantang agak kekok sket la..
makn kene kawal.. erm beshnya klu dapat minum air oren sejuk.. hihi. Susu badan agak kurang, bila nurse tanya kelentong je cakap bg susu badan, padahal minum susu formula je.. Malam tadi kami kena dera ngn Jasmin dari jam 2 am till 430 am, dia taknak tdo la pulak.. terpaksa la melayan Jasmin nih.. mungkin dia sejuk dalam aircond.
Time berurut tradisional lak ngn 'Mak Esah', hihi kampung je nama die asal la namenye tak Johanis Esah ke.. hehhehe.. skali berurut cakap punye la 'ramai' mulut 7-e kot., 24 jam tanpa henti.. Bidan nih kene gak berpantang cakap nih... apa benda namenye tuh.. ubat serbuk yang kuning tuh (param).. btul ke tak, ntah la.. yang penting abis seluruh badan kene tepek benda alah tuh, bau mmg la besh mengalah perfume truestar. Mie kata aku dah macm orang asli atas pokok tuh ngn 'pilis' kat dahi... K la.. stop kat sini lu.. upload sket lagi gambar Irni Jasmin..



Saturday, July 12, 2008

Kelahiran Pertama

Salam, mie disini owner (anim) tak dapat updated blog nih harini... so aku membantu untuk masukkan gambar my first baby girl. So kalau tak cantik complaint kat anim... Gambar yang cantik-cantik belum sempat dihasilkan lagi... so ni je yg ade k. yang lain akan di updated kan lagi ye....

Nama : Irni Jasmin binti Suhaimi
Jantina : Perempuan
DOB : 10 Julai 2008 jam 8.31 malam
Tempat Lahir : Hospital Putrajaya, Wad bersalin No. 8, Wad 2B 01
Berat : 2.86 kg






Wednesday, July 9, 2008

Small Gathering

Tarikh : 6 Julai 2008 (Ahad)
Masa : Pagi...
Tempat : Rumah aku yang diserbu...
Terharu sebab ada rakan2 yang sudi datang menjenguk aku sebelum aku bersalin. Aku ni sebenarnya bukanlah dikategorikan sakit, tapi saje diorang ni sebok2 nak sepahkan umah aku, hehehe... Planned asal, gathering ni nak diadakan di rumah Puan Intan payung, tapi dek kerana ada masalah2 yang tidak dapat dielakkan, maka planned tu tergendala. Tah bile akan dicontinue semula projek tu. Tapi memang kadang2 kalau kite merancang, belum tentu apa yang dirancang tu jadi... small gath kat umah aku ni pon bukan jugak dirancang. Semua nyer berlaku tak disengajakan. Tibe2 je Ibu Azlynt n Mama Syakin nak datang, so ajak la minah oversea SueMail tu datang skali. Lama dah tak jumpe, kot la dah tak kenal orang2 kat Malaysia ni...Alhamdulillah Sue masih kenal aku ngan lain2...ekekeke
Suke sebab dapat jumpe dengan anak masing2. Kecuali SueMail yang hanya bawak anak tekak dan anak mata... pastu tak sudah2 nak sibuk2 jaga anak orang. Kalau korang tgk pics kat bawah tu, SueMail tu sebok2 je pegang Raziq (anak Lynt). Best gak tengok gelagat Farah Amira (anak Syakin). Bukan main ligat lagi, ke sana ke mari dengan tupperware hitam yang telah dicapai dari dapur aku. Hehehe serunut2... Rumah aku dah ala-ala Nursery je. Cume tak cukup bekalan permainan untuk mereka. Maklumlah aku belum ada anak, mesti anak-anak diorang ni bosan je datang rumah aku sebab takde apa yang boleh dimain...



Keceriaan di wajah masing-masing jelas terpancar. Diorang ni suke sebab dapat datang jumpe aku. Selagi tak jumpe aku, masing2 takleh tido malam kan?? aku tauuuu.....
Ni la Lynt dengan anaknya Raziq... sedondon warna merah

Ni pulak Fara Amira...sambil memegang beg THOMAS Raziq..(Thomas ye Lynt, bukan Thompson)... hehehe...

*Edit* - Oh ya, lupa nak ucapkan TERIMA KASIH untuk husband tersayang kerana sudi menyediakan hidangan sarapan pagi (Nasi Lemak wallaaaa....) pada diorang yang datang bawak perut kosong tu. Hehehehe... sebab nak harapkan aku yang memang tak pandai masak ni, harapan laa jadinya. Kesedapannya terserlah bila Lynt makan bertambah 3 kali, pastu siap makan dengan ganas sampai berterabur nasi atas kepala anak dia, Lynt.....Lynt..... :P SueMail je yang kontrol makan. Nak diet la tu... tapi SueMail dah kurus dah sejak dok London... Syakin plak tengah2 makan bleh berkejar2 ngan anak dia sbb sambil memberi makan pada anak dia.

Friday, July 4, 2008

Masih Di Ofis...

Huhuhu aku masih belum deliver lagi. Hari ni genap usia kandungan aku 39 minggu 2 hari. Dan yang menariknya, aku masih lagi bekerja seperti biasa. Menarik ke? Bukan menarik, bukan juga sebab aku seorang workaholic, tapi memang banyak lagi tugasan yang aku perlu selesaikan. In fact, aku bukanlah orang yang simply2 lepas tangan. And I know even people around me will never know how to do my tasks. Sebab terlalu complicated sangat. Sampai kadang2 aku pon tatau apa bende yang aku buat. Hah boleh gitu??

Actually, aku dah tak larat pon nak duduk kat ofis ni. Letih sangat. tapi kalau aku amek cuti, while my husband kerja, lagila aku takut duduk kat rumah. Buatnya aku tetibe nak bersalin, nak tunggu dia datang ofis, mau tempat lahir anak aku dalam rumah. Isk Nauzubillah... so takpela, aku datang jugak ofis. Boleh la aku selesaikan kerja2 aku dengan kadar yang tidak produktif langsung.

Seriously, datang ofis ni boleh jadikan aku stress. I'm so tired to answer all tat kindof silly question, "eh u masih ada lagi, ingat dah deliver", "eh ni kan dah bulan 7, awak due bulan 7 kan?" tak ke korang rasa ngok ngek soalan tu, dah aku datang ofis, mestilah aku belum deliver lagiks. Ape la... semua tu buat aku stressed. Lain kali aku letak signboard kat badan aku. Due: 10 Julai 2008. hehehe... Kalau cepat dalam minggu ni la. Kalau tak, tunggu jelah... baby aku seronok kot duduk dalam perut aku ni.

Sakit? ntah, 2hari yg lepas, aku de jugak rasa saket. Tapi dah hilang dah, yelah aku pon bukan tau cemana yang dimaksudkan dengan contraction tu. Cume yang aku tau aku susah sangat tido malam. Kadang2 terjaga pagi2. Risau, resah... macam2 lagilah rasa tu datang. Kalau tido, nak gerak ke kiri dan ke kanan tu pun susah. Tak sabar rasanya nak deliver my baby ni. Takut, teruja... mcm2 lagila.

Doakan aku ngan baby aku selamat yer.

Wednesday, July 2, 2008

Resah Gelisah

Hahaha... skang ni pukul 4.40 pagi... tadi aku dah terjaga sejak pukul 3.50 pagi. Mata aku tetibe terkebil2. Aiyaaaa takleh tido la pulak. Selalu aku bangun gi toilet, pastu leh tido balek. Arini macam ada sumthing plak, mata aku takleh nak tertutup... uwaaa boringnyer bangun di awal pagi ni, nanti kat opis aku penat n ngantuk. Apa ek peraaan aku skang nih, resah ajer. Eh, belum masanya nak bersalin lagi kot. Aku lom rasa sakit2 lagi. Cume perasaan resah jer. Takut la tu kot... hehehehe...

Aku tengah pikir apa lagi kerja yang belum aku serahkan pada staff2 aku. Kalau bleh malas ar nak layan sangat panggilan2 tepon slama 2 bulan nanti... isk tak baik plak, tu yang kalau bleh nak serah siap2. 

Bosan la pulak... Malas nak pikir pasal keje. Pagi nanti je aku pikirkan. Aku nak try sambung tido semula laaa... sempat lagi nih.... huarghhhh... zzzz

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker