Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja

Kawan-kawan...

Selamat Hari Pekerja yer untuk korang yang mempunyai majikan....huhuhu

Mesti korang semua suka bile dapat bercoti-coti Malaysia di rumah atau mungkin berjalan-jalan di serata Malaysia atau dunia...huhuhu seronoknya kan?

Saya pulak??

Yeee... Sungguh menyeronokkan sebab saya menghabiskan cuti hari pekerja saya di OFISSS... di opis ye korang....hukhukhukhuk. Ada award untuk Anugerah Pekerja Cemerlang,sila bagi pada saya ye sebab saya memang yakin bahawa saya sangat sesuai untuk dianugerahkan title tersebut.

Sampai ati boss saya suruh saya datang opis siapkan keje saya. Hanya semata-mata saya nak bercuti Isnin dan Selasa ini.....

uwa....... kenapa dia yang jadik boss saya? kenapa dia tak jadik boss korangggg????




Wednesday, April 22, 2009

Weekend yang bizi


Ini adalah weekend saya yang tersangat la hectic, okay… kenapa? Sebab saya kene bekerja di hujung minggu saya. Tension kan? Iyer saya sangat la tension sebab saya terlalu penat…. Penat giler.

Jumaat petang saya fly ke Kota Bahru Kelantan sebab saya ada Taklimat di New Pacific Hotel pada hari Sabtu ye puan-puan… Sabtu itu sepatutnya masa yang saya spend untuk diri saya dan keluarga saya. Dalam tentatif sepatutnya program berlangsung sepanjang sabtu so saya tempah tiket balek pada hari ahad pagi. Tapi oleh kerana program dipercepatkan sehingga seawal jam 2ptg sudah pun selesai. So saya membuat penukaran tiket pada jam 4.50ptg sabtu.

Kenapa saya bergegas balek sedangkan saya boleh beramah mesra dengan makcik2 di pasar siti khadijah dan wakaf che yeh? Tapi sebab saya perlu siapkan slide presentation saya untuk taklimat di Muar pula ye puan-puan. Hari ahad pagi tu saya kene bertolak ke Muar pulak sebab taklimat saya pada hari isnin dan selasa. Saya dan team perlu pastikan semua program berjalan dengan lancar. Kami siap buat mock presentation jam 11 malam hari ahad tu.

Cuma untuk tidak membuatkan saya rindu bangat sama Jasmin, saya pujuk supaya en.Husband EL pada hari Isnin tu supaya mereka dapat ikut saya ke Traders Hotel Muar. Saya pon tak paham nape urusetia nak buat kat Muar. Lainla buat kat Terengganu ke....hehehehe leh gak tangkap sehelai dua batik di sana.

Uhhh penatnye minggu ini… saya menci betul bila tak dapat ke Pureen warehouse sales itu. Saya tunggu Jcard Day pulak laaa....

Thursday, April 9, 2009

Sempurna



Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu


Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu


Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna


Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna

Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna..


Layan blues jap... harini saya rasa down giler kat ofis, ala-ala server down dah otak saya. Tension!! saya benci bile orang rasa diri dia bagus sangat. Padahal takde la bagus sangat mana pun. Cume pandai klentong dengan orang je. maka orang pon mudah sangat terpesona dengan kata-kata dia yang macam bagus.... ahhh malas betul la keje kat tempat macam nih. Tak bagus untuk kesihatan diri saya.



Monday, January 5, 2009

Selamat Tahun Baru 2009



Selamat datang 2009!!

Walaupun agak lewat nak beri ucapan ni, tapi sekurang-kurangnya saya tetap mendoakan kesejahteraan semua. Azam tahun baru nih? Saya ingin jadi yang terbaik dan membuat suatu perkara itu lebih baik dari yang lepas. Maklumla, saya ni pun insan biasa aje. Kadang-kadang di awal tahun azam tu meluap-luap, bila dah kat tengah tahun mula la macam dah tak bersemangat. Kalau buat graf, awal tahun tu manaik je. Tapi sekurang-kurangnya saya masih lagi mencuba untuk jadi yang terbaik. Terbaik untuk apa?
Menjadi ibu yang terbaik kepada Jasmin.
Juga berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik untuk En. Husband.
Menjadi anak dan menantu yang baik.

Adakah saya akan menjadi staff yang baik untuk boss saya?
Saya selalu berharap menjadi staff yang terpantas untuk memberi apa sahaja yang boss saya perlukan. Dan saya selalu cuba lakukan perkara tersebut. Akibatnya, hanya saya seorang sahaja yang buat perkara itu, sehingga kadangkala orang lain mungkin akan melepaskan tanggungjawab mereka. Dan menjadikan boss akan bergantung pada saya. Oleh itu, saya hanya buat mengikut arahan sahaja. Hehehe… ‘Saya yang menurut perintah’ dan buat perkara yang saya rasa layak dengan level saya sebagai E41. Sekiranya perkara yang saya kene pikir melebihi jangkauan jawatan saya, saya akan kemukakan perkara tersebut untuk pihak yang bertanggungjawab memikirkannya. Hahaha... boleh gitu?

Bukan saya tidak bertanggungjawab. Tapi saya mungkin terlalu bertanggungjawab sehingga masa weekend saya pun, saya buat kerja di rumah. Kesian pulak melihatkan cik Bunga Jasmin yang kadang-kadang need an attention dari saya. Saya cube untuk menyelesaikan semua perkara. Tapi kadang-kadang orang lain tidak bersimpati akan keadaan saya. Hahahaha... saya bukan meluahkan rasa hati. Saya cume ingin jadi diri saya sendiri. Saya tidak mahu melakukan sesuatu perkara sedangkan dalam hati, saya berperang dengan perasaan sendiri. Saya ingin kasih sayang saya balance antara keluarga dan kerjaya saya. Tahun 2008, hampir setiap hari saya ambil Jasmin pukul 7 ptg. Saya keletihan sehingga saya tidak dapat fokus pada keluarga. Tapi saya cuba sedaya upaya untuk melayan karenah Jasmin pada tahap yang terbaik. Cuma saya akan stress dan menjadikan saya kegemukaaaannnnnnn arghhhhh….

Sekian. Selamat datang 2009!!! Harap-harap kami sekeluarga dilimpahi rezeki yang bertambah, kesihatan yang baik. Adik buat Jasmin???? Hmmm itu kerja Allah, saya tak berani untuk mengatakan tidak. Cume saya belum bersedia kalau dirujuk pada cerita di atas.

Friday, October 31, 2008

Things To Do...

Things To Do…

Dealing with IT Division

- Changing the response rate in MDT 2009 system (Follow the new F2) – highlight when discuss with IT Division - Settle
- Make sure all the clean data that received form state is the complete data together with the company’s name – Follow up with IT Division whether the have settled the case or not? - Settle
- Re-Design template for table checking in the existing system (Improve template yang lama) - Settle
- Think about other template to simplify boss on checking the data since he said that my sistem is not really functioning to him. Sejak bile la jadi sistem aku. Aku baru 3 tahun kat sini….isk isk isk – Ilham tak datang lagi. So tak wat pon lagi. Sbb boss put on high expectations pada sistem nih
- Check all de blow up and weighted in de system. – tak sentuh lagi

*Semua-semua ni kene bawak masa meeting dengan BTM.

Dealing with Methodology Divison

- Discuss with Nor on blow population (based on explaination by Methodology Division) – tak sentuh lagi
- Re-check other company in other sources to be included in the next year sample selection. – in progress
- List out all the in-active cases to be sent to Kak Tini, so if there is any replacement, they will do it quickly. – in progress

*Semua ni pon kene prepare before meeting.

Dealing with my staff

- Check their work on profiling the MDT company (year to year basis) and (month to month basis) – in progress
- Planning chart for our section need to be checked.- Keje dah banyak tak ikut planned!! Menci…menci…
- Make sure they finish up all the profiling for 3rd quarter before 5th November becoz I need to re-checked their task before sending to my boss – keep remind them. And now they are busy on finish it all. Good job guys!!
- Always remind them regarding data for index section. Becoz I have to send the data on 6th November. – in progress
- List out all the index cases which is already in-active and send it to Boss… - Dah ada tinggal nak finalize je lagi.
- National Acct Divison also ask for our data before 10th Nov.So be prepared!!

Dealing with Data Request

- Request form MPC. – Tak wat lagi

Publication

- untuk 3rd quarter … data kene published on 19th Nov…. nampak gaya macam slalu kene stay back dalam masa nak come out publication. Silap2 weekend pon kene angkut cik Jasmin skali ke opis…

Semua-semua ni kene buat. Nak setup meeting dengan diorang2 sume...Hari-hari boss aku tanya keje2 aku. But at the same time, hari2 dia bagi aku kerja. So macam mana la aku nak siapkan keje2 aku ni kalau banyak sangat keje dalam hidup aku….uwaaaa aku tertekan sangat harini. Sebab boss seksyen indeks datang jumpe aku (dalam gaya marah pulak tu) nak data indeks. Sedangkan I’ve been informed by my boss that I have to prepare the data on 6th Nov… aku paling tak suke keje yang x systematic ni. Bagi la aku date yg betul2. Pastu keje biar ada black n white. Kejap kene bagi harini kejap 6hb…eee aku boleh jadi giler cenggini.

Jasmin dan en. Husband… tolong saya…. saya amat stressed!!! En. Husband, lipat baju pukul 3 pagi mungkin akan jadi amalan saya. Sebab saya perlu melayan karenah cik bunga jasmin sebelum dia tido. Waktu dia tido, waktu tu saya pon tertido sama. So saya kene bangun untuk lipat baju. Sebab saya takut masuk guiness book of records yang baju family kite yang tak berlipat setinggi gunung everest… hehehehe…

Monday, October 20, 2008

Lucunyer Minit Mesyuarat nih....

Oh ya, cerita ni dah lama aku nak story mory dalam blog aku nih, tapi disebabkan alasan yang dah seringkali aku bagi iaitu bizi, maka cerita ini melayang-layang la di angkasa lepas. Bukan apa, aku nak story pasal Minit Mesyuarat kat opis aku nih. First day aku naik ofis after confinement day tu, ofis aku ada buat meeting. Aku pon kene la attend. Masa dalam meeting tu of coz kite diberi minit mesyuarat untuk meeting yg lepas so then, have to check samada ada pindaan yang perlu dibuat atau pon tak. Masa aku dalam meeting tu, ada la beberapa staff yang tegur, "eh nama anak cik anem(walaupon dah kawen, diorang mmg xreti nak ubah gelaran aku kpd puan...) sedap la.. Irni Jasmin". Aku pon senyum je la. Tapi dalam ati pelik macam mana diorang boleh tau. Sebab aku takde la menghebahkan sangat nama anak aku nih.

So, masa meeting tu pon Pengarah ucapkan Tahniah pada aku sbb baru dapat baby...bla bla aku pon saje sambil dengar pengarah bercakap sambil minit mesyuarat yang lepas, almaklum 2 bulan cuti banyak yang aku terlepas berita2 kat opis nih. Selak punye selak page, jeng jeng jeng... ternampak la mende alah nih,



La... sape la yang nulis minit nih... terasa ada sedikit ke'poyo'an sbb sebelum2 ni kalau ada yang bersalin dalam opis pon, diorang just mentioned ucapan tahniah pada pegawai/kakitangan tu atas kelahiran anak. That's it. Tapi lain plak dengan kelahiran cik Jasmin nih... siap masuk nama dia sekali. Huhuhuhu.... kat sini aku paste kan skali minit2 mesyuarat yang lepas if ada staff yang melahirkan anak ataupun staff lelaki yang dapat anak....








Haaaaa... takde nama anak kan? isk isk isk.... cik Jasmin ni kuat enterframe daa... sampai dalam minit mesyuarat opis ibu pon dia nak enterframe jugak... anak... anak...

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker