Hari ni usia baby Jasmin 51 hari. Alhamdulillah aku rasa Jasmin diberi kesihatan yang baik dalam jagaan aku & family sepanjang tempoh berpantang sampai la aku balik ke KL ni. Cume haritu masa usia Jasmin sebulan, dia macam hampir terkena selsema, tapi Jasmin boleh survive. Selsema biasa sahaja. Takla sampai dia tak boleh tido malam. Dalam 2 hari je Jasmin dah ok semula. Mungkin terkene jangkitan Tok Bah dan Tok Mak dia (almaklum musim buah-buahan).
Masa Jasmin sebulan haritu, berat Jasmin 3.76kg, tinggi 53cm dan ukur lilit kepala 37cm. Sekarang ni tak taula, yang penting kalau aku dukung Jasmin, terasa lenguh jugak. hehehehe...so lepas ni continue lagi la check-up kat Klinik Kesihatan Pulau Meranti tu. Dulu aku pegi untuk check kandungan aku, skarang ni check baby Jasmin pulak.
I'm not sure samada Jasmin ni dah nampak clear dengan persekitarannya atau pun tak, yang penting dia akan tengok je aku bila aku bebual dengan dia. Even kalau aku sambil berjalan ke kiri ke kanan dia pun, Jasmin akan tengok ke mana je aku bergerak dan sesekali kalau diagah, Jasmin akan senyum dan ketawa. Sumtimes, Jasmin akan balas senyuman kalau kita senyum pada dia. Bile aku pegang tangan Jasmin, dia dah pandai genggam jari aku. Especially time mandikan Jasmin, dia akan berpaut dengan kuat kat lengan aku. Jasmin suke sangat bile berendam dalam air. Mandikan dia lama-lama pon takpe, sebab dia suka... tapi bile angkat je dari air, pastu nak pakaikan dia baju, dia punye menangis...tak agak2... mcm budak kene dera je aku nengok. Maybe dia lapar kot. Sebab aku akan mandikan Jasmin straight lepas je dia bangun pagi. Tapi sejak aku kat KL ni, sebelum aku mandikan dia aku bf dia dulu dalam 20 minit. Bila aku pakaikan baju lepas mandi, Jasmin dah tak menangis lagi. Sempat la aku buat urutan mcm dalam tv tu dengan menggunakan minyak baby Johnsons...
Leher dan kaki Jasmin memang kuat. Kadang2 masa mandikan Jasmin ni, dia dah boleh tegakkan kepala dia sendiri. Kalau Jasmin tengah marah pulak, dia akan luruskan dan tegakkan kaki dia... satu perangai Jasmin ni, dia paling tak suke dibedung. Marah betulla tu... sekuat-kuat tenaga dia akan cube lepaskan tangan dia dari balutan bedung tu. Sampai merah2 muka dibuatnye. Kalau tak dapat lepaskan.... nangis... aduh gadis betulla anak aku ni.
Anyway, aku letak gamba baby Jasmin yang aku sempat snap pagi tadi lepas aku mandikan dia....chiow...











No comments:
Post a Comment