Tuesday, March 17, 2009

Tag by Zamose

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya (malangkah daku?), silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.
Saya telah di tag oleh Pn. Zahidah

1. Saya dilahirkan di Hospital Wilayah Persekutuan Labuan. Tapi ic saya -12- , bukan -15-, sebab masa saya buat i.c ni WPLabuan masih di bawah Sabah.

2. Plat kereta saya SL9988. Ramai orang yang tanya saya kenapa plat kereta saya bermula dengan SL, diorang ingat saya orang Singapore. No tu chanteq kan?. SL (Sabah Labuan kot). Tapi boleh jadi S untuk Sembilan dan L untuk Lapan. Perasan tak yang no kereta saya hanya mengandungi 2 nombor tu sahaja.... kebetulan....

3. Saya bertunang pada 1 Mei 2006
Saya berkahwin pada 25 Mei 2007
Saya melahirkan Irni Jasmin pada 10 Julai 2008

4. Satu fakta yang saya selalu beritau orang ramai yang saya tak berapa pandai memasak. Tambahan pula en.Husband sangat terer memasak, maka saya naik lemak untuk selalu excuse memasak....hahahaha

5. Saya selalu mempunyai azam nak kemas rumah dengan sekemas-kemasnya dan menukar atur perabot2 supaya nampak ada perbezaan dengan sebelumnya. Tapi bila saya berkemas, Jasmin ikut berkemas, saya terus ajak en.Husband dan Jasmin keluar....

6. Saya ni cepat marah n moody. Tapi dengan orang2 lain saya boleh kontrol (dalam erti kata lain hipokrit aaa), biasanya en.Husband adalah tempat saya luahkan marah saya tu.

7. Masa saya blajar kat Kolej Tungku Ampuan Mariam (KTAM) saya paling tak pandai mandi dekat kolah besar berkemban. Saya rela beratur panjang and tadah air untuk mandi kat bilik air. Mungkin saya takut kain berkemban saya terlucut kot. (pernah experience nampak senior punye kain kemban terlucut...opsss!!!!)

8. Masa blaja kat KTAM gaks, kami se dorm pernah diganggu dengan sex maniac. Berdiri kat belakang dorm pakai helmet sambil membuat aksi tidak senonoh. Huh macam ni punya manusia patut campak dalam Laut China Selatan je

9. Fakta yang saya selalu beritahu, saya adalah seorang yang kuat berjalan dan bershopping. Hahaha….

10. Saya ada tanda lahir di pipi sebelah kanan. Saya masih belum jumpa tanda lahir Jasmin lagi.

11. en.Husband tak pernah nak bawakkan handbag saya macam couple2 lain. Dia kata, betapa tak macho nye bile seorang lelaki tu bawakkan handbag makwe dia. Hehehe tu kes ego la tu.

12. Saya adalah seorang yang tidak gemar memakai barang kemas. Good for en.Husband kan? Kalau tak mesti rabak kocek seluar dia kalau saya slalu ajak dia masuk kedai emas. Sejak berkahwin saya hanya memakai gelang kahwin saya. Itu pun terpaksa, takut orang kata en.Husband tak mampu nak belikan saya barang kemas.

13. Nak tau, cincin risik dan cincin tunang saya sudahpun TIDAK MUAT!!!!

14. Saya dan en.Husband mempunyai cita-cita dan impian yang sama untuk meningkatkan taraf kehidupan kami.

15. Saya kini mempunyai 3 orang anak saudara:
1.Muhammad Aiman Haziq
2.Nayli Alani Hurin
3.Muhammad Danish Rayyan

16. Fakta: Saya kini telah gemuks berbanding zaman belajar saya....

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Our Precious Irni Jasmin

Our Love Story

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker