Jasmin dah semakin lasak. Sangat la aktif sampai en.Husband kata dia ni acti-5. Saya rasa takda sesaat pun yang dia boleh duduk diam sambil tengok tv ke. Ada je aktiviti mengemas dia. Kalau bukan kat living hall, dia berkemas dalam bilik tidur kami. Ahhhh.... anakku Jasmin... melainkan dia tidur baru saya boleh tarik nafas. Tapi saya bersyukur dikurniakan baby sebijak dan seaktif Jasmin. Walaupun penat sikit tapi better than dia jadi passive je kan.
Jasmin dah boleh merangkak. Start usia dia masuk 7 bulan je, dia dah mula merangkak. Tapi dalam pada dia merangkak tu berapa banyak kali dia jatuh sujud ke bumi... harusla menangis. Tapi bagus...tak pernah patah semangat. Kadang-kadang, tengah tidur bile terjaga pon boleh merangkak datang kat saya, tapi mata tutup. Klaka kan???? Ye saya selalu gelakkan Jasmin.
Sekarang ni Jasmin dalam proses nak belajar berdiri dan berjalan sambil memaut pada kerusi. Tengok aksi dia dalam video nih....
Jasmin dah tau kalau kami bersiap, dan saya dah siap bertudung, confirm dia akan merangkak dan datang ke kaki kami supaya angkat dia dan bawak dia skali. Biasanya kalau pagi nak pegi kerja tu memang macam tu la Jasmin.
Jasmin sangat suka berhibur di luar. Jangan salah paham maksud saya ye... (dia suka dibawa berjalan-jalan. Macam saya kan???) Dia mesti mudah tersenyum dan gumbira riang ria. Kalau dalam rumah, Jasmin kuat bergaduh dengan saya. Klaka kan???.... dia suka buat benda yang saya tak bagi dia buat. Contohnya masukkan wayar dalam mulut dia. Saya akan marah (tapi apalah yang cik Jasmin tu paham...). Maka en. Husband je la yang geleng kepala tengok kami berdua.
Tapi yang saya bimbang, Jasmin punye berat badan naik sedikit je. Masa balek kampung haritu, semua kata Jasmin kurus. Adakah dia mewarisi baka en.Husband yang kurus tinggi itu? Walaupun Jasmin kuat makan, tapi dia kelihatan kurus.... haritu masa kami bawak Jasmin pegi checkup (8bulan), dia Cuma naik 0.4kg je 7.2kg. Haritu masa dia (6bulan) berat dia 6.8kg. Ataupun berat Jasmin dan En.Husband telah di transfer kepada saya?? Aaarghhhh tidak......
Jasmin ni tak takut orang... masa majlis perkahwinan adik ipar saya, semua orang berpeluang bermesra dengan Jasmin. Cakap je la siapa yang tak pegang dia... dari tukang masak, tukang jaga air, tukang angkat pinggan, tukang angkat lauk, nasib baik tukang urut tak datang majlis tu....huahuahuahua. Dalam saya sibuk2, saya perhatikan je Jasmin di tangan siapa... saya takut Jasmin hilang dibawa lari... boleh gitu?? huishhh ini harta yang paling berharga tuuu.








7 comments:
mesti jasmin cepat jalan nie ek 8 bulan udah merangkak...
rafiq baru je pandai jalan, itupun lesen L, masih tersungkur gak kdg2...
Zamose,
Aku tak dapat bayangkan kalau Jasmin dah berjalan. Sedangkan masa merangkak ni pon aku dah penat jaga dia. Mesti aku kurus kalau Jasmin dah berjalan.
wah.. aunty sue kenal patung kepala merah tu..
hehe..
;)
ha a.. anak anem cepat ler.. danish 1 thn baru pandai jalan n baru tumbuh gigi.. org kata bdk pempuan mmg cepat sket proses tumbesarannya itu... lain muka cik bunga jasmin nih..
Sue,
Jasmin memang suka berkawan dengan patung yang ko bagi tu. tu antara kawan-kawan dia la tu. Dok geget-geget... :)
Intanz,
Lain ke muka dia? macam ada muka nakal kan? hahahaha.... Jasmin blom tumbuh gigi lagik. Tapi Jasmin ni sejak lahir sampai skarang air liur penuh....sampai basah2 baju. isk isk isk
oittt ibu jasmin...ooo Jasmin suka jalan-jalan same cam alya..kalu dok umah kan dia cam bingung je...msk je dlm kete nk g ronda2 senyum memanjang...budak2 skrg amat la bijak...:))
Amboi mien... sonyap2 dah ader blog... tak kabor pon kat aku.... alya sehat???
Post a Comment