Saya nak ucapkan Selamat Hari Ibu terutamanya buat mak saya yang tersayang, Hjh Napiah binti Umar. Tanpa dia, definitely takdelah saya di dunia ini. Dia yang melahirkan, menyusukan, mendidik, memberi hampir kepada kesempurnaan dalam hidup saya. Memberi pelajaran kepada saya, mendoakan saya dalam semua perkara. Dia yang banyak memberi kekuatan untuk saya mengharungi liku-liku kehidupan di muka bumi Allah ini.
Kasih sayang dia tiada tandingan. Menjaga saya dan Jasmin semasa berpantang. Ahhhh saya rasa tak tertulis di sini apa lagi kelebihan yang mak saya miliki. You're number 1, mom!!!
Namun, saya pernah kecewakan dia satu masa dulu.... dan saya juga pernah membuat dia menangis dengan kisah saya. Ya... saya rasa sangat berdosa sehingga kini. peristiwa tersebut mana mungkin pudar dalam ingatan saya. Tidak mungkin...Fitnah manusia durjana yang telah merobek jiwa seorang ibu tidak mungkin saya lupakan.... Maaf kan saya mak.
Mak saya adalah manusia paling tabah yang saya pernah temui. Mempunyai anak yang bermacam ragam dan karenah, namun dia tetap sabar melayan kami adik beradik. Terima kasih mak atas segala pengorbanan mak untuk saya. Semoga mak sentiasa dirahmati Allah dalam segala perkara. Saya sangat sayangkan mak.
Tidak lupa juga ucapan untuk Ibu Mertua saya, dan semua ibu-ibu dan bakal ibu di dunia,

SELAMAT HARI IBU!!!

2 comments:
Selamat Hari Ibu Anem!..be a good mother to Jasmin and a good wife to ur husband...May Happiness be yours!
Selamat hari ibu juga pada isteriku...
Post a Comment